- Cerita 21 Hari -

January 21, 2009

Hari ke 21 bulan Januari 2009! Dalam 21 hari yang berlalu dan aku lalui, apa yang dah berlaku, apa yang aku dapat? Dah bermulakah perjalanan hidup untuk tahun ni, ataupun masih lagi dibawa kenangan tahun 2008, atau barangkali juga, masih terasa seperti ada pada tahun lepas? Entahlah ya, aku pun masih tercari-cari jawapan yang tentu saja sudah ada. Aku kini ada pada tahun 2009, bukan 2008, jauh sekali 1988 atau 1998.

Dan tahun ni, setelah 21 hari berlalu... alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar walaupun agak sibuk dengan kerja dan penyediaan laporan SKT dan Penilaian Prestasi yang baru selesai semalam. Hem... laporan yang sedikit, tapi terlalu rumit rasanya sebab setahun hanya dibuat sekali. Kalau hari-hari buat, mesti boleh disiapkan semudah melagakan ibu jari dan jari hantu hingga akhirnya kedengaran bunyi ‘pap’. Tapi mujur juga, lepas pening-pening kepala akhirnya siap juga.

Perjalanan hidup pula, masih macam biasa dan entah bila akan berubah. Rutinnya, bangun pagi pukul 5.50 pagi, pergi kerja pukul 6.45 pagi, sampai opis pukul 7.00 pagi, mula kerja 7.30 pagi, balik kerja pukul 4.30 ptg, pukul 5.10 ptg sampai rumah dan tidur sekitar 11.00 malam.

Perkembangan penulisan, syukur... setakat ini pun masih berjalan lancar. Minggu lepas dapat berita yang manuskrip novel yang aku hantar pada Alaf 21 dah selesai nilai. Tapi jangan ditanya bila tarikh terbit, aku tak ada jawapan yang pasti dan tak berani juga nak beri jawapan selagi novel belum ada di pasaran. Cuma berani kata, novel untuk tahun ni ‘pasti’ ada.

Manuskrip baru pula... pun syukur juga sebab sekarang ni rasa mood sangat bagus, sudi bekerjasama lepas agak lama mogok tahun lepas. Sebenarnya, aku pun agak pelik dengan mood ni, sebab masa aku menulis agak cacamarba. Aku menulis seawal 7.00-7.30 pagi, lepas tu 1.00-2.00 petang, kemudian 5.30-6.30 petang, sambung lagi 8.00-10.30 malam. Hari-hari macam tu, kecuali kalau aku letih. Tapi kesannya, hujung minggu aku lebih banyak tengok TV daripada menulis. Dan manuskrip ni, kiranya aku lunaskan hutang pada sesiapa yang pernah masuk Teratak Ana (sekarang dah tak ada lagi) dan pernah baca cerpen ‘CINTA SEBATANG PEN OREN’ yang tak selesai. Aku sedang berusaha selesaikan dan rasanya siap tak lama lagi.

Kesimpulan yang aku dapat, aku ‘sangat tak sesuai’ menghasilkan karya secara online, sebabnya... aku menulis ikut mood dan lebih malang lagi, aku buat orang tertunggu-tunggu. Tak ke kejam namanya tu? Aku memang ‘tak gembira’ buat macam tu, cuma masa tu nak cuba-cuba, orang boleh terima ke tak, sudahnya usang macam tu sedangkan orang tertanya-tanya. Cukuplah percubaan sampai setakat tu aje. Hanya yang pasti, satu dah selesai dan bakal terbit, satu hampir selesai. Dan dua lagi yang tak selesai, aku akan selesaikan juga walaupun ambil masa. Insya-Allah!

4 comments:

  1. haha...bila baca entry aleya, akak ketawa. lebih kurang pulak cara kita berfikir. 21 hari ya aleya...

    ReplyDelete
  2. Amboi..Amboii.. Aleya,

    Bersemangat nampak di tahun baru ini. Hik hik caya la.

    Tahniah dan syabas. Teruskan semangat yang menggebu-gebu itu.

    Bak kata oang tua-tua, Apabila kita ingin masa sekarang berbeza dengan masa lampau, maka pelajarilah masa lampau itu.

    Dan lagi, apabila kita berhenti dari memandang masa hadapan, kita benar-benar mula menjadi tua.

    Alahaii…

    ReplyDelete
  3. kak lynn-kte baca n3 kak lynn pun kte ketawa gak. kelakar pulak rasakan? napelah boleh sama 21 hari...

    ReplyDelete
  4. mersik-hidup mesti kena semangat sikit...dan betullah tu, apa yg awk tulis. tp... sy mcm belum tua sangatlah, hahaha...

    ReplyDelete