- Jumaat Yang Bingung -

December 19, 2008

“Tu kat luar tu, composer lagu ke?” Aku tanya Diana sambil berkemas barang. Cadangnya, aku dan Diana nak pergi KL Sentral masa rehat.

“Siapa?” Diana tanya aku balik.

“Alah… siapa nama dia tu… Marzuki Ali.”

Dengar aje nama tu, Diana ketawa sambil tengok muka aku. “Marzuki Ali tu bukan penulis awak ke?”

Kali ni aku pun ketawa sama. Teringat muka Marzuki Ali yang buku puisinya berjudul ‘Bungkau Rimba Hujan Tropika’ yang baru aje terbit. Entah macam mana nama penulis tu yang aku ingat sedangkan dah sah muka yang berdiri di kaunter bahagian bukan muka penulis yang dah beberapa kali aku jumpa. “Habis tu siapa?”

“Fauzi Marzuki la,” kata Diana confident. Padahal, dia pun belum tengok siapa yang aku maksudkan. Tapi aku anggap aje apa yang Diana cakap tu betul walaupun tak pasti betul atau tidak. Lepas tu, kami pun mula keluar lepas cakap dengan Nadia ke mana destinasi kami. Bimbang kalau ada yang tercari-cari, tak pun bimbang sampai lewat ke pejabat.

“Hah… tulah dia.” Aku berbisik sambil kami masuk ke dalam lift. Kebetulan memang orang yang aku maksudkan ada di sana. Entah kenapa agaknya, aku rasa muka orang tu sangat biasa aku tengok. Cumanya, aku tak ingat siapa. Dalam lift pun kami senyap aje sambil otak terus berfikir tentang perkara yang sama. Tapi kosong, memori aku langsung tak ingat siapa sebenarnya orang tu. Tapi yang pasti aku tahu aku pernah tengok.

Keluar aje lift. “Saya dah tahu siapa orang tu?” Diana dah tak sabar-sabar kejar aku yang keluar dulu.

“Siapa?” Aku memang dah tak sabar. Otak rasa sakit sebab tak dapat jawapan bagi soalan yang ada kat hati.

“Itu bukan staf DAWAMA ke?”

Macam digeletek-geletek, pecah ketawa kami di lobi DBP hari ni. Hilang rasa malu sebab memang dah tak boleh nak tahan lagi. Pantas ingatan aku melayang kat meja bulat yang ada di DAWAMA setiap kali meeting visual kulit buku diadakan. Sah… memang betul apa yang Diana katakan. Patutlah aku rasa pernah jumpa, rupa-rupanya memang pun. Macam mana boleh lupa, aku tak pasti. Hanya yang pasti, sepanjang-panjang jalan pergi ke KL Sentral ketawa kami memang tak berhenti. Sampai Diana kata, dia terasa macam nak ketawa guling-guling macam ikon yang ada kat YM. Sampai tiba masa nak balik rumah pun, sempat lagi kami ketawa. Harap-harap lain kali, kami tak teka orang yang bukan-bukan selagi tak pasti. Kalaulah orang tu tahu, alangkah malunya.

3 comments:

  1. hahaha...kahkahkah rasa nak pecah perut baca entry ni, sambil terbayang2 peristiwa jumaat tu!

    ReplyDelete
  2. bukan takat pecah perut, hampir terburai isi sekali. sampai la ni kte x leh lupa dan x akan lupa kot. mcm manalah boleh fikir composer...

    ReplyDelete
  3. Yup! Pristiwa yang tak boleh lupa dan tak akan lupa!Kah kah kah!(ketawa besar)

    ReplyDelete