-Bila Kasih Tak Sehaluan-

8:03 AM

Bukankah orang kata, bila sorang ke kanan, sorang ke kiri, dan tak sudi pandang satu sama lain, itu bererti ikatan yang ada, bakal terlerai bila-bila masa saja? Bermakna kasih yang dulunya menggebu-gebu, dah tak sehaluan lagi?


Nah... tepatkan kenyataan itu bila merujuk pada dua gambar kat sini? Haha ... tajuk yang gempak. Kalau Arrisa dan Zakuan dah besar dan terbaca n3 ni, pasti dia akan kata mak tam ni dah tak betul agaknya. Atau dalam bahasa kasarnya, gila. Tapi memang kelakar masa nak tangkap gambar diaorang berdua ni, sorang pandang ke kiri, sorang pandang kanan. Arrisa, kepalanya asyiklah ke kanan. Zakuan pula, memang tak reti duduk diam. Sudahnya, tak sudi pandang minah kecil di sebelah. Tapi kalau dia pandang, alamat Arrisa jadi kuih sebab Zakuan baru pandai bergolek-golek.

Sekarang ni, Arrisa dah berusia 33 hari, Zakuan pulak hari ni dah genap berusia 6 bulan. Dah besar dah dua anak buah aku ni. Hendaknya, diaorang akan menjadi anak yang baik. Mampu menjadi penyejuk di mata dan penyeri di hati orang tua diaorang dan kami sekeluarga kelak. Moga reda ALLAH sentiasa bersama diaorang dan anak-anak buah aku yang lain. Sungguh... aku sayang kamu!











You Might Also Like

3 comments

  1. coommmeeellll!!

    bleh guna nama dorang ni utk novel terbaru kak aleya ni huhu :D

    ReplyDelete
  2. hai cutenya dorang. Memang boleh guna nama untuk novel akan datang.

    ReplyDelete
  3. pu3syakira-comel cm mak tam dia ye? hehehe... nama tu, sudah pasti. cuma x tau bila jer...

    fzzh-yup... tungggu....

    ReplyDelete