- PlAzA aNgSaNa, KeNaNgAn -

10:27 AM

Salam buat semua. Harap-harap semuanya ceria-ceria selalu. Akhirnya jualan buku di Badan Cemerlang pada hujung minggu lepas berjalan dengan lancar. Aku yang memang plan nak balik kampung minggu tu terus setuju bila dapat tepon daripada pihak Alaf 21. Dah dekat, apa salahnya luangkan sikit masa, tentu tak rugi ape2 punya. Kiranya ni kali kedua aku disuruh pergi ke Plaza Angsana tu.

Masa tu aku cuma diberitahu yang datang cuma Abang Ramlee, Kak Aisya dan Kak Lily Haslina aje. Tapi bila aku sampai aku tengok Kak Eka pun ada sama. Kiranya aku datang terlambat sikit sebab sibuk dengan Mi Rebus Haji Wahid yang dah lama aku tak makan kat Plaza Angsana tu. Terperanjat sekejap sebab aku tak tahu Kak Eka ada sama. Apalagi, riuhlah mulut kami bertanya khabar, maklumlah dah setahun lebih tak jumpa. Macam-macam yang Kak Eka tanya dan macam-macam juga andaian yang dibuat tentang aku. Aku cuma ketawa aje, nak jawab no komen, aku bukan artis. Dah lama x jumpa kot sebab tu Kak Eka nampak aku lain sikit. Tapi Kak Sa'adi pulak, rasanya baru 2 bulan lepas aku jumpa, x kan nampak aku lain juga kot? Rasanya x ada yang lain, semuanya sama aje bagi aku.

Sepanjang 2 hari 2, aku rasa agak seronok sangat. Pertama, sebab aku dapat jumpa kawan2 penulis. Kedua, aku dapat jumpa dengan Kak Azie dan Zaima @ Epok2, Alyze @ Angah dan kakak dia, diaorg berdua ni kawan baru aku. Gembira sangat dapat jumpa diaorg berempat. Walaupun mula2 aku malu gaklah jumpa kawan2 baru, lepas 2 entah ke mana hilang agaknya rasa malu 2. Ketiga, aku dapat jumpa kawan rapat aku yang dah lama x jumpa, yang sama2 belajar di Sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) dan UPM. Walaupun dekat, aku pun tak faham kenapa kami jarang2 benar jumpa. Betullah agaknya, masa dan keadaan selalu memisahkan manusia. Tapi aku rasa lega sebab dah lama benar nak jumpa dia, baru hari 2 niat aku jadi kenyataan.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada yang datang hari 2, gembira tengok org ramai kat kedai buku 2, x kiralah diaorg beli novel atau pun x. Sekurang-kurangnya, ramai lagi penduduk Malaysia yang suka membaca. Rasanya cukup sampai sini dulu, kat bawah ni ada gambar2 yang boleh diintai. Wassalam...




You Might Also Like

0 comments