- Tinggal Sejarah -

February 4, 2009

4 Februari… datang lagi. Setiap tahun berlalu… tarikh tu tetap datang juga seperti tahun-tahun sebelumnya. Aneh bercampur kelakar, bila dikenang dan diingat-ingat. Aku dah lama lupa dan melupakan kerana semalam itu cuma satu sejarah bagi setiap manusia, walaupun aku akui, semalam itu tetap hangat dengan kenangan tersendiri. Tapi sungguh, kadang-kadang memang tak teringat langsung walau sesekali datang juga dalam mimpi. Tapi seenteng mana aku bangun dari tidur, seenteng itu juga aku melupakan jelmaan yang langsung dah tak berbekas di hati. Yang lepas.. dah lama aku lepaskan sebab kalau tak lepaskan, tak mungkin aku jadi seperti hari ini. Mungkin sekarang ni, masih ada di takuk yang lama juga.

Syukur pada ALLAH... perancangan-NYA memang tak pernah silap. Cuma aku yang khilaf ni... pernah bertanya ‘kenapa aku?’, ‘kenapa tak orang lain?’, ‘teruk benarkah aku?’, ‘apa salah aku?’, dan macam-macam lagi pertanyaan yang tak sepatutnya ada hingga akhirnya terbit pula kata ‘kalau’. Kalau begini, pasti tak jadi begitu, kalau buat begitu, pasti tak jadi begini. Terukkan? Ya, masa tu aku terlalu hingusan untuk mentafsir makna sebuah kehidupan. Hanya tahu memberontak dan menyalahkan orang lain, lupa kalau aku bukan manusia sempurna.

Sekarang ni 10 tahun dah berlalu, sarat dengan cerita yang tersendiri. Ada cerita suka, ada cerita duka, ada tawa, ada air mata, ada jatuh, ada bangun. Tapi semua tu hanya mematangkan fikiran seorang manusia bernama Marwati Wahab @ Aleya Aneesa. Kalau pun bangun aje dari tidur tadi, hati berkata ‘hari ni hari lahir dia’, aku sudah boleh ketawa dan tersenyum tanpa ada rasa, tak sama macam 9, 8, 7, 6 atau 5 tahun lepas. Tapi betullah... rupa-rupanya, semua tu hanya tinggal sejarah semata-mata. Hanya sejarah yang tak mungkin akan terulang walaupun sejarah memang cenderung untuk berulang, dan kalau pun diberi pilihan, aku lebih memilih untuk tak mengulanginya sekali lagi. Cukuplah sekali. Mana ada manusia yang mahu jatuh di tempat yang sama kan?

4 comments:

  1. Sejarah tak mungkin berulang dengan perbuatan..
    namun mungkin dengan perkataan...

    er... selamat maju jaya.. ehhee

    ReplyDelete
  2. Kim salam kat dia aa? Ada masa leh ngeteh2 .. hik hik

    ReplyDelete
  3. sabar ya kak..biarkan semua tu pergi ngn kenangan yg xbisa akak lontarkan jauh2 walaupun akak sendiri hingga skg msh mengingatinya...tp yakinlah jika dia tercipta utk kita..pasti DIA dekatkan dia utk akak....hope akak lebh tabah menghadapi jln2 yg pnh mencbr ini dan ain tahu semestinya akak boleh...:-)

    ReplyDelete
  4. alif-mikail - yup, itu pun ada betulnya juga. apa pun tq sudi menjengah ye...

    mersik - sori le, x dapatlah sampaikan sb dh 10 thn x pernah berbual n jumpa adalah sekali dua, mungkin 8 or 7 thn pas.

    ain aishah - yup, akak ingat tapi akak dah tak rasa apa-apa. ini yang terbaik dan akak sikit pun x kesal tapi syukur sangat...

    ReplyDelete