JODOH TAK BODOH

Salam dan hai... pada yang tersinggah di sini. Kenapa ‘ter’? Tentulah sebab saya dah lama tak conteng-menconteng di sini. Bila dah lama, maknanya orang pun tak mahu datang. Balik-balik yang dilihat, N3 yang sama. Siapa yang tak bosan, kan? Kalau saya pun saya akan mengeluh atau mencebik depan PC atau laptop atau HP atau yang seangkatan dengannya. Tak pun pengsan berkali-kali sebab bosan.

Dan kenapa saya... tiba-tiba jadi ramah jari-jemari hari ni? Tentulah sebab saya rasa sangat-sangat-sangat rindukan blog ni. Kalaulah ‘dia’ orang, mahunya ‘dia’ maki-hamun saya sebab saya tak pedulikan ‘dia’ berbulan-bulan lamanya. Tak termasuk N3 manuskrip terbaru tu. Tapi apa nak buat, akhir-akhir ni kehidupan saya memang tak seperti biasa. Busy jadi berkali-kali ganda. Kerja dan dunia penulisan, sama-sama naik. Selebihnya... tetap juga rutin berjalan seperti biasa.

Lagipun terasa ada sesuatu yang menuntut untuk dikeluarkan hari ini. Dalam erti kata yang lain ALEYA ANEESA a.k.a.  MARWATI WAHAB ingin meluahkan perasaan. Mungkin mewakili diri sendiri, mungkin juga mewakili ramai orang yang seangkatan di luar sana. Kalau nak kata minta simpati, pun boleh!

“Saya memang susah nak trust woman, especially yang dah agak berumur. Mesti something wrong dengan attitude dia

Ayat bertulisan merah tu, dah dua hari asyik bolak-balik dalam kepala saya. Malah ketika jari-jemari debab saya ni menari-nari rancak di atas keyboard pun, masih juga ayat yang sama berdansa tak ingat dunia mengganggu-gugat jiwa yang memang tak reti duduk diam sejak akhir-akhir ni. Sama sibuk macam tuannya juga.

Kejam tak ayat tu? Kejam? Tak kejam? Siapa yang jawab ‘tak kejam’ orang tu saya rejam nanti. Rejam dengan apa, nantilah saya fikirkan. Kalau dengan buah getah? Ringan. Kapas? Lagilah mengarut! Bulu ayam? Sadis! Kulit kacang? Mengong! Kalau batu-bata okey, tak? Oh... saya pun dah jadi kejam juga. Kan? Okey... kita tinggalkan soal rejam-merejam tu sebab saya tak akan buat sebab saya bukan orang kejam pun. Jahat... jauh sekali!

Tapi sejujurnya, ayat tu buat saya sentap. Terasa. Sebabnya, macam mana nak menyangkal pun hakikatnya memang umur saya dah banyak, tapi tak adalah sampai 100 tahun. Kalaulah 100 tahun masih tulis blog, sah... sayalah orang tua paling sporting dalam dunia ni. Patut diberi pujian tinggi melangit ni sebab rajin. Mengarut, kan?

Jadinya sebagai orang yang masuk dalam kelompok itu, saya ada sebab untuk terasa yang hati saya bagaikan dicarik-carik halus. Tapi saya tak nangis okey sebab saya tak lahir masa musim hujan. Sebaliknya saya ketawa-ketawa aje sambil kepala geleng-geleng masa baca. Ada juga merungut-rungut geram.  Tak adil bila orang membuat kesimpulan begitu pada golongan yang tak kahwin pada umur yang sepatutnya sudah memiliki suami/isteri dan anak-anak.

Tahu kenapa? Kerana jodoh itu rahsia ALLAH yang misteri. Makin nak dirungkai, makin bertemu jalan buntu. Ya... kita berhak untuk suka, sayang atau cinta siapa saja yang kita rasa nak. Bahkan mungkin kita pernah jatuh cinta berkali-kali dalam seumur hidup tapi kalau ALLAH kata orang itu bukan jodoh kita, siapa kita nak mempersoalkannya. Kan? Saya akur, ALLAH tak memberi mungkin kerana ada kurang yang perlu diperbaiki. Tapi bukanlah kerana perangai buruk semata-mata. Saya mungkin taklah sebaik mana walaupun saya tak juga jahat. Saya manusia yang dibekalkan dengan ‘kesedangan’ dalam segenap segi. Saya tak buruk, saya tak cantik. Saya tak baik, saya tak jahat. Saya tak gemuk, saya tak kurus. Saya tak putih, saya tak hitam. Saya tak pandai, saya tak bodoh.

Cumanya, ada aje orang yang saya lihat baik dan sempurna serba-serbi di mata dan di hati saya, tapi tetap juga sendiri sampai ke akhir hayat. Kenapa? Itu juga rahsia ALLAH kerana dia lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita. Barangkali, ALLAH mahu dia menjaga orang tuanya. Memperbaiki diri supaya lebih bersedia dan bertanggungjawab. Masih belum stabil dalam menguruskan kehidupan. Atau... seribu sebab yang lain.

Jadi sebagai manusia biasa, siapa kita nak menjatuhkan hukuman pada orang lain? Kenyataannya... kita juga tak sempurna. Jika sudah memiliki suami/isteri dan anak-anak, bersyukurlah atas bonus yang diberi. Namun jangan sesekali memperlekehkan kekurangan orang lain.  Itu tak baik! Tahu kenapa, apa yang kita ada itu bukan milik mutlak kita. Jika DIA nak mengambil, siapa kita nak menahan. Kan? So... sila jangan kejam sangat pada orang!

Dan tajuk di atas, sebenarnya langsung tak ada kaitan. Maaf kalau agak kasar. Tapi... jodoh tak bodoh, yang bodohnya bila manusia merasakan memiliki suami/isteri dan anak-anak itu penamat pada sebuah kebahagiaan. Lupa yang harus dijaga bukan hanya hati-hati yang ada dalam hati mereka, tapi hati-hati yang di luar hati mereka juga.

5 comments:

  1. Betul tu akak.. memang kejam kata2 macam tu, tapi adatlah manusia suka menghakimi. Kadang2 diri sendiri pun perlu check juga jgn hanya menilai org lain semata-mata.. :)

    ReplyDelete
  2. kadang manusia lupa, apa yg ada dalam tangan tu bukan milik mutlak. sebab tu ramai yg tak peka pada perasaan org lain...@fatin wawa

    ReplyDelete
  3. akak..it's same goes with me..tak tahu la nak cakap ape. kalau lah mulut dia orang tu boleh kita tutup dengan apa-apa dah lama la saya sumbat apa-apa supaya dia orang tutup mulut..betapa la cekalnya hati orang yang ditanya tentang jodoh, rezeki anak, dan hal-hal lain tu..Dia dan tuan punya badan je yang tahu apa rasanye...kata-kata yang akak highlight merah tu...saya setuju..kejam...saya baca pun rasa macam nak turun hujan tiba-tiba.

    ReplyDelete
  4. tak mudah, kan sebenarnya? tapi... yg tak duduk dlm kasut yg sama tak akan tau...@mira anum:

    ReplyDelete
  5. saya alami benda yg sama gk....hri2 terpaksa dgr kata2 yg sgt2 kurang menyenangkn....pedih sgt pedih,tp abaikn & kna byk2 sgt bersabar.....ikut hati nk j terperap dlm rumah x nk kuar umah & x nk kje spy x dgr kata2 yg sgt2 pedih....tp inilah dugaan yg perlu ditempuhi....huhuhu......sabar2....

    ReplyDelete