- Berakhir Sudah -

April 28, 2009

Pesta Buku baru saja berakhir tiga hari lalu. Seperti tiga tahun kebelakangan ni, tahun ni aku sekali lagi diundang oleh Alaf 21. Cumanya, kalau sebelum ini aku dapat hadir selama empat hari, kali ni aku hanya pergi dua hari iaitu pada dua hari terakhir sebelum Pesta Buku berakhir. Bukannya tak sudi, tapi minggu sebelumnya aku pergi ke Sabah, cuci mata, cuci hati dan cuci segala yang ada di kepala. Dah rancang dari tahun lepas lagi, masa tu masih tak tahu jadual Pesta Buku.

Apa yang dapat aku rumuskan tahun ni ya? Hem... entahlah, tapi aku rasa tahun ni agak tak meriah dibandingkan tahun-tahun sebelum ni. Pendapat aku, orang lain mungkin tak sama dengan aku. Kenapa, aku tak begitu pasti. Tempoh yang agak singkat atau apa, aku benar-benar tak tahu. Tapi agak terkilan juga sebab hari Sabtu tu, aku cuma dapat duduk di booth Alaf 21 sampai pukul 1.30 aje. Lepas tu pergi makan dengan kawan-kawan, tu pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab pukul 2.30 aku mesti dah ada di booth DBP.

Tahun ni aku kena jadi pemudah cara/moderator, atau lebih tepat lagi aku kena interview seorang penulis DBP iaitu Encik Malim Ghozali PK. Penulis yang dah menulis dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel dan kajian. Gugup... ya, aku rasa sangat gugup sebab aku tak pernah ada pengalaman sebelum ni. Dua jam, tiba-tiba aje macam terasa dua hari. Mujur juga dalam pada gugup, sesi bersama penulis tu berakhir juga seperti yang dirancang. Terima kasih sangat pada Diana dan si kecil Iman (anak Diana) yang sudi temankan aku, walaupun hanya duduk di sudut. Aku anggap tu macam bagi sokongan pada aku.

Hari Ahad pula, seawal pukul 10.00 aku dah ada, sama macam hari Sabtu tu juga. Kiranya ini prestasi aku yang paling baik sebab sebelum ni aku tak pernah lagi jadi penulis yang paling awal. Selalu aje terlajak. Tapi, aku balik pukul 12.30 tengah hari sebab ada perkara yang hendak aku uruskan.

Kepada sesiapa yang aku jumpa sepanjang Pesta Buku tu dan masih sudi membeli karya terbaru aku, terima kasih sangat-sangat, Hanya DIA Tahu... sokongan yang diberikan sangat aku hargai. Bagai sesiapa yang tak sempat aku jumpa atau tak ada jodoh jumpa dengan aku, minta maaf sangat-sangat. Kalau boleh memang nak jumpa dengan semua yang nak jumpa dengan aku (kalau adalah), tapi... apakan daya? Buat kawan-kawan penulis, aku tak pernah tak gembira bila jumpa kalian. Untuk yang baru pertama kali bersua muka, selamat berkenalan. Dan, rasanya... cukup sampai sini dulu. Kalau ada rezeki, tahun depan sambung lagi fasal Pesta Buku. Sekian...

7 comments:

  1. sentiasa memberi sokongan, sama ada dari hadapan /belakang/sisi....heheh

    ReplyDelete
  2. memang frust pun tak dapat jumpa akak..ari sabtu tu ezan pg BF agak lewat..ezan cari gak akak kat booth alaf21 tp takde.ezan pg booth DBP..pn takde..takde rezeki betul nk jmp..ingat hari ahad b4 balik kelantan nk pg lg skali.mana la tahu dapat jumpa akak..tp hampeh..ada masalah yg tak dapat dielakkan..apepun..ezan da bc novel terbaru akak..cite best..tp ada some part yg agak bosan..pada ezan la..org lain tak thu..bg ezan novel akak janjiku bersamamu n segalanya untukmu n untukmu sayang yang mmg best..byk kali bc pun ttp tak bosan n mesti meleleh lah..hehe..

    ReplyDelete
  3. NoRT - harap2 sy ni terus hepi sampai bila2... hehe...

    alif-mikail - ya, samalah kt awk ye...

    diana - tq sangat2... sb tu kte setia dok depan diana, hahahaha...

    ezan - x kisahlah apa pun, yg penting akak nk ucapka tq gak kt ezan sb sudi beli n baca nvl akak. akan dtg, akak cuba buat yg terbaik... tp... x mudahlah cik adik nak puaskan ati semua org? hehehe...

    ReplyDelete
  4. Rata-rata ramai oang berpendapat sedemikian, baik dari penulis mahupun pengusaha buku: iaitu suasana pesta buku tahun ni tak meriah.

    Ya lah, kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya berlaku. Tak mengapa. Kita ada 1001 sebab kita suka ke sana. Utk berjumpa teman, berjumpa penulis, membeli buku hatta memeriahkan suasana saja.

    Sekurang-kurangnya adalah sedikit kenangan untuk di kenang-kenang tahun ini.

    ReplyDelete
  5. mersik - yup... saya setuju tuh... mana leh harapkan setiap thn sama jer...

    ReplyDelete