-Majlis Pelancaran... Selesai Sudah!-

August 25, 2009

19 Ogos 2009! Alhamdulillah… hanya itu kata-kata yang bergema dalam hati bila majlis yang dirancang oleh pihak Alaf 21 untuk aku, berakhir sudah tanpa ada masalah yang besar-besar, walaupun dalam keadaan aku yang tak begitu stabil. Malah, Kak Wan, Kak Saadi dan Auen, editor aku ada juga mengatakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik majlis hari tu. Tapi aku tak peduli, tak kirlah apa pun yang terjadi, bagi aku, majlis tu sudah cukup bermakna sebab aku memang tak pernah menyimpan angan-angan setinggi itu. Yang aku tahu, aku cuma nak jadi penulis. Hanya itu semata-mata! Bila orang sudi meraikan aku, aku tetap menadah tangan mengucapkan kata syukur.

Majlis Pelancaran Novelis Prolifik 5 Novel Aleya Aneesa. Itu tajuk bagi majlis tu. Pihak Alaf 21 yang beri tajuk segah tu. Segan pun ada masa dapat kad undangan daripada Kak Saadi. Terfikir sendiri, cukup prolifik ke aku sampai dapat title tu? Rasanya untuk sampai ke tahap tu, masih begitu jauh sebab aku selalu ingatkan diri yang aku ‘budak baru belajar’ dan aku akan terus jadi ‘budak baru belajar’ sampai bila-bila supaya aku ada keinginan untuk belajar dan proses belajar itu tak akan selesai sampai bila-bila selagi belum bertemu dengan titik akhir.

Bolehlah kalau aku katakan yang aku sangat berdebar-debar menantikan majlis tu. Bimbang kalau-kalau aku akan mencacatkan majlis. Takut jatuh terduduk, takut terpengsan sebab terlalu gemuruh dan banyak lagi yang aku fikirkan sebelum majlis bermula. Apalagi di saat-saat akhir, dugaan besar datang menguji. Sudahnya, air mata aku keluar juga masa majlis tu. Entahlah, ada banyak rasa bergabung masa tu. Teringat apa yang berlaku masa awal-awal aku melibatkan diri dalam dunia penulisan. Semangat yang jatuh merudum, rasa kecewa yang bukan sedikit dan usaha mak yang tak pernah kenal batas.

Kenangkan mak yang bawa manuskrip aku untuk dibinding lepas aku kata aku tak nak menulis lagi, kenangkan mak yang hantar manuskrip aku ke pejabat pos untuk dipos, hati aku kat dalam berdendang irama lagu sendu. Jasa mak untuk dunia penulisan aku, memang cukup besar. Tak ada mak, mungkin tak ada majlis hari tu. Jadi, bolehlah kalau aku katakan, majlis hari tu bukan untuk aku, tapi untuk mak yang selalu ada di belakang aku. Mak yang akan menarik tangan aku setiap kali aku terjatuh. Dan aku tahu, dibandingkan aku... mak lebih teruja dengan majlis hari tu sebab dia rasa bangga dengan apa yang dah aku buat. Awal-awal lagi dia dah bertanya itu dan ini. “Mak... sayang gila ami kat mak...”

Tak tahu nak tulis apa lagi, tapi yang pasti nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada yang sudi hadir. Keluarga aku yang memang tak berapa arif tentang selok-belok jalan di KL dan Shah Alam. Entah berapa kali sesat sebab aku co-pilot yang sepatutnya dijatuhkan hukuman bunuh. Aku menyesatkan lagi diaorang yang tentu saja sesat dan pening dengan jalan-jalan yang ada di KL. Sampai abang ngah aku kata, tak duduk kat KL pun tak apa. kalau keadaan jalan macam ni. Untuk kawan-kawan penulis yang sentiasa memberikan sokongan. Sungguh, aku terharu dengan kehadiran kalian. Untuk keluarga Alaf 21 yang sudah berpenat lelah untuk majlis hari tu, untuk Erra Fazira yang sudi menyempurnakan majlis dan untuk keluarga Alaf 21 FC, terima kasih tak terhingga. Untuk Auen... syukur, penat lelah awak berbaloi juga, saya sangat terharu.
















9 comments:

  1. tahniah kak aleya.moga akan terus success dunia dan akhirat.

    tumpang bangga dengan kejayaan kak aleya..
    tahniah sekali lagi ya.

    * ALLAH memberikan ganjaran pada yang berusaha. dan atas usaha akak, inilah ganjaran yang memang patut akak dapat..

    *salam ramadhan dari ain sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Hai Aleeya

    Tahniah... You memang layak untuk mendapat award ini. Semoga terus berkarya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Aleeya...tak sangka eh...apa2 hal...tahniah sekali lagi...beribu2 lemon tahniah..:-))
    Best betul eh, syukur alhamdulillah..(nanti leh wat kenduri kesyukuran+kenduri naik rumah baru=-jgn lupa ajak..hehehe).TERUSKAN BERKARYA!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah aleya segala usaha dan titik peluh aleya berbaloi dan usaha sama antara ibu dan anak hasilnya dah alyea dapat dgn berkat ibu dan reda ibu aleya..aleya berjaya..taniah selamat berkarya...jadikan ia kerja yang dipertanggungjawapkan dan reda ibu,redalah allah..

    ReplyDelete
  5. ain-salam ramadan. terima kasih atas sokongan ain pada akak, akak sangat menghargainya...

    huda-terima kasih, dik... akak tahu huda selalu ada di belakang akak...

    fzz-terima kasih juga. insya-ALLAH saya akan terus berkarya...

    diana-terima kasih berjuta lemon... walaupun diana tak ada, kte tau diana selalu doakan yang baik2 utk kte. nanti pindah kte ajak ye... tp lambat lg le...

    liza-terima kasih...sy mmg selalu mengharapkan reda Allah dan ibu sy. moga segala2nya dipermudahkan hendaknya.

    hafiza-salam... terima kasih, dik... x ada pembaca macam hafiza, x adalah akak dalam dunia penulisan...

    ReplyDelete
  6. hehehe..
    mie da tgk posting along dulu beberape hari lepas pasal k'mar pnya plancaran ni...
    bergaye sakan yer awak cik kak..
    nampak laen sgt xde spek dgn makeup..
    :) comey! kalah era!

    ReplyDelete
  7. Oh, Sy ingat sesangat majlis itu. Majlis yg sangat meriah meriahan dn penuh warna-warni.

    Tahniah ya sekali buat awk kerana sudah berjaya sampai ke takah ini. Semoga terus berusaha
    dan sentiasa menghasilkan karya2 yang bagus dan berkesan.

    Kalau senang, silalah lawati http://alaf21fc.blogspot.com

    Ada cerita sekitar majlis tersebut.

    ReplyDelete