- Kelabu, Inilah Warna Hidup -

February 25, 2009

Hari ni… pagi ni... ketika ni... rasa letih sangat. Kalau boleh tak nak buat apa-apa, hanya nak baring atas katil, selubung dalam selimut dan pejam mata... pejam, pejam dan terus pejam walaupun malam tadi aku tidur pukul 9.00 malam. Blurb yang aku janjikan pada editor langsung tak bersentuh. Tapi, sudahnya aku bangun juga walaupun macam dah tak ada hati dan sekarang dah pun ada di opis, di tempat duduk aku dan depan PC. Masih juga meneruskan rutin harian yang ada kalanya seronok dan ada kalanya rasa macam tak nak buat apa-apa. Macam putaran roda juga. Dan, mungkin sekarang ni adalah masa ‘tak nak buat apa-apa’ sebab ada yang berbuku di hati dan tak dapat nak diluahkan atas banyak sebab, rasanya sakit sekali. Siapa aku kan?

Ah... pergilah, pergilah semuanya sebab aku dah malas nak ingat lagi. Apa pun hari ni, aku nak berpantun, mana tau lepas ni dah okey, ceh! Tapi bukan pantun aku, pantun Kalam Hamidi dalam drama bertajuk Anak Nazar Tujuh Keramat. Pantun yang agak mencuit hati aku walaupun bahasanya mungkin tidaklah sepuitis mana. Sebabnya, watak dalam drama tu, dalam pada bergaduh, masih sempat lagi berpantun. Kelakar...

Orang menyabung di Tanjung Keling,
Ayam borek tempang sebelah;
Salam burung kepada ranting,
Bolehkah hamba menumpang singgah.

Ya, selamat datang si burung pungguk,
Selamat datang pengantin baru;
Pengantin baru tidak mengantuk,
Bukankah malam ini malam pertama bulan madu?

Berlari-lari bukannya rusa,
Terbang ketitir di dahan buluh;
Usahlah menyindir lagi panglima,
Dalam air badan berpeluh!

Ceh! Kau berpeluh di dalam air,
Aku berpeluh di dalam api;
Kasih cinta kau hanya di hujung bibir,
Pukul gong pukul gendang bila mendengar aku mati!

Ya, Allah banyak orang menjerang pulut,
Hamba seorang menjerang ubi;
Panglima bercakap sedap di mulut,
Saya mendengar sakitnya hati.

Kau sakit hati, aku sakit jantung,
Aku yang rugi, kau yang untung;
Kau dapat laki aku dapat bohong!
Siakap, senohong, gelama ikan duri,
Anak dara pembohong, memang mudah dapat laki.

5 comments:

  1. salam aleeya...
    ngape yek..kebanyakan n3 yg ibu bca sumenya tentang seseorang yg menyakitkan hati...
    terkadang cam rasa takot plak...kite ke orgnya??? ish..idaklah x mungkin kot~_~
    apa yang ibu boleh ckp disini "sabar"...
    Allah menguji umatnya dalam pelbagai bentuk yang berlainan...
    anggaplah sume ni ujian dari Allah utk kite...

    ReplyDelete
  2. apa agaknya yg terbuku di hati....

    ReplyDelete
  3. Anak unta anak keledai,
    mari pula anak kambing;
    runsing hati usah dibuai,
    kelak badan kurus cekeding.

    ReplyDelete
  4. biase la tue
    sy pon kadang jd malas
    tp still student and insyaAllah sem ni last kene la teruskan usaha
    huhu

    ReplyDelete
  5. ibujunes - salam ibu. terima kasih atas nasihat tu, sangat dihargai...

    kak azie - begitu banyak yg terbuku dalam hati, tapi... dalam dunia ni, mana ada manusia yang terlepas daripada ujian kan sis?

    RAR - badan cekeding? manalah boleh aku ni cekeding, walaupun susah ati cm mana pun, hahaha...

    webvideoklip - tq sudi menjengah... malas mmg ada dalam diri tiap org kan? akak dulu masa thn akhir, lagilah malas... mujur juga, 4 subjek jer... apapun gud luck ye...

    ReplyDelete