Setiap orang dalam dunia ni ada berbagai-bagai sikap dan sifat. Kadang-kadang kita rasa kita jenis orang yang begini, kadang-kadang pula, kita rasa kita jenis orang yang begitu. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat baik pada orang. Kadang-kadang pula, kita rasa dah buat jahat pada orang. Kadang-kadang, orang suka bila kita buat baik. Kadang-kadang juga, bila kita buat baik, tetap juga orang kata kita tak baik. Semuanya tak kena dan tak betul. Sentiasa berubah-ubah dan jarang benar tetap pada pendirian yang satu. Malah, sering juga ikut keadaan dan masa.
Kata Kak Azie, ‘Aku... sangat pandai mengambil hati orang’. Ye ke? Kalau betul, kenapa aku selalu sakitkan hati orang? Jadi kesimpulan yang aku buat, aku bukan jenis macam tu. Sebabnya, aku selalu aje rasa kekok, bimbang kalau-kalau dalam pada bercakap, dalam pada bergurau, ada hati yang dah tergores. Tapi... aku juga bukan jenis orang yang tahu bercakap ala-ala perempuan Melayu terakhir. Dan, kalau aku memang jenis yang pandai mengambil hati, mesti sekarang ni aku ada banyak hati kan?
Kata seorang yang lain, ‘Aku keras di luar, tapi lembik macam biskut di dalam’. Betul ke aku jenis orang macam tu? Tapi kata-kata ni, memang agak tepat walaupun tak semua keadaan, aku keras dan tak semua keadaan juga aku lembik macam biskut.
Kata Kak Long, ‘Aku terlalu memanjakan adik-adik aku. Tak biarkan dia orang berdikari’. Ini satu lagi keadaan yang buat aku dalam dilema. Betul ke? Rasanya tak, tapi bila fikir kembali, macam betul pula. Bukannya apa, dulu... masa aku dalam umur adik-adik aku yang bertiga tu, (termasuk seorang sepupu yang mak aku jaga setiap kali mak cik aku pergi kerja), aku tak selalu dapat apa yang aku nak sebab tak kaya. Cuma boleh pandang orang aje. Mungkin sebab tu, maka... aku bagi aje apa dia orang nak, yang tak minta pun kadang-kadang aku bagi juga walaupun adik-adik aku dah ada kerja dan hidup sendiri. Semuanya gara-gara Kak Long terdengar aku belikan adik merangkap sepupu aku tu hp baru. Sakit mata tengok hp dia dah hilang button, dia tak minta pun. Bila Kak Long membebel, aku cakap, ‘Ami tolong belikan aje.’ Dalam hati, ‘Sorry... terpaksa tipu’. Malas nak dengar dia membebel terus sebab tu bukan pertama kali, dah berpuluh-puluh kali.
Kata mak pula, ‘Aku... seorang yang sangat suka meradang bila ada yang tak kena. Kalau orang tak kenal aku sangat, memang tak tahu’. Hehe... yang ni, memang no komen sebab, pandangan seorang ibu jarang benar tersasar. Tapi aku pun bukannya akan meradang tanpa sebab dan bukan juga meradang sentiasa. Hanya bila aku dah tak boleh nak kawal dan dah sampai tahap dewa. Biasalah, aku pun manusia biasa.
Kata abah pula, hem... tak ada kata yang abah luahkan, semuanya abah simpan dalam hati untuk dia seorang sebab abah bukannya banyak cakap. Dan, apa pun analisis yang dah dibuat pada aku tu, rasa-rasanya, akulah yang lebih kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Orang lain pula, bagaimana ye?

saya ske giller entry ni...memang sepatutnya kita lebih mengenali diri kita tp kadang2 kita pun pelik dgn diri kita sendiri...sebab tu kena ada org yg membantu memberi pendapat yg membina...=)
ReplyDeleteBukan setakat pandai amik ati je, tp curi ati jugak..
ReplyDeletePaling tidak pun, awk mmg pandai amik ati kte.. that's very true
fad - yup... mungkin betul ada org yg boleh faham kita, tp x mungkin seratus peratus sb kitalah pencorak diri kita dan kitalah yang tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati kita. kadang lain di mulut, tp lain pula di hati. kadang pula, 22nya sama. apa pun, kita mmg perlu pendapat orang lain dalam hidup ini. semoga berjaya fad dalam semua hal...
ReplyDeletekak azie - semoga saja kita tak akan jadi orang yang menyakitkan hati. apa pun, doa kte ttp bersama-sama awk...
ReplyDeletenampak keras tapi sebenarnya lembut....heheheh
ReplyDeletediana - 2lah pasal, hahaha... buat malu jer kan?
ReplyDelete