-Cerita Kosong Seorang Aleya-

August 27, 2009

6 Ramadan, alhamdulillah… dah enam hari umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadat puasa. Aku pun… alhamdulillah… masih dapat meneruskan puasa walaupun setiap hari ditemani nasi bungkus. Tak masak? Ya… aku memang jarang masak. Nak buat macam mana, dari kecik aku memang tak ada kesempatan memasak sebab semuanya mak yang buat. Mak pun tak pernah nak percaya kat aku dalam bab masak-memasak ni. Kalau ada pun, aku hanya sediakan bahan-bahan yang patut, potong itu dan ini, tumbuk sana sini, kisar itu ini dan macam-macam lagi selain daripada memasak.

Bukan tak pernah tunjukkan kebolehan, tapi adik-beradik aku banyak lelaki. Dan bila dah ramai lelaki, ada aje yang tak kena, padahal aku baru aje nak tunjuk skill kat diaorang. Tapi diaorang langsung tak bagi semangat, balik-balik komen aje memanjang. Sudahnya, ‘Sori… jangan harap ami nak masak lagi lepas ni. Kalau lapar, pergi kedai cari makan’. Tak sedar, rupa-rupanya aku betul-betul dah kotakan apa yang aku kata pada abang-abang dan adik-adik aku tu. Atau pun, aku sebenarnya dah kena sumpahan dewa masak? Hahaha… Tapi bukan juga bermakna aku langsung tak reti masak. Kalau setakat nak kenyang, insya-ALLAH masih boleh lagi rasanya.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan dan sebenarnya aku memang tak ada cerita pun yang nak diceritakan hari ni. Terlanjur mengedit manuskrip sendiri yang belum berjudul (judul main-main, Cinta Sebatang Pen Oren), tangan terasa gatal nak menaip sesuatu. Sebenarnya, manuskrip yang watak utamanya aku beri nama Qisya dan Ziyad ni dah selesai 95%. Tapi… aku tiba-tiba aje rasa sayang nak selesaikan lagi 5% (kerja-kerja mengedit) tu lepas berbulan-bulan aku kerjakan. Rasa macam nak kena tinggalkan pulak kalau dah habiskan semuanya. Aneh kan? Tapi kenangkan manuskrip tu patut aku sudahkan tiga tahun lepas, dan aku dah kecewakan hati banyak pembaca yang pernah baca cerita tu dulu, nak ke tak nak, aku kena habiskan dalam minggu ni juga. Sayang macam mana pun, kena selesaikan juga. Lepas ni aku kena sudahkan pula satu lagi cerita yang juga baru 100 halaman aku buat.

Aku nak bekerja keras lepas ni sebab makin hari, makin banyak yang aku belajar daripada pengalaman yang aku lalui. Pengalaman tu kata, lagi ada mood menulis, terus aje menulis tanpa henti sebab bila mood lari, aku mesti jadi ikan kering. Tapi aku harap semuanya berjalan dengan lacar, mood menulis pun biarlah elok walaupun perjalanan hidup aku akhir-akhir ni tak begitu lancar. Mujur juga aku pandai berlakon… tetap juga banyak cakap dan banyak ketawa. Hebat tu Marwati @ Aleya! Hahaha… Tak kisahlah, paling penting, aku tak nak nangis walaupun sedih aku tak hilang dan tak akan hilang sampai bila-bila. Dan ujian ALLAH… aku tahu datang pada mereka yang mampu menghadapinya.Moga-moga aku akan jadi seteguh karang hendaknya!

4 comments:

  1. tahniah... semoga dpt mnyelesaikannya... (cemburu ni) hrp bla bca nvl akak, dpt la aura menulis nt...

    ReplyDelete
  2. eh... bukan masa makan dua hari lepas, airul dah ambik sikit aura menulis akak tu ke? kongsi ngn fieda tau... dia tengah frust tu sb apa yg dh ditaip dh ilang... akak harap kte sama-sama dapat menulis, menulis dan terus menulis. ya... hidup penulis! hahaha...

    ReplyDelete
  3. salam, awak. heroin sy pun qisya. mcm mana ni... jom o-som, sape guna nama tu. hehehe. :P

    ReplyDelete
  4. salam.... hahaha, sape lambat dia ketinggalan. tp sy tau awk baik sb tu awk beralah sb mss awk lom siap, tp mss sy dh siap bersih... hahaha... lgpun, sy kan kakak... adik mesti dengar ckp kakak kan? hahaha... jgn marah nanti kena jual timbang kilo kt pasar malam...

    ReplyDelete