- HaNyA kErAnA wAhId -

May 10, 2007

Selamat hari Khamis untuk semua. Aku harap hari ini lebih ceria daripada semalam. Hem... semalam aku didatangi seorang kawan. Kawan aku ni dah pindah jabatan walaupun masih kerja di DBP. Masa keluar novel "KASIH ANTARA KITA" dulu, aku x bagi dia novel 2 walaupun dia duduk depan aku, sebabnya dah habis member2 lain sambar dulu. Untuk pujuk hati dia, aku janji akan bagi dia bila novel baru aku keluar nanti. Jadi, baru2 ni aku tunaikan janji bila aku bagi novel "JANJIKU BERSAMAMU". Dia punya seronok sampai aku pun seronok sangat sebab gelakkan dia. Aku cakap kat dia bacalah dulu, kalau ada yang rasa x puas hati boleh bgtau aku sebab aku manalah nampak sangat kelemahan sendiri. Perlukan orang lain untuk suluhkan. Dan, tiba2 semalam dia turun tempat aku. Macam biasa aku mengusik dia. Pas 2 aku tanya dia,

"Dah abis baca?"
Tiba2 aje mata dia bulat tengok aku. Aku pelik sangat. Aku tanya, "Kenapa, x best ke novel 2?" Dalam hati berdebar-debar semacam. Buruk benarkah novel "JANJIKU BERSAMAMU'?
Dia geleng-gelang. Pas tu dia jegilkan biji mata dia kat aku, dia kata "Kenapa jahatkan ayah akak?"
Jahatkan ayah akak? Alahai, dia cakap ape ni? Bila masa pulak aku jahatkan ayah dia? Lagipun, buat ape aku menjahatkan org yang tak buat jahat kat aku? Huh... pening sekejap kepala rasa dek tingkah kakak 2. Tapi aku senyum juga.
"Kenapa awak jadikan Wahid orang jahat? Kenapa awak tak jadikan Wahab aje orang jahat?" Dia tersenyum-senyum kat aku.

Dan, aku terus gelak besar kat situ juga sampai ada yang terpinga-pinga. Barulah aku faham ape maksud kakak 2, nama ayah dia kan Wahid? Wahid dalam novel "JANJIKU BERSAMAMU" pulak, datuk DHAMIRA yang teruk. Wahab pulak, abah aku... sebab 2 dia tanya kenapa aku x jahatkan Wahab. Hahaha... ada2 aje kakak 2. Takkanlah aku nak jahatkan abah sendiri. Tak mungkin! Lagipun aku main hentam aje nama tu, aku rasa okey terus aje buat. Langsung tak terfikirkan sesiapa. Kalau ada yang terkena, janganlah marah ye, itukan cuma cerita rekaan aku je. X ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Sekian... salam sayang untuk semua.

4 comments:

  1. slmat hari khamis untuk akak gak...apa reaksi sy bila baca blog ni???saya gelak sakan...mcm xcaya jer...tp btul kan???klakar la...=)

    ReplyDelete
  2. yup...mcm x percaya n mmg kelakar pun. ada2 aje kan? tapi benda2 mcm nilah yg menyerikan hidup kte...

    ReplyDelete
  3. tp yg seronoknya jd penulis ni..blh reka mcm2 cerita, watak, personaliti, etc, ikut selera msg2.. sis, pasni letak nme kte lak..jd pompuan @ ibu tiri jahat pn xpe...atau org bermuka sombong, hehe.. ( x baik eh, dlm ati ngutuk org sombong dgn tgk muka je..)
    bak kata org..(dn kata fad jugak..) x kenal maka x cinta...

    ReplyDelete
  4. dah kenal bolehlah bercinta kan? hahahahah................ tp, xjd penulis pun boleh aje nak reka apa2...

    ReplyDelete