- Aku, Ramadan dan Ceritaku -

By | 11:27 AM 8 comments
Salam… salam Ramadan buat semua yang ada di dunia ni. Hari ni, hari ke sembilan Ramadan dan sepanjang tempoh itu, inilah N3 aku yang pertama. Cepatnya masa berlalu, langsung tak menunggu walaupun tangan terasa seperti nak menahan.

Seperti Ramadan tahun-tahun lalu, tak ada apa yang berbeza. Cuma Ramadan kali ni aku bolehlah dianggap bertuah kalau nak dibandingkan dengan dua tahun kebelakangan ni. Niat untuk sambut puasa pertama bersama keluarga tercapai juga dan bonusnya pula, satu hari tu akhirnya bertukar menjadi enam hari. Semuanya gara-gara demam yang melanda. Sakit memang sakit, tapi sakit tu terubat bila doktor bagi aku MC dan angka tu menjadikan jumlah cuti aku di kampung daripada empat hari kepada sembilan hari.

Benar-benar macam bulan jatuh ke riba. Baik demam, aku tak henti-henti senyum dan ketawa sebab terlalu seronok. ‘Ketawa-ketawalah sekarang, balik nanti habis kena timpa dengan kerja sebab dah lama tinggal.’ Itu kata angah setiap kali aku ketawa masa main karom dengan adik dan adik ipar aku. Memang seronok sampai tak ingat dunia. Sekejap aku kutuk diaorang sebab main macam hampeh, sekejap aku pulak kena kutuk. Lepas tu gamat rumah abah dengan suara kteorang, ditambah perisa suara angah, mak dan adik bongsu aku.

Hem... dah lama tak main karom, rasanya dah lebih dua tahun, semuanya rasa tak kena. Aku main agak teruk kalau nak dibandingkan dengan dulu. ‘Prestasi jatuh merundum dengan teruk’, kata adik bongsu aku. Kalau Jaja, abang ipar dan pak ucu aku tengok, mesti kena gelak sebab dulu aku selalu kalahkan diaorang. Tapi nak buat macam mana, memang skill tu dah hilang. Lagipun aku bukannya ada bakat semula jadi dalam bidang tu. Bertahun-tahun main, barulah pandai sikit. Bila dah lama tinggal, itulah hasilnya. Mujur juga, aku main lebih baik daripada adik ipar aku. Heh... perasan!

Tapi di penghujung cuti tu, aku agak tak seronok sebab anak buah aku, Si Adik Nana masuk hospital gara-gara demam panas yang berulang. Tapi semalam mak kata dah elok, dah boleh gaduh dengan kakak dia kat atas katil hospital. Mungkin juga hari ni dah keluar hospital sebab aku masih belum telefon mak. Alhamdulillah, syukur sangat. Rasa tak sampai hati bila tahu budak kurus kering tu di tahan di wad. Patutlah dia suruh aku picit-picit badan dia hari tu. Rupanya badan rasa tak selesa. Harap-harap lepas ni Adik Nana akan sihat sampai bila-bila dan tak sakit lagi.

Dan, seperti Ramadan tahun lalu, tahun ni genap dua tahun ‘Dia’ pergi menghadap Pencipta yang abadi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
Newer Post Older Post Home

8 comments:

  1. mie xsuke maen karom.. sakit tangan nk menjentiknyer... hoho.

    ReplyDelete
  2. alahai mie... kalau tau cara jentiknya, tangan mie x akan sakitlah. tak caya, cubalah... best tau. tu salah satu game yg akak minat sejak 8 tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan...bestnya puasa bersama2 dgn fmly di kampung kan

    ReplyDelete
  4. karom? hm...lama gak tak menjentik...teringt dulu tiap tengahari msti berlonggok kt belakang.

    ReplyDelete
  5. shinja...

    Salam Ramadan. Yup, mmg best shinja. Seronok sangat...

    ReplyDelete
  6. kak azie...

    Yup... sampai bila2 pun kte akan ingat kenangan kat MPJBT tu. Antara Kenangan Terindah kte kat sana...

    ReplyDelete
  7. Setiap kali datangnya Ramadan, pasti ada kenangannya yg tersendiri. Walau apa pun yang berlaku, tentu ada hikmah di sebaliknya.

    Semoga beransur sembuh dan kembali sihat. Tak lama lagi dah nak balik kg lagi, utk sambut hari raya pulak.

    ReplyDelete
  8. mersik - yup, mmg setiap kali ramadan, ada kenangan baru tercipta. kadang2 gembira, kadang2 sedey. tapi mcm kata awk, semua yg berlaku tentu ada hikmahnya. cuma masa yg jadi hakimnya.

    sy dh sembuh dah walaupun, masih ada batuk2.tp tk sabar nak raye... hahahaha (mcm budak2lah pulak)

    ReplyDelete