-Danish Disuntik Virus Gedik-

September 2, 2009

Betullah… budak-budak memang cepat sungguh belajar. Entah sejak bila aku tak perasan, hanya yang aku tahu Adik Nana dan Kakak selalu bergaduh dalam kereta atau kat mana-mana. Sebijik macam aku dengan Kak Long masa dulu-dulu walaupun dalam jarak umur yang jauh, hampir 10 tahun. Antara perkataan yang selalu keluar dari bibir Adik Nana dan Kakak ialah gedik. Masing-masing saling menuding jari sambil mulut tak henti-henti sebut perkataan gedik.

Pernah aku tanya, ‘Gedik tu apa?’ Dengan muka penuh yakin Adik Nana tunjukkan gaya yang terliuk-lentok macam pokok kelapa kena tiup angin, sambil mulut berkata, ‘So what?’ beberapa kali. Aku yang tengok, sabar ajelah budak-budak ni. Bukannya ramai pun, tapi riuh macam ayam nak bertelur.

Dan entah sejak bila pula Danish Hakim yang hanya berusia 4 tahun 3 bulan tu jadi pemerhati bagi aksi Adik Nana dan Kakak, aku tak pasti. Tapi tentunya sangat lama sebab kalau naik kereta ke mana-mana, mesti nak bertiga tak kira kereta siapa dan tentunya, aku akan diheret sama oleh Danish Hakim. Dalam diam-diam budak debab tu rakamkan semua yang dia dengar kejap-kejap dalam minda.

Lalu hasilnya pagi Isnin hari tu, “Danish... Danish sayang mama ke sayang Mak Tam?” tanya kakak ipar aku. “Danish sayang Mak Tam,” jawab pula si anak bertuah. Aku yang mendengar, tentu saja senyum lebar sampai ke telinga. Danish dan mama dia, memang jarang berbaik, ada saja yang nak digaduhkan. “Sebab mama gedik...” sambung pulak Danish. Aku dah tak boleh tahan, rasa nak ketawa tergolek-golek. Danish pun dah pandai cakap gedik tu. Lama lepas tu, aku marah dia sebab boleh tahan nakal budak tu. “Mak tam gedik...” Aku pun kena gedik juga. Tapi yang paling aku tak tahan, mak aku pun dipanggil gedik gara-gara tak tengok Arissa yang tengah nangis. Dah tu... masa mak aku tegur dia main telefon awam kat Larkin masa nak hantar aku balik, dia siap cakap kat mak aku, “Nanti sampai rumah, Danish panggil nenek gedik.” Aku tepuk dahi... mak ai, cucu nenek... dahsyat gila! Mak aku cakap, “Panggil ajelah, nenek peduli apa. Main lagi, nenek tinggal Danish sorang-sorang kat sini.”

Anak buah aku sorang ni, sabar ajelah! Tapi itulah, aku tertanya-tanya, apa definisi gedik bagi budak-budak umur 4 tahun lebih dan apa maknanya gedik bagi budak-budak umur 8-9 tahun? Dan yang pasti, Danish Hakim memang sedang disuntik virus gedik sekarang ni. Cuma tak pasti, sampai bila virus mengong tu dapat bertahan dalam memori dia.

5 comments:

  1. Tergedik-gedik..hahahha...Kalau kat Kelantan kitaorang sebut, "gelenya". sama la tuh definisi ngan "gedik"...:-)) bahaya betul la budak2 nih...cpt terpengaruh w.pun tak paham...

    ReplyDelete
  2. biarlah dia nak panggil aku gerdik, janji aku x gerdik.....budak skg apa yg kt ckp senang ajer ingat, lagilah tgk cite bohsia senang sgt ingat apa yg dia ckp, sabar ajer budk gemuk nie....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    ReplyDelete
  4. hai la..keciannye la mak tam asyik kena buli je ngan anak buah..cam best je kena buli..haha..ezan pernah la merasa jd "mak su"..bezanya anak2 buah ni panggil ezan, kak ezan..mmg kelakar..suruh panggil auntie mmg tak lekat2..sebab ezan muda lagi dieorg cakap..apapun "anak2 buah" ezan ni tak la nakal..tp lebih kepada manja yg teramat..pantang hilang depan mata, dilaungnya satu rumah..PENATTT...

    ReplyDelete