Reward atau dalam bahasa yang lebih mudah
difahami, GANJARAN. Dalam masa dua hari ni, asyik sepatah perkataan tu berulang-alik
dalam minda. Saya terus fikir, berfikir, menggali dan kesudahannya, tak tahu
kenapa ada rasa ngilu terbit dalam hati saya yang paling dalam dan saya
sangat-sangat-sangat tak suka dengan apa yang saya rasa sekarang ni. Kenapa dan
mengapa, jangan ditanya sebab korang tak akan dapat jawapannya. Kenapa tak akan
dapat jawapan? Sebab saya tak nak kongsi. Biar simpan jadi hak milik kekal.
Kuikuikui...
Okey, saya faham makna sepatah kata tu,
tapi tetap juga saya mahu berfikir. Ya, sebagai manusia, setelah buat sesuatu
kita cenderung untuk dibalas dengan sesuatu. Maksudnya, bila kita dah kerja
penat-penat, kalau boleh kita mahu penat lelah kita tu dibalas dengan sesuatu.
Misalnya, dapat gaji kita beli barang-barang ataupun kita makan apa aje yang
kita nak makan sampai muntah atau dah tak larat lagi nak kunyah. Tapi tolong
ya, jangan jadi macam tu sebab nampak benar betapa gelojoh dan pelahapnya kita
kalau makan cara macam tu. Makan sedang-sedang sudah sebab dalam sehari kita
biasanya akan makan berkali-kali.
Kalau di tempat kerja, kita kerja sebab
kita nak dapatkan gaji. Sesekali, kita harapkan juga reward daripada bos. Tapi
bukanlah minta dibayar atau diberikan dengan hadiah yang pelbagai. Duit ringgit
jauh sekali. Tidak. Berapa kali korang nak dapat ganjaran sedangkan korang dah
dapat gaji? Kan? Tapi reward di sini bermaksud, cukup dengan ucapan terima
kasih daripada bos atau yang seangkatan dengannya. Bukan juga bermaksud
hari-hari bos perlu ucapkan terima kasih. Pada hari penting-penting sudah.
Contoh, lepas buat atau anjurkan majlis atau acara. Dan sepanjang saya kerja di
sini, bersilih tukar bos. Ada yang ringan mulut mengeluarkan kata terima kasih.
Ada juga yang buat bodoh aje. Macam tak ada buat apa-apa, sedangkan peluh yang
menitik hampir cecah ke lantai. Otak sebu tak payah nak katalah. Belum lagi
bertikam lidah sesama sendiri atau sesiapa yang terlibat. Untuk semua rasa itu,
tak ke layak diberikan ucapan terima kasih? Layak, kan? Kalau ada yang kata
tak, memanglah korang kejam. Huhu.
Cumanya, hati saya bertanya, mendapatkan
seorang isteri/suami dan kemudian anak-anak, takkah itu juga boleh dipanggil
dan dianggap satu reward dalam kehidupan? Malah mungkin nilainya melebihi intan
permata atau barang-barang yang lama-kelamaan akan rosak seiiring dengan masa? Tidakkah?
Tapi yalah, lain pandang lain belalang.
Kan?
No comments:
Post a Comment