- PeStA bUkU aLaF 21 -

12:46 PM

Hari ni lif rosak, jadi terpaksalah turun tangga. Dari tingkat 7 turun ke bawah, bolehlah... pagi lagi, tenaga pun masih banyak lagi rasanya. Masa turun tangga tu nampaklah sekolah rendah yang letaknya di sebelah tempat aku tinggal dan jelas budak2 yang berpakaian seragam berjalan-jalan sekitar kelas. Leka sekejap aku. Teringat masa aku sekolah dulu. Macam tu juga keadaan aku dan kawan2 yang tak tahu duduk diam. Huh... rindunya nak balik ke zaman tu. Tapi... aku memang suka pikirkan benda2 yg x mungkin jadi tu. Alah, sesekali ingat zaman kecik2 tu seronok juga.

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku nak ceritakan pasal Pesta Buku Alaf 21 yang diadakan pada 30/6/2007 hari 2. Itulah first time aku datang ke Alaf 21 semata2 sebab Pesta Buku. Tak tau mcm mana sambutan sebelum ni, tapi aku agak hari Sabtu 2, agak meriah. Ramai yang datang dan diaorg beli buku dalam kuantiti yang banyak. 30%, siapa yang x nakkan? Kalau aku kat tempat diaorg pun aku borong habis2an. Kata orang peluang kan x datang banyak kali. Kalau datang pun mungkin dalam keadaan yang berbeza. Betul x? Kira betul ajelah kan? Lagipun Kak Wan Rohana cakap, sambutan kali ni memang agak menggalakkan.

Masa aku sampai Bonda (Illlani Mysara) dah lama sampai. Lepas sesi bersalaman, kami berborak aje. Banyak yang Bonda ceritakan kat aku dan banyak benda yang kami kongsi. Maklumlah... selama ini kalau jumpa pun cuma bual2 sikit aje. Selalu saja x sempat, cuma hari 2... masa agak panjang. Banyak nasihat berguna Bonda beri pada aku dan aku akan simpan sampai bila-bila. Sambil tu ada jugalah yang datang bertanya khabar. Masa 2 gak muncul Violet (Kak Mar) menyapa, hem... rasa hepi sangat sebab disapa. Sekurang-kurangnya aku dah kenal bakal penulis Alaf 21. Lepas ni kalau jumpa x adalah aku malu2 kucing. Bolehlah saling tegur-menegur kalau terjumpa di mana-mana. Tq ye.. Kak Mar sebab sudi sapa saya dan Bonda. Kehadiran Kak Laila pula buat aku rasa lebih seronok walaupun Kak Laila datang agak lewat. Biar lewat drpd langsung x jumpa kan.

Hari 2 juga aku jumpa dengan Fad yang baik hati dan peramah. Cute pun cute gak. Kali kedua aku jumpa dia lepas Pesta Buku kat PWTC hari 2. Yang paling aku seronok... Fad ni sudi temankan kakak angkat dan kakak ipar aku sepanjang aku kat premis Alaf 21. Tq Fad, jasa Fad akak kenang sampai bila2. Sori ye, akak ngn Kak Ila selalu gaduh2 sayang depan Fad. saja nak tengok Fad seronok. Lepas 2 masa nak balik jumpa pulak dengan Kak Lara. Hem... seronok sangat dapat kenal dengan Kak Lara, yelah... ari tu dia cakap segan dengan aku sebab aku penulis Alaf 21. Dah kenal baru dia tau siapa aku yang sebenarnya. Tq ye Kak Lara... cute sangat pemberian Kak Lara 2. Cuma terkilan sebab sekejap aje kita jumpa kan?

Rasanya itu ajelah yang boleh dikongsi dengan kawan hari ni. Semoga hari ini kita hadapi dengan seribu ketabahan. Salam sayang, wassalam...

You Might Also Like

2 comments

  1. thanx gak...next time bila akak turun,kita gi jalan2 sama2...

    ReplyDelete
  2. Akak lagiler terkilan bin terkulat-kulat, dalam kepala asyik terbayang-bayang nak dpt otogeraf Leya kat novel BDH, macam 'Lebai malang' plak bila terperasan yg novel tu bukan keluaran Alaf21 huhuhu...

    Apapun novel BDH dah pun berada dlm simpanan, cuma menantikan saat2 yg terluang aje untuk 'study' hehehe.. akak ni klu bc novel kena betul2 'khayal'... sbb tu kena pd waktu betul2 free.

    Leya, awak memang 'sempoi' dan 'mesra-alam', akak jadi ternanti-nanti untuk bersua dengan Leya lagi :)

    ReplyDelete