- Genap Setahun -

1:57 PM

Hari ni 22 Januari 2009, bermakna genap setahun usia Muhammad Aqqif Najmi, genap setahun dia melihat dunia dan genap setahun juga dia menjadi buah hati pengarang jantung keluarga kecil aku yang serba sederhana. Cepatnya dia membesar, cepat lagi masa berlalu dengan seribu satu cerita yang pastinya akan dikenang sampai bila-bila.

Pertama kali tengok si kecil tu setahun lepas, aku cuba juga perhatikan, manalah tahu dia ada ikut muka aku sikit-sikit walaupun hanya berstatus anak buah pada aku. Tapi tak jumpa, muka adik aku pun tak ada. Tapi makin dia membesar, perubahan demi perubahan berlaku, adalah juga rupa adik aku yang selalu aku ejek ‘anak angkat’ dan ‘seorang daripada 10 budak hitam macam dalam lagu tu’ di wajah Aqqif. Dan, bila ada rupa adik aku, secara tidak langsung tentulah ada rupa aku yang adik aku gelar ‘anak buangan yang abah jumpa terselit kat pokok bakau’. Lawak terlampau aku adik-beradik!

Sekarang ni Aqqif dah besar, dah ada gigi dan mula nak bercakap-cakap bahasa Arab kot, tapi masih belum berjalan sebab kaki agak kecil dan badan pun tak begitu besar. Tapi dah boleh dikategorikan sebagai salah seorang budak yang agak nakal dan agresif. Apa pun dan siapa pun Aqqif, aku doakan dia panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dan pastinya, mampu jadi anak soleh yang boleh jadi penyejuk di mata dan penyeri di hati orang tua. Amin!



You Might Also Like

7 comments

  1. comey2... paling suke masa die dlm baby walker tu...:D

    ReplyDelete
  2. jangan lupa datang majlis kawen anak saudara kte kt permas jaya tau. bawa aqqif, tak pernah lg tgk dia.

    ReplyDelete
  3. alif-mikail - bkn comel mcm mak cik dia ke? hehehe...

    bestnyer - boleh, apa salahnya (jawab bagi pihak aqqif)

    damya - comel eh? x mcm mak cik dia ke?

    kak azie - klu ada rezeki n umur... nanti dptlah awk jumpa si aqqif tu...

    ReplyDelete
  4. Kekekek.. kiutnyerr.. macammm mokcik dia jugak ekekek..

    Aiseymen, pesen rambut cantik aaa.. cacak2 kat atas, mcm rambut sy masa muda2 dulu.. hu huu

    ReplyDelete
  5. mersik - dulu2 ada org rambut cm tu ye? x tau le pulak...

    ReplyDelete