- HiLaNg TaK bErGaNtI -

Rasa macam tak percaya masa dapat SMS daripada Bikash pukul 9.30 malam semalam, tapi memang itulah hakikatnya. Penulis novel Alaf 21, Fazie Hanna memang benar2 sudah meninggalkan alam ini. Sedih dan sayu sangat rasa masa dapat tahu berita itu walaupun aku memang tak pernah kenal siapa dia sebab aku tak pernah jumpa dia. Cuma kedua-dua buah novel arwah, "Rindu Yang Pergi" dan "Badai Di Hati" aje yang aku kenal. Dua buah novel yang cukup meninggalkan kesan buat aku dan pembaca lain, pastinya. Dan, daripada Bikash juga aku tahu kalau arwah selama ini memang sakit. Patutlah aku tak pernah nampak arwah sebelum ni.

Tapi... bila baca apa yang tertulis di web site Alaf 21 tentang arwah, aku rasa kagum dan terharu dengan semangat dan tekad arwah yang begitu jitu berusaha walau dalam keadaan serba kepayahan. Kalau aku di tempatnya, aku sangat pasti yang aku tak akan mampu melakukannya. Tapi, apa yang berlaku menginsafkan aku, 'muda memang bukan jaminan untuk tidak meninggalkan alam indah ini'. Itulah kenyataannya! Yang pasti, pemergiannya tentunya meninggalkan sejuta kenangan buat keluarga tersayang dan kita yang pernah membaca novel2 arwah. Namun yang pasti, nama arwah pasti akan tersemat sampai bila2 di hati kita semua. Buat keluarga arwah, aku harap dan berdoa semoga mereka terus tabah menerima apa yang berlaku. Dan, semoga arwah akan ditempatkan dalam kalangan mereka2 yang beriman. Al-Fatihah!

1 comment:

  1. terkejut jgk tadi bila bc news tu kat blog adhan, terus call alaf utk dptkan kepastian. Baru minggu lps tanya kabar dia dr kak Saadi n kak wan, hari ni terus dapat berita yang mengejutkan. Al Fatihah, semoganya rohnya dicucuri rahmatNya.

    ReplyDelete