- Kuantan dalam Kenangan -

September 24, 2008

Masa Bikash ajak berbuka puasa bersama kawan-kawan penulis di Syarikat Fajar Pakeer, aku agak teruja. Maklumlah, ketika itu aku masih belum pernah berjumpa dengan penulis yang bernama Eny Ryhanna dan Teja Irzara. Seperti yang dirancang, hari Sabtu, pukul 7.30 pagi, aku, Bikash, Fieda atau nama pena Hafirda Afiela dan adik Fieda, Adan pun bertolak ke Kuantan. Tiba di hentian Gambang (betul ke tempat ni?), kami tunggu Kak Eny sebab kami semua tak tahu jalan nak menuju ke rumah Teja @ Ira @ Queen. Kalau nak suruh redah, entahkan sampai entahkan tidak.

Melangkah ke rumah Ira, aku lebih selesa memanggil namanya begitu dibandingkan nama lain, sama seperti dia yang lebih memilih memanggil nama aku lain daripada orang lain Hem... memang aku mengaku, ketika masuk rumah Ira aku rasa agak canggung, janggal sebab aku tak kenal dia. Masa tu kat rumah ada Roy dan Aida, adik Ira. Lama lepas tu barulah aku dapat menyesuaikan. Tapi yang paling aku tak boleh lupa, bermula dengan tengok TV, akhirnya TV yang tengok kitaorang kecuali Bikash. Bila mak Roy datang, barulah kelam-kabut bangun. Sudahnya, aku tertanya-tanya apa kesudahan cerita hindustan yang kami tengok.

Petang, Ira dah booking tempat makan, tapi aku tak ingat nama tempat tu. Tempah pukul 8.00 malam. Jadi, berbuka puasa di pandang dulu. Kagum sangat bila aku pandang di sekeliling padang yang luas tu, penuh dengan manusia, ada yang bawa anak kecil, ada yang tua dan ada yang muda duduk di atas tikar. Rupa-rupanya memang pandang tu digunakan untuk berbuka puasa. Apalagi di hadapan padang tu ada masjid yang cantik dan bazar Ramadan pun ada di situ. Kami tak beli banyak, cuma beli kuih dan air sebab nanti nak makan nasi. Roy pun ada bawa pizza. Tapi agak terharu juga bila seorang mak cik menghulur nangka. Moga, mak cik tu sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan hendaknya.

Kemudian kami bergerak ke tempat makan. Kenyang, itulah yang bermain-main di kepala aku sebab perut dah penuh dengan air. Tapi aku gagahkan juga. Habis makan, mulalah masing-masing merapu yang bukan-bukan. Ada yang mengutuk dan ada yang kena kutuk. Lepas tu tangkap gambar yang bukan-bukan. Habis makan kami pergi pula ke Teluk Cempedak sebab Bikash kata dia nak pergi pantai dan nak baring kat pasir. Malam, memang tak banyak yang boleh dilihat tapi aku rasa selesa. Keadaan orang yang ramai pula nampak macam pesta pantai. Memang meriah. Tapi lebih meriah bila kami jumpa banyak lilin yang tertanam di pasir. Kami nyalakan unggun api dengan menggunakan lilin dan sesi bergambar merapu datang lagi.

Lepas tu pergi pula ‘ngeteh’ sebab masa terhad, jadi kena guna dengan sepenuhnya. Dengan sekeping roti canai, cerita pun bermula. Dari satu topik ke satu topik, sampai satu saat Bikash tanya, ‘Nampak tak mak cik 4 orang kat tepi jalan pakai baju kurung?’. Mak cik tu tahan kereta dia. Aku, Aida, Fieda dan Kak Eny naik satu kereta. Kami memang tak nampak mak cik tu. Tapi kami menyangka yang baik di bulan-bulan puasa ni. Tapi yang aku tak boleh tahan, bermula dari situ, cerita hantu pun bermula dengan galaknya. Berjam-jam topik hantu tu kami bualkan. Dari satu cerita ke satu cerita, bila ubah topik sekejap, tetap topik hantu tu juga yang kami bualkan balik. Macam-macam versi hingga kadang kala terasa bulu roma meremang walaupun cerita kami bersulam dengan ketawa yang agak keterlaluan @ melampau. Hati aku berdetik, ‘jangan-jangan lepas ni ada yang menangis’. Tapi syukurlah, tak ada apa yang berlaku sehingga sampai ke rumah Ira. Masa tu dah pukul 3 lebih. Ira kata tak payah tidur, terus sahur jer dan kami memang tak tidur pun, lepas subuh barulah masing-masing mencari bantal sebab dah terlalu mengantuk, esok pula nak bangun awal sebab nak bertolak balik KL awal pagi, walaupun sebab terlalu asyik bercerita, kami bergerak pukul 11.00 pagi.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aku betul-betul seronok berjumpa dengan mereka. Ira yang gila-gila, Kak Eny yang best, Aida yang sempoi dan Roy yang okey. Harap di masa akan datang aku dapat berkumpul lagi dengan mereka semua. Tapi entah bila agaknya ya?

2 comments:

  1. Wahhh.. seronoknyer dia.

    Sesekali merasai suasana puasa di tempat lain bersama teman (tp mesra) memang meriah gitu. Cuma sayang masa tak lama. Tak apa, nanti lain kali boleh pergi lagi, lebih lama dan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh dirancangkan.

    Semoga kenangan itu tidak akan dilupai dan kekal tersemat di dalam hati.

    Kirim salam kat kawan2 kuantan semua aa.. Sy pun hmm adalah dekat2 18 tahun tak ke sana.. kekekek.. Tentu banyak dah berubah. Alahaii..

    Salam ceria dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba.. yihaa

    ReplyDelete
  2. Puasa dah berlalu... apa pun raya masih ada, jadi... selamat hari raya aidilfitri entah untuk yg ke berapa ye...

    ReplyDelete