- SeDiKiT cErItA -

June 5, 2007

Salam... salam sayang, salam manis, salam ceria dan salam... salam... salam... kt semua. Hampir 3 minggu x tulis apa2 n3 kt sini rasa rindu sangat. Jom kongsi cerita...

13-24 Mei 2007
Macam yg dah aku g tau sebelum ni, aku kena g Kursus Induksi untuk pengesahan jawatan di Sungai Congkak. Hem... kursus ni rasanya kira okeylah, sama macam yang orang lain kena pergi, rasanya ramai yang dah ada pengalaman ni kot. Kalau nak cerita lebih2 pun dah x perlulah kot. Cuma boleh cakap, banyak kena dengar ceramah, ceramah dan ceramah dari pagi sampai ke petang. Malam pula disambung dengan perbincangan kumpulan atau buat tugasan individu. Ni yang aku lemah sikit sebab dah lama tinggalkan kertas2 kerja ni. Rasa otak dah beku semacam tapi nak ke tak nak kena juga buat sebab nanti kalau x lulus susah pulak.

Tapi... rasanya sepanjang kursus 2 berjalan, benda yang paling malas dan aku x suka ialah pengucapan awam. Walaupun topik bebas dan cuma ambik masa selama beberapa minit, aku tetap rasa macam kena seksa. Bercakap di depan dengan mata orang semua tertumpu ke arah aku, huh... benda terakhir yang aku harap akan berlaku dalam hidup aku masa kursus 2. Masa study dulu, aku rasa boleh tahanlah, sekarang dah x boleh tahanlah pulak. Tak suka betul! Tapi ni pun kena buat juga sebab ada markah.

Opss... biar aku cete sikit lagi, masa kurus 2, bukan hanya ada pekerja DBP aje tapi ada juga organisasi lain. So sebab lain2 organisas, jadi kepala pun x sama. Untuk samakan kepala, jadi dibuatlah kumpulan2 masa hari pertama, macam masa sekolah dulu. Petang, kami duduk dalam kumpulan, setiap kumpulan diberi kertas majong dan buatlah nama kumpulan, ahli kumpulan, logo, slogan, visi dan misi. Masa ni aku rasa kelakar sangat, yelah masing2 nak tunjuk bagus. Apa pun syukur sebab kumpulan aku tak kena bersihkan bilik kursus, nyaris2 kena sebab bangunan yang kami buat sama tinggi dengan kumpulan yang lagi satu. Masa masing2 sibuk tengok, bangunan kumpulan 2 jatuh, so kira aku dan kumpulanku selamat.

Hari khamis, 24 Mei 2007, selesai exam aku lepak kat bilik sementara tunggu pukul 4.00 sebab nak daftar untuk Kursus Modul Kenegaraan pulak.

24-28 Mei 2007
Kursus ni, huh... jadual terlalu padat. Pagi2 dalam kol 5.00-5.30 dah kena bangun, habis pulak pukul 11.30 mlm. Langsung tak sempat nak tidur dan tengok TV macam sebelum ni. Habis melayang Si Manjalara. Tapi kali ni lebih banyak LDK, benda yang buat aku kena bercakap lagi banyak. Anehnya, aku x kisah... asyik aku aje yang nak jawab. Mungkin sebab duduk dalam kumpulan yang kecik. Tapi... nasib memang tak menyebelahi aku sebab masa hari kedua, aku kena jadi MC. Masa tu rasa mcm nak lari balik aje, macam dah tak ada orang lain agaknya jurulatih 2. Agaknya sebab aku tak ikhlas masa jadi MC tu, air yang aku tuang untuk penceramah tumpah atas meja. Malunya aku TUHAN aje yang tahu, penceramah tu cakap x apa, sedangkan masa 2 aku dah kecoh2 lap meja. 2 Belum kira mata kawan2 aku kat depan yang terkebil dan tersenyum2, ejek akulah tu. Lagi satu yang aku rasa x larat bila kena lari 2 KM, dah bertahun2 x lari rasa macam kena dera pulak. Dan, esok pagi bila bangun... aku rasa cm x boleh jalan. 2 lah akibatnya malas bersenam.

Kursus ni berakhir dengan exam pada 28 Mei 2007. Tengah hari aku x menyempat2 balik dan aku jadi orang pertama yang balik. Apa yang pasti kenangan sepanjang kursus 2 tetap tersemat dalam hati. Suka dan duka dia tetap jadi kenangan terindah. Ada rezeki dan umur mungkin dapat jumpa kawan2 baru aku tu. Dan kepada sesiapa yang datang ke blog aku, ucapkan selamat hari lahir kat aku, aku ucapkan bebanyak terima kasih. Aku sangat menghargainya. Sekian...

4 comments:

  1. thanx ya coz akhirnya akak curik masa untuk tulis n3 baru ni...rindu sgt nak baca...

    p/s-mcmne bleh ttmpah air tu???mesti merah padam muka akak...bleh bayangkan...ehehe

    ReplyDelete
  2. hai fad... air 2? penceramah 2 batuk2, tp akak wat bodo sampai kwn2 kt depan wat isyarat suh tuang air, akak tuang n letak atas meja. pas 2 akak dok kt meja tepi penceramah 2 dlm keadaan ngantuk. penceramah... biasa ar tangan angkat2, akhirnya... kebabooo... kena air.... malu xyah kata ar, semua ketawa...

    ReplyDelete
  3. Selamat balik dari kursus. Semoga apa yang diperolehi dlm masa 2 minggu itu akan meninggalkan kesan dalam diri seterusnya membentuk peribadi serta pemikiran insan kelas pertama. Harap2 lepas ini akan lebih berkeyakinan dalam menghadapi dugaan dimasa hadapan.

    ( Cehh.. cam mat belia jek ucapannya keke alahaiaii..)

    ReplyDelete
  4. teringat mse kursus induksi dulu.. waktu kursus tu mmg rse cm nk lari balik tp bila dh selesai smuanya jd 1 kenangan yg indah plk.

    Sis...awk ni mmg cpt gemuruh kn..msh sama cm dulu2 gak.. and dont have to change anything..

    ReplyDelete