- Jumpa Lagi -

November 29, 2008

Dah seminggu aku dah kawan-kawan pergi ke rumah Kak Lynn Dayana. Tapi… baru hari ni rasa nak menulis sesuatu di sini sebab aku menulis ikut mood, tak ada paksaan dan tak akan ada paksaan. Kata orang, paksaan akan membunuh keinginan. Aku ke orang yang kata sebenarnya ni?

Nak mula dari mana ya? Hem… macam biasa, aku pergi dengan geng tiga serangkai aku tulah, siapa lagi kalau bukan Ika dan Bikash. Kali ni naik Si Boboi Ika, bukan Si Kem Bikash. Tapi soalnya, bila pulak turn Si Wir aku tu nak bawa dia orang? Hahaha… jenuh rasanya Ika berleter kat aku, malam tu pun kena juga. Tapi, insya-Allah… aku akan cuba juga lepas ni. Fobia perlu diatasi, sampai bila nak simpan kan? Masalahnya hati aku, TUHAN aje yang tahu

Sampai di rumah Kak Lynn, dah ada Kak Eka. Yang best tu, kami takut-takut juga tersalah rumah, tapi mujur juga macam terdengar-dengar ketawa Kak Lynn dari luar. Sah, memang tak silap lagi, tekan loceng kami pun sembunyi. Kak Lynn keluar, kami pun kantoi. Melangkah masuk rumah Kak Lynn, belakang pintu, Kak Eka sembunyi. Hehe… macam-macam kan? Teringat masa budak-budak dulu, main sorok-sorok macam dah jadi trend masa tu. Tapi rasanya, budak-budak sekarang dah tak main permainan macam tu. Dia orang lebih memilih main game di komputer atau pun main PS2 ke PS3.

Lagi apa nak tulis ya? Tak taulah nak tulis apa lagi, cuma… setiap pertemuan dengan kawan-kawan, pasti ada kenangan terindah. Tahu… apa yang pernah aku rasa, kawan-kawan lain pun rasa juga. Bukan hanya aku seorang yang diuji. Cumanya, siapa cepat dan siapa pula yang lambat rasa semua tu, tergantung juga bagaimana cara mengatasi keadaan itu. Syukurlah… aku dah keluar daripada rasa yang agak kejam tu. Alhamdulillah… Bikash pun dah keluar daripada kepompong yang entah apa-apa, tak tahu bila datang tapi tiba-tiba aje dah ada. Tak boleh buat apa yang kita minat dan nak buat, rasanya… agak sakit juga. Seperti ada yang terkurung dan hanya diri sendiri aje yang tahu. Dan dalam perjumpaan yang manis tu, sesi akhir dengan Kak Eka, Kak Lynn, Su, Ika, dan Bikash… buat aku lebih banyak berfikir. Memang benar, ajal maut dan jodoh pertemuan tu bukan ada di tangan manusia. Kadang kala, kita dah merasakan kita sudah memegang dengan ketat, tapi sebab terlalu ketat memegang… tangan terasa lenguh, sampai akhirnya terlerai tanpa kita sedari. Terima kasih atas nasihat Kak Eka dan Su… sangat dihargai.



Rasanya, cerita berakhir di sini dulu, ada masa jumpa lagi di lain cerita. Sekian, salam manis untuk sesiapa yang sudi berkunjung.

6 comments:

  1. isy isy ruginya tak dapat joint kak eka main sembunyi belakang pintu...heheh kalau akak mesti pilih nyorok dalam peti ais...sbb bnyk makanan...

    ReplyDelete
  2. tulah... klu x mesti kak laila rebut2 ngn kak eka, sapa nak depan n sape nak belakang. apa pun, x pe... kak laila balik nanti, kte main sorok2 ramai2 k...

    ReplyDelete
  3. Ya aleya...pegang kuat sangat, klu nk terlerai, terlerai jugak....

    ReplyDelete
  4. Wahh.. Aleya.

    Meriahnya aktiviti ber gather-gather tu. Seronok gitu..

    Nanti kim salam aa kat gadis yg berbaju kuning yang tersenyum lebar tu dgn makcik masak2 yg bertudung dan baju serba biru tu. Juga pada budak kiut rendah2 belah depan tu..dan kawannya yg ada keta kam hik hik.

    Tak lupa yg baju cekelat yg maintain vogue serta yg bertudung cekelat baju hitam sembunyi belakang tuan umah yg nampak ceria sentiasa.

    Dan pada dua orang makcik tudung light purple dengan kuning yang macam adik beradik jek rupanya kekekekek

    Akhir sekali. Tanya plak pada budak bertudung merah tu. Apsal tak senyum masa ambik gambar. Masam jek.. macam epal hijau. hik hik

    ReplyDelete
  5. kak lynn - ya, semua tu bukan jaminan sebab hidup yang kita semua tengah lalui sekarang ni pun belum tentu menjamin apa-apa. tp yang pasti, klu bkn hak kita... x akan jadi hak kita juga pada akhirnya... semoga kita semua sama2tabah dah sabar ya kak lynn... doakan, kak lynn sentiasa ceria. biar menangis air mata darah, jangan senyuman hilang di bibir...

    ReplyDelete
  6. mersik - memang meriah giler... tp kenapalah tak tulis aje kirim salah kt semua? buat susah2 aje menaip, tp okey gak... tu namanya latihan jari... hehehe... apa pun, moga ceria2 selalu...

    ReplyDelete