- PuAsA bUlAn rEjAb -

July 11, 2007

Salam buat semua. Tadi dapat e-mel daripada seorang kawan. Jadi... aku masukkan e-mel 2 sebagai n3 di sini, sekadar nak kongsi dengan kawan-kawan semua walaupun mesti ramai yang dah tahu tentang ni. Hari ni 11 Julai 2007 dan ini bermakna, hari Isnin, 16 Julai 2007 kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu...

*Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka...”

~Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka ia pasti akan mendapat keredaan yang besar dari ALLAH SWT.
~Barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/ Israk Mikraj iaitu Sabtu, 11 Ogos 2007, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
~Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
~Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab bersamaan 16,17,18 Julai 2007, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
~Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insya-Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. Insya-Allah.
~Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga buatnya.
~Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH AWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah hari puasa, maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya.

*Sabda Rasulullah SAW lagi, "Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibrail as, "Wahai Jibrail untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrail as, "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau pada bulan Rejab ini."

*Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda, "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan seksaan ke atas mereka." Sabda baginda lagi, "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksaan kubur?" Sabda beliau, "Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang Muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

So, marilah kita sama rebut 5 perkara tersebut sebelum datang 5 perkara. Salam sayang buat semua. Wassalam...

2 comments:

  1. thanx 4 d information...fad baru nak ganti puasa terus btambah2 semangat...ehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih..info yg sangat2 berguna..izin

    ReplyDelete