- Aleya Aneesa Junior -

September 16, 2008

Tiga hari lepas, dapat telefon daripada nombor yang aku tak kenal, jadi aku tak jawab. Esoknya, masih nombor yang sama, pun aku tak jawab. Entah kenapa akhir-akhir ni rasa malas nak jawab telefon orang, apa lagi nombor yang tak pernah tengok sebelum ni. Fobia ke? Atau ada panggilan yang aku tak jangka dah muncul? Hehe... entahlah! Sebab dah dua kali, aku pun SMS guna ayat standard, ‘Salam. Sape ye?’. Yatie! Huh... pantas aku telefon dia sebab dah lama aku cari Si Yatie ni tapi semua nombor dia dah tak ada dalam perkhidmatan. Entah kenapa hobi Yatie bertukar-tukar nombor telefon sekarang ni, aku sendiri tak faham. Tapi mujur juga dia simpan nombor aku.

Rupa-rupanya Yatie nak bagi tahu aku yang dia dah selamat lahirkan anak perempuan pada 10 September 2008. Syukur, segala-galanya selamat walaupun sama dengan Aniem, dia juga terpaksa dioperation. Tak kisahlah asalkan anak dan ibu sihat, itu pun dah cukup baik.

Tapi apa yang membuatkan aku tergelak besar, Yatie dan Ikan @ Muhammad Rezuan (Ikan nama yang kawan-kawan gelar untuk husband Yatie) sepakat menamakan anak diaorang sempena nama pena aku ‘ALEYA ANEESA’. Mulanya aku ingat dia tipu, rupa-rupanya betul. Sabar ajelah! Yatie dan Ikan betul-betul kelakar sebab pilih nama tu. ‘Macam dah tak ada nama lain’, kata aku kat Yatie, Yatie cakap ‘biarlah’. Jawapan yang selalu aku berikan masa belajar dulu kalau rasa aku suka dengan apa yang aku buat dan orang lain rasa tak puas hati atau pelik. Mendengar sepatah kata Yatie tu, terasa macam telan batu kerikil, menepuk air ke dulang. Yatie tentu ingat setiap tutur kata aku dulu.

Dan Ikan, aku betul-betul tak sangka Ikan mengotakan gurauan dia dalam telefon beberapa bulan lepas. Aku ingat dia main-main bila dia cakap nak namakan anak dia sempena nama pena aku kalau anak dia perempuan. Kini, hajat dia benar-benar dah tercapai. Bagi aku pula, tak kira nama apa dipilih... aku tetap mendoakan yang terbaik untuk Yatie dan Ikan, semoga kebahagiaan akan kekal menjadi milik mereka sekeluarga. Cuma rasa begitu terharu, rasa dihargai. Tiba-tiba jadi ingat Yatie. Yatie yang pendiam tapi paling rapat dengan aku sebab dia tidur di katil sebelah aku. Yatie yang lebih banyak senyum daripada bercakap dan ketawa. Yatie yang aku gelar zirafah kerana terlalu kurus dan tinggi. Dan Yatie yang sama, yang pernah menangis depan aku sebab merasakan hubungan dia dan Ikan seperti tak dapat diselamatkan lagi. Huh... rindunya kat Yatie, Aniem dan Wanie.

6 comments:

  1. kalau nanti kte dpt anak lagi, kte pn akn namakan `aleya aneesa' jugak..hehe...

    ReplyDelete
  2. Wahh.. itu dah kira penghargaan yang paling besar dan bermakna tu. Tak leh disia2kan dan dihampakan.

    So, Aleya.. lepas ni kenalah rajin2menulis, cari semula semangat yg hilang tu ek. Tak leh aa malas2 lagi kekeke

    Good luck!

    ReplyDelete
  3. jijot-soalnya, awk nak mengandung lg ke? klu tiba2 terdapat anak lelaki cm mana? nak namakan aleya aneesa gak ke?

    ReplyDelete
  4. mersik-ya, satu penghargaan, rasa terharu sangat sb tahu diaorg ingat kat saya wlupun masa makin berlalu.

    masalahnya sy dh buat keputusan nak rehat menulis buat jangka masa yang lama. bkn malas tp... hanya TUHAN saja yg tahu... hehehe...

    ReplyDelete
  5. k'mar..
    mie dkt kg..
    blk2 tgk spupu bawu pum gune name akak tau..
    fames u.. [wink]

    ReplyDelete
  6. mie ni... ada2 ajelah tau. malu akak, hehehe...

    ReplyDelete