Ketika April belum pun menjengah, saya sudah tersenyum simpul mengharapkan Mac segera berakhir. Ada banyak sebab untuk saya mengharapkan Mac pergi digantikan April yang bagaikan menjanjikan sesuatu untuk saya, sesuatu yang tentu saja belum pasti kerana perkataan yang digunakan saja adalah ‘bagai’. Bagai itu boleh jadi membawa maksud ‘ya’ atau juga ‘tidak’. Tapi saat April benar-benar memunculkan diri, saya tak tahu apa perasaan saya. Penantian saya perlahan-lahan bertukar rasa. Kalau pada awalnya seperti menggebu-gebu, meronta-ronta, perlahan-lahan... rasa-rasa itu semakin lama semakin mengecil digantikan dengan sesuatu rasa yang lain, yang mengambil tempat dalam hati. Ya... fitrah manusia, sering kali saja meminta begini, tapi bila sudah diberikan begini, mula meminta yang begini itu digantikan dengan yang begitu pula. Dasar manusia! Tak pernah puas dengan semua pemberian yang sudah diberikan.
Kini, hari ini, April dah semakin ke penghujung. Tapi saya seperti sudah tak sabar-sabar menanti Mei tiba. Saya mengharapkan April segera pergi bersama-sama semua yang sedang membelenggu diri di kala ini. Bukan kerana Mei bermakna ada hari lahir saya. Tidak! Bukan itu sebabnya kerana hari lahir bagi saya bukanlah apa-apa sangat. Hanya membuktikan kalau umur saya meningkat setahun lagi dan dengan izin DIA saya mampu menghirup lagi segarnya udara milik DIA. Tapi tak seperti April, saya sendiri tak pasti untuk apa Mei saya tunggu. Yang jelas, saya mahu Mei segera datang supaya April segera berlalu.
Kejamkan saya? April langsung tak bersalah pada saya. Tapi cara saya mahukan April pergi, seolah-olah April sudah melakukan kesalahan yang besar dalam hidup saya. Sepertinya, April sudah memalitkan satu lagi kenangan buruk dalam catatan kenangan hidup saya. Padahal... bukan salah April kerana yang berlaku tak ada kena-mengena dengan April. April hanya bulan pelengkap kepada 11 bulan yang lain. Tanpa kehadiran April segala-galanya seakan-akan tak lengkap lagi. Dan sejujurnya... saya sendiri jadi tak pasti lagi apa sebenarnya yang telah berlaku dan permainan jenis apa ini? Hanya yang jelas, saya memegang kata-kata orang, saya pegang kejap kata-kata itu dan kemudian kata-kata itu saya gunakan kerana itu yang dikata pada saya. Bila sampai masa, kata-kata itu tak dikota dan sudahnya, tersurat sudah yang hati saya dianggap enteng lagi, lagi dan lagi... ;-)

No comments:
Post a Comment