-PeStA bUkU aNtArAbAnGsA Kuala Lumpur 2011-

April 22, 2011

Cepatnya masa berlalu, dah setahun rupa-rupanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 tinggalkan saya. Saya aje ke yang ditinggalkan? Tak kiralah kan? Apa pun, pencinta buku pasti sedang tersenyum lebar sekarang ni. Tak? Ah... saya tak percaya! Sebabnya, saya sendiri pun sekarang ni sedang tersenyum gembira mengenangkan PBAKA dan kalau kamu, kamu dan kamu yang menggelar diri kamu pencinta buku tapi kamu tak tersenyum bila mengingatkan PBAKL, kamu, kamu dan kamu bukan pencinta buku sejati. Hanya cintakan buku pada nama semata-mata.

Tak macam 5 tahun kebelakangan ni, tahun ni jadual saya tak padat sangat di PBAKL. Saya hanya bertugas esok, 23 APRIL 2011 di booth FAJAR PAKEER dan 1 MEI 2011 di GRUP BUKU KARANGKRAF [ALAF 21]. Makanya, tahun ni saya bebas merambu ke sana ke sini. Yang sebenarnya, ikut perancangan awal, tahun ni saya tak nak bertugas sebab saya manusia yang ada masa-masanya cepat serik. Tahun lepas adalah tahun PBAKL mimpi buruk untuk saya, tahun kenangan, pengajaran untuk saya supaya lain kali terus beringat. Dan kesimpulannya berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia kerana ada yang sedang memerhatikan walaupun mungkin tak ramai dan saya tak tahu siapa dan untuk apa. Tahu-tahu, nama dah naik. Kalau naik sebab dapat hadiah cabutan bertuah tak apa juga, rasa jugalah berbaloi-baloi, tapi... alahai, sadis betul. Saya hanya penulis cabuk, bukan artis. Tak perlulah nak tengok saya sampai macam tu sekali. Yang jelas, “Don’t judge a book by its cover”. Tak baik! Kamu, kamu dan kamu tak kenal saya, jadi tolonglah jadi hakim bagi saya, saya tak lantik kan?


Okeylah, secara rasminya inilah jadual saya. Kalau ada yang mahu berborak kosong dengan saya, jom... datang jumpa saya. Tapi kalau datang sambil bawa novel-novel saya, lagilah saya SAYANG, SAYANG dan SAYANG GILA sama kamu, kamu dan kamu.

23 APRIL 2011 – FAJAR PAKEER

1 MEI 2011 – GRUP BUKU KARANGKRAF [ALAF 21] – Saya TAK BERANI MENJANJIKAN apa-apa, kalau tak ada aral mungkin KASIH BENAR KASIH, novel terbaru saya akan ada masa ni nanti. Tapi kalau tak ada, maknanya tak ada masa tu tapi pasti akan ada di kedai-kedai buku berhampiran selepas selesai PBAKL. Jadi, jangan marah saya kalau ditakdirkan tak ada, sebab saya tak berjanji. Hanya berani berkata MUNGKIN.

Jumpa kamu, kamu dan kamu ya...

2 comments:

  1. tak ada intro ke utk novel baru tuh?

    ReplyDelete
  2. SALAM. SAYA DAN SELURUH JAWATANKUASA PENGANJUR PBAKL 2011 INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN DI ATAS SOKONGAN TERHADAP PBAKL 2011.

    IKHLAS
    A'AZMI SHAHRI
    PENGARAH
    URUS SETIA TETAP MBKM
    KEM. PELAJARAN

    ReplyDelete