Ahad lepas, seperti yang dirancang... aku, Bikash, Fieda, Airul dan Kak Sarnia pergi ke Pesta Buku Selangor di PKNS. Singgah sekejap, tengok itu dan ini. Kemudian, bergerak ke rumah Kak Umaira. Seronok... itu perasaan aku sepanjang berada di sana. Rumah yang cantik, laksa yang sedap dan segala macam jeruk yang membuat liur jadi kecur. Dan lebih daripada itu, cerita Kak Umaira yang mampu membangkitkan satu rasa dalam jiwa aku.
Ya... benar, suatu ketika dulu, aku pernah merasakan perasaan yang sama. Mungkin rasa itu lebih lagi kerana aku hanya nampak ‘AM’ sekali di pasaran, kemudian lenyap begitu. Sampai ke hari ini, tak ada jawapan tepat yang diberikan pada aku. Dan kecewa aku, masih bersisa sampai sekarang. Bukan mudah nak siapkan sebuah novel. Banyak masa, tenaga dan idea aku curahkan demi ‘AM’. Itu hasil usaha aku, jerit perih aku sepanjang bergelar pelajar. Sudahnya, semangat menulis jatuh pada angka 0. Bagi aku, dunia penulisan aku dah berakhir dek kerana kekecewaan. Tapi mujur ada mak. Sedikit demi sedikit, kecewa aku ditarik keluar. Kini alhamdulillah... dalam pada kecewa aku masih mampu terus berdiri, walaupun dalam keadaan mood yang pasang dan surut.

Thanks kerana sudi menceriakan hari2 suram akak. Kehadiran Aleya sangat bermakna kerana akak pernah gilakan 'bertahta di hati'. Terasa bagai mimpi berpelukan dengan orang yang memerah otak untuk menghasilkannya :) wish u all the best dik!
ReplyDeletep/s : akak sepatutnya bungkuskan jeruk2 tu untuk aleya. kat umah ni tak ada yang makan...huhu..nyesal tak sudah sebab pelupa :(
mana lagi nak dapatkan `AM' tu? koleksi jadi tak lengkap tanpanya... :(
ReplyDeletex pe akak, skrg2nya dh ada org spt sya yg pnh bca 'AM'. mksdnya msh ada yg pnh bca n mghargainya slain sya...
ReplyDeletekak umaira-terima kasih juga sebab sudi menjamu... kenyang sampai ke malam. harap akak dah tak sedey lagi tau...
ReplyDeletekak azie-utk masa ni x akan dapat di mana-mana. doa dan berdoalah ye... mana tau keajaiban muncul satu ari nanti...
rehal-ya... sedey mcm mana pun, boleh wat apa lg kan? tp... nantilah akak fikirkan dulu, hehehe...