Sering kali terjadi, kita plan dengan keluarga atau kawan-kawan kita nak ke mana-mana. Ke mana-mana itu, tentulah bermaksud tempat yang indah sebab kita tak plan apa-apa kan kalau sekadar nak ke tandas, walau secantik mana pun tandas itu? Lepas tu dari hari ke hari, kita akan plan, plan dan terus plan bagaikan tak ada kesudahan. Dengan harapan, plan yang kita susun dengan kata-kata, “Baik punya plan’, akan menjadi. Malangnya, semua plan berakhir dengan kata-kata, “Alamak, aku tak freelah.”, “Kita pergi lain kali ajelah.”, “Aku tak dapat cutilah.”, “Poket kosonglah.”, dan macam-macam lagi alasan kerana manusia memang kaya dengan alasan. Dan selebihnya atau paling tepat lagi, sebagai manusia kita hanya mampu merancang sedangkan ada DIA sebagai PERANCANG paling UTAMA.
Begitu juga dengan saya, saya pun selalu plan dengan kawan-kawan dan keluarga. Bukan hanya satu atau dua plan yang saya susun dengan mereka, tapi kalau nak dikira mungkin habis jari-jemari kaki dan tangan saya digunakan pun tak cukup. Sebabnya, saya antara manusia yang kaya dengan perancangan dalam hidup. Ceh... ayat memang tak boleh cari makan kan?
Ada antara plan saya yang berjaya jadi kenyataan, syukur. Tapi lebih banyak juga plan saya yang jadi macam angin lalu. Berhembus sekali lalu ke muka, lepas tu pergi tak berpesan. Hanya berjaya diikat guna mulut, tapi tiada tarikh pelaksanaan kerana sebab-sebab yang saya sebutkan di atas. Makanya, saya nasihatkan pada diri sendiri, “Kalau buat plan, jangan terlalu berharap”. Sebabnya, dah terlalu kerap tak menjadi dan saya pun jadilah manusia yang tak mahu terlalu berharap. Bagi saya, ada rezeki pasti ada. Kalau memang tak ada rezeki, saya percaya tentu ada hikmahnya. Lagipun tak ada rezeki kali ini, belum tentu lain kali pun tak ada kan?
Saya cerita apa ni sebenarnya? Entah ya! Saya sendiri tak begitu jelas. Tapi yang sebenarnya saya hanya nak bercerita tentang apa yang saya lakukan hari ahad lepas. Pagi, Fida datang ke rumah. Saya yang memang mamai menyambut kedatangan dia sebab memang dah janji. Berbual-bual sambil tengok TV, makan sarapan pagi. Lepas tu ketawa-ketawa tengok cerita hindustan kelakar.
“Hari ni kita pergi cari barang eh. Esok kalau akak pergi kerja, Fida tak ada apa pulak nak makan.”
Itu kata saya pada Fida. Lama lepas tu saya tanya lagi. “Kita nak pergi mana hari ni?” Saya macam orang hilang ingatan masa tu. Tapi lepas-lepas tu Fida pula tanya soalan yang sama. Pendek kata, saya dan Fida asyik mengulang soalan yang sama.
“Sebenarnya Fida ingat nak ajak akak pergi satu tempat. Tapi agak jauhlah. Kalau akak naklah.”
“Ke mana? Kelantan?”
Fida ketawa. “Akak melampau. Pergi PD atau Melaka ke?”
Tak fikir apa saya pun bangun. “Jom, kita pergi Melaka.” Saya terus masuk bilik dan bersiap. Tak lama lepas tu saya betul-betul dah siap. Dalam kereta, pandang muka Fida, Fida pandang muka saya. Lepas tu masing-masing ketawa besar. Saya dan Fida, kami selalu buat plan gila macam tu. Kadang hendak ke sini, tapi tau-tau dah ada di Nilai 3. Kadang hendak ke sana, tau-tau-tau dah ada di Menara Tinjau. Kadang nak ke situ, tau-tau dah ada di Putrajaya dan macam-macam tempat lagi. Tapi saya gembira, sebab bulan ni adalah bulan SAKIT untuk saya. Bukan SAKIT di tubuh, bukan juga di hati. Tapi mungkin SAKIT di minda. Dan kesimpulan yang saya boleh buat... SAYA TERASA SUSAH NAK BERNAFAS BILA TERPAKSA MENULIS MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN. Tapi syukur... saya berjaya menyudahkannya 5 hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. Dan saat ini, saya berdebar-debar menanti kelahiran novel KASIH BENAR KASIH, judul asalnya TETAPLAH DI SISIKU. Moga KBK ada tempat khas dalam hati pembaca novel-novel saya.

wah... cantik la spek tuuuu..;-)
ReplyDeletecantik eh? klu cm tu bolehlah kte pakai lg, hehehe...
ReplyDelete