- Sekadar Menulis -

November 20, 2008

Salam… Hem, rasanya dah lama juga tak menulis apa-apa di sini. Tangan rasa gatal nak menulis, tapi… masa macam begitu cemburu. Padahal, ada begitu banyak benda yang nak ditulis dan ada begitu banyak cerita yang nak dikisahkan. Cumanya, hehe… terpaksalah mendahulukan mana yang dahulu dan menangguhkan mana yang patut ditangguh. Lagipun… sekarang ni aku masuk kerja pukul 7.30 pagi dan itu bermakna aku balik pukul 4.30 petang. Memang tak ada masa lebih untuk meringankan tangan membersihkan rumah yang dah usang (kata Shanika) ni. Tak macam dulu, aku selalu balik lambat, kadang-kadang sampai malam. Kiranya, dulu masa aku lebih banyak habis di opis daripada rumah. Dan, inilah dia n3 pertama yang aku tulis di rumah.

Dua minggu lepas, aku dapat kerja luar (mengedit mss untuk DBP). Kerja tu pun dah selesai minggu ni. Cerita terbaru aku pula, alhamdulillah… setelah hampir enam bulan berhenti, akhirnya sampai juga ke titik akhir minggu lepas. Tapi masih belum bersih sebab aku masih dalam proses mengedit mana-mana yang patut. Banyak lagi yang perlu dilihat, tak kisahlah… yang penting dah sampai penamat.

Terus terang, cerita kali ni memang terasa menyeksakan aku sebab masa yang aku perlukan untuk siapkan, terlalu lama. Dan, selama enam bulan ni, entah apa sebabnya, aku tiba-tiba hilang semangat nak menulis novel. Duduk depan PC atau laptop, tak ada apa yang dapat aku buat walaupun masa tu, hati rasa meronta-ronta nak menulis. Bukannya tak ada rangka, ada, bukannya tak ada idea, ada… cuma, mood yang tak pernah ada. Dan, semuanya tak menjadi. Hilang, semuanya hilang macam aku sebelum-sebelum ni tak pernah menulis. Terasa macam orang baru yang pertama kali nak menceburkan diri dalam dunia penulisan pun ada juga. Semuanya serba tak kena dan kekok. Sampai satu masa, aku terfikir… ‘Allah dah tarik balik ke bakat dan kemahiran aku yang sedikit tu?’. Takut… jauh dalam diri, aku akui yang aku memang takut kalau apa yang aku fikir tu betul-betul terjadi.

Tapi syukurlah… semuanya macam dah kembali seperti biasa. Mungkin dalam masa enam bulan tu, aku diberi peluang untuk berehat dan melupakan minat yang satu tu. Enam bulan tu aku diberi peluang untuk bermuhasabah diri. Enam bulan tu, aku diberi peluang sukakan sesuatu yang lain daripada rutin yang aku buat sejak mula bergiat dengan dunia penulisan. Mungkin tempoh masa itu juga, aku diberi peluang supaya sedar tentang hakikat sebuah kehidupan, iaitu… jangan terlalu setia tak bertempat. Yalah, selama ini, tak kira dalam apa keadaan pun, aku jenis manusia yang suka pada sesuatu atau seseorang atau sesebuah perkara yang ‘satu’ sahaja dalam jangka masa yang panjang, mungkin terlalu panjang. Agak payah nak ditukar ganti, tak semudah menukar baju rasanya. Pandangan aku, hanya satu… hanya hala tu aje yang aku tuju. Tak pernah paling ke lain walaupun aku sedar… aku patut juga memandang ke lain sekali sekala, sebab mungkin ada yang lebih baik ada di kiri, kanan, depan atau belakang. Yang satu itu, belum tentu terbaik untuk aku walaupun aku sering merasakan, itulah yang terbaik buat aku. Dan tetap itu, itu juga yang aku kejar. Anehnya kehidupan, aneh lagi rasanya diri ni.

Hem… berbelit-belit kan apa yang aku tulis kali ni? Tak perlu difikirkan atau dicari makna yang tersirat, sebab semua tu tak begitu penting. Pentingnya, aku sangat berterima kasih kepada mereka-mereka yang masih sudi menjengah walaupun, aku sendiri ada masa-masanya tak datang bertandang ke rumah sendiri. Semoga kita semua dirahmati. Sekian…

6 comments:

  1. go mar go pedulikan yang lain. Fikir untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Jangan nanti tulis mss pun berbelit-belit, sudahlah.. hik hik

    Apa-apa pun, selamat kembali berpena.. yihaaa

    ReplyDelete
  3. lan - tq... mmg aku x nak fikir apa org ckp pun. klu jadi pape pun kt aku, bknnyer org2 tu tolong pon. jd... baik fikir diri sendiri selagi aku boleh berfikir... hehehe...

    ReplyDelete
  4. mersik - klu mss berbelit2, ok ape... tu tandanya sy ajak pembaca berfikir. barulah minda leh berkembang... tq ye sb bg sokongan, sangat dihargai...

    ReplyDelete
  5. tak salah untuk menyepikan diri.. kalu itu yg akan mmbawa kita berjumpa kembali diri....

    apa pun... aku yakin ngan ko..

    ReplyDelete
  6. mek-yup... aku tau tu. tp fitrah manusia kot, rebah juga dlm pd rasa diri dah cukup kuat. apa pun tq sb kau banyak bg perangsang dan nasihat. sangat dihargai...

    ReplyDelete