- Memaafkan & Melupakan -

August 18, 2008

Memaafkan ya, tapi melupakan tidak. Betul ke macam tu? Aku tak tahu pandangan orang lain dan apa yang orang lain rasa. Tapi selama ini aku rasa memang kata-kata tu ada kebenarannya. Memang ada banyak perkara dalam dunia ni yang tak boleh kita lupakan semudah kita memadamkan kesan contengan pensel di kertas lukisan. Kalau pun kita cuba untuk lupa, ada masa-masanya sesekali apa yang berlaku melayang-layang juga di mata dan minda yang tak pernah berhenti daripada bekerja.

Dan, bila kenyataan terbentang depan mata hari Jumaat lepas. Aku tanya kembali pada diri, benarkan memaafkan begitu mudah? Tak semudah melupakan? Jawapan aku hari ini, TIDAK! Padahal aku sangka aku sudah pun memaafkan. Rupa-rupanya, memaafkan juga tidak semudah yang aku kira. Selama ini aku selalu kata, tak apa... aku dah maafkan segala-galanya, aku dah lupakan semuanya. Tapi bila panggilan yang tak dijangka, daripada orang yang tak diduga sampai... ya, aku masih belum memaafkan dan melupakan. Sekurang-kurangnya tidak dalam jangka masa terdekat ini. Masa akan datang aku tak pasti sebab bukan ada di tangan aku. Kalau dibalikkan hati aku, mungkin saja aku boleh berubah 360 darjah dalam sekelip mata. Tapi sekurang-kurangnya bukan hari ini.

Entahlah. Kalau setahun 6 bulan dulu, kata maaf itu diucapkan, mungkin aku dengan rela hati memaafkan. Mungkin aku masih boleh menerima alasan demi alasan yang diberikan walaupun entahkan betul entahkan tidak apa yang dikata. Tapi rasa-rasanya tempoh setahun lebih itu agak lama untuk mencipta alasan. Sekarang ni aku pun dah tak nak dengar apa-apa sebab aku dah tak nak tahu apa-apa lagi. Bagi aku, yang dah berlaku biarkan saja berlaku dan berjalan seperti mana adanya.

Kejam ke? Yup, memang agak kejam tapi... dalam hidup ini, ada benda yang kadang-kadang agak mudah untuk diterima atau difahami dan ada perkara yang tidak boleh dianggap enteng walaupun kita merasakannya begitu. Jadi, aku memutuskan hati untuk membiarkan segala-galanya berjalan seperti biasa. Cukuplah dalam hati aku tak ada rasa marah, atau barangkali aku memang dah memaafkan dia tanpa aku sedar. Cumanya, untuk bersikap seperti biasa, tak mungkin. Bukannya aku tak mahu, tapi aku memangnya tak boleh. Aku cuba juga untuk meramahkan mulut, malangnya, hanya sepatah... sepatah... kata yang keluar. Aku betul-betul dah tak boleh. Jadi, biarkanlah semuanya begitu-begitu saja...

4 comments:

  1. kite bhak untuk mjadi 'kejam' kerane kelukaan yg kite rase..
    memaafkn @ pum tidak juga hak kte..
    melukai org yg pernah melukai kte bg sy adil..

    ReplyDelete
  2. yup... mmg ada kalanya kte kena kejam pada org lain klu kte x nak kejam pada diri sendiri. saya setuju sangat walaupun mungkin x elok macam tu. soalnya, bila melibatkan hati, x semudah yang kte atau org fikir...

    ReplyDelete
  3. Bak kata lagu Aishah - Kemaafan, dendam yg terindah..

    Alahaii...

    ReplyDelete
  4. mmglah aisyah nyanyi lagu mcm tu, tp... mesti ada sesetengah kes yg aisyah gak tak dapat lupakan dan maafkan. tak caya tanya aisyah...

    ReplyDelete