- Hanya DIA Tahu, Hati Ini -

April 24, 2009

Hanya DIA Tahu! Alhamdulillah... akhirnya novel yang aku nanti-nantikan, keluar juga semalam. Lebar senyuman masa dapat telefon daripada Auen, editor yang bertanggungjawab mengedit semua novel aku di alaf 21. Lupa sekejap pada muka aku yang hangus terbakar gara-gara snorkeling di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.

Kebetulan pergi ke booth DBP semalam, aku singgah di booth Alaf 21, nampaklah novel tu. Ada macam-macam warna di situ. So... di bawah ni... blurbnya, tapi covernya tak ada lagi. Dan pada sesiapa yang ada masa lapang, bolehlah bagi pandangan sikit, apa bezanya antara blurb dan eceran di bawah ni?

* * * * *
Blurb

Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zean Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zean telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zean nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan tiba-tiba saja membuatkan hatinya berbolak-balik.

Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang sukakannya ataupun menerima saja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

* * * * *
Eceran 1

Zaen Luthfi menolak cinta Nasuhah Harlena yang sememangnya tidak wujud, hanya gara-gara marahkan Ariana. Dia tega meluahkan kalimah berbisa demi melampiaskan lahar dalam dadanya, tanpa peduli pada gadis yang tidak tahu apa-apa itu. Baginya, permintaan tidak masuk akal Ariana harus dinoktahkan. Dia harus memilih sebelum dia benar-benar tidak ada pilihan lagi. Ketika itu, dia bagaikan lupa kalau takdir bukan ada di tangannya. Apalagi, bila sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan anak-anak Adam.

Pertama kali bertemu gadis itu, Dia bagaikan terkena panah arjuna. Lenanya tidak pernah lelap, makannya jarang kenyang dan mandinya jadi tidak basah. Kerjanya, hanya memburu gadis itu. Bahkan, dia tega mengharu-birukan hidup Nasuhah semata-mata inginkan tempatnya di hati si gadis. Baginya, sekali dia jatuh cinta, dia akan terus menjadi pemburu cinta yang tegar. Namun malangnya, pemburu cinta yang tegar pun gagal menjulang trofi kemenangan saat kebenaran tersingkap. Cinta yang tulus pun bukan jaminan abadi kerana dalam cinta tidak ada undang-undang yang mengatakan kalau kita cintakan seseorang, cinta kita mesti dibalas.

Dan benarlah seperti yang termaktub, bila ALLAH hendak membalikkan hati manusia, dalam sekelip mata saja boleh berubah, apa dan siapa pun tidak dapat menghalang termasuk empunya hati.

* * * * *
Eceran 2

Cinta... Nasuhah Harelana percaya pada kalimah itu. Namun, jika sepatah kata itu dijadikan alasan harga dirinya diinjak-injak, dia tidak dapat menerima. Baginya, cinta itu harus indah dan mengasyikkan. Tapi kalau benar begitu, mengapa cinta lelaki itu terasa menyakitkan? Dan, tidak bolehkah demi cinta juga, dia dibiarkan mencari haluan sendiri? Bukankah cinta itu tidak boleh dipaksa? Dalam cinta pun, tak ada undang-undang yang mengatakan kalau kita cintakan seseorang, cinta kita mesti dibalas. Cinta itu bermakna kebebasan. Datang tak perlu dijemput, pergi pun tak perlu diusir.

Sedangkan bagi Zaen Luthfi, penolakan itu adalah cabaran baru dalam hidupnya. Dia sudah lama terasa seperti tidak dicabar. Tekadnya, selagi gadis itu tidak jatuh ke dalam genggamannya, dia tidak akan menyerah. Merendahkan maruah sendiri pun dia rela. Sayangnya bila kebenaran terbongkar, dia nanar sendiri. Rupa-rupanya, semalam ada kisah telah dicoretkan, bukti kalau dia tidak layak untuk gadis itu meskipun, cintanya bukan sedikit.

Inikah sakitnya menanggung cinta yang tidak kesampaian? Rindu tidak berbalas? Atau, malu menjilat ludah sendiri? Dan, di antara tiga rasa itu, dia harus bagaimana lagi? Menerima atau harus menolak cinta dalam hati?

* * * * *
Eceran 3

“Saya cuma nak bagi tahu yang saya tak berniat nak kenal lebih rapat dengan awak. Selalunya perempuan yang cari saya, bukannya saya yang terhegeh-hegeh cari perempuan.”

Ketika kalimah itu menerjah telinganya, Nasuhah Harlena bungkam. Tidak mengerti apa sebenarnya yang ingin Zaen Luthfi sampaikan padanya. Dia tahu siapa lelaki itu kerana nama itu sering bermain di bibir Ariana, tapi dia tidak kenal siapa sebenarnya lelaki itu. Takkanlah pertemuan bertahun-tahun itu, layak dijadikan kayu ukur untuk menuduh dia hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong?

Tapi dia tidak mahu terlalu mengambil hati. Baginya, berdiam diri adalah cara paling elok demi memujuk hati sendiri. Namun, bila Zaen Luthfi jatuh cinta pandang pertama padanya, niatnya jadi songsang. Rasanya, dia seperti berdiam diri tidak kena pada tempatnya. Entah dirasuk apa, dia mula mendendami lelaki yang telah memalukan dirinya itu. Melarikan diri menjadi keseronokan dalam dirinya. Sayangnya, bila gurauan bertukar menjadi api yang membakar, dia tidak tahu bagaimana harus menarik diri. Sudahnya, saat Ariana gagal mengungkapkan apa yang tersirat, dia tersurat sebagai kawan makan kawan.

14 comments:

  1. weh.. sapa yg buat blurb ko tu?? ko cakap je kat org yg bt blurb ko tu.. kalu tak reti bt.. tak yah gatal bt... merosakkan nilai seni insan lain je... apa pun, eceran ko lagi baik.. bermutu...

    ReplyDelete
  2. K.Aleeya tajuk novel akak kali ini Hanya DIA tahu ke? Btw congratz akak... Ni yg x sbr ni nk beli

    ReplyDelete
  3. wahhh...terer ar...tahniah ye... lama sgt x bc novel... last skali bc.."Memoir Seorang Guru" je..

    ReplyDelete
  4. sebagai peminat setia no1..haha
    mie akn beli buku tuh! yeahhh!! idop k'mar! :D

    ReplyDelete
  5. Apa2 pun tahniah daun keladi dengan kelahiran nvl yang baru ini. Semoga ianya mendapat sambutan yang hangat bangat serta laku keras.

    Sy perasan.. nama kat cover buku tu pun dah semakin besorrr... hik hik. Caya la..

    ReplyDelete
  6. tahniah kak mar...nanti if dah baca saya wat preview ye...tp kena tunggu habis final la...ehehe...xsabar dah ni...

    ReplyDelete
  7. salam.ain baru je beli buku hanya dia tahu kat pesta buku ari sabtu lepas..

    tp ain start baca ari ahad malam then bwak la ke isnin mlm.

    ain nak bg pujian kat akk sebab dgn baca novel ni,baca ekspresi muka sy tunjukkan..

    ada part zaen kacau suhah buat saya gelak melampau..
    dan ada part zaen sedih kerana cintanya ditolak buat saya sedih..
    hampir menitiskan air mata.

    dan perasaan manja suhah bila dia dah kawin dgn zaen..
    sikit2 nak nangis..
    masa baca part tu, sy dah gelak terkekek2..

    tp ain tak tahu bila perasaan sayang suhah timbul pada zaen..
    adakah pada masa suhah jatuh atas zaen??
    ataupun ketika suhah membuat janji dengan zaen tok menerima zaen as a husband???

    maaf kalau ain tak tahu bila part suhah jatuh cinta tu..
    tapi harap sangat akk leh bgtau ain..


    full star tok akk...
    *****
    bes..bes...

    -ain-

    ReplyDelete
  8. satu lagi lupa nak pesan..

    novel antara kita adalah novel yang berjaya buat airmata ain mengalir...

    congrats..congrats..

    hope akk success selalu...

    ALLAH bless u..
    amin.

    ReplyDelete
  9. tahniah aleya...hanya DIA tahu...semoga semakin sukses berkarya...

    ReplyDelete
  10. ika - Hanya DIA saja yang tahu ati aku, hahahaha...

    nur eyta - terima kasih sangat, Hanya DIA tahu akak sangat hargainya...

    nort - tq sangat-sangat...

    mie - akak sayang mie...harap mie terus sokong akak tau...

    mersik - terima kasih juga. harap novel kali ni diterima x kira kecik atau besar nama di muka depan tu...

    fad - terima kasih ye dik... x sabar + berdebar-debar tunggu komen fad tu...

    ain - pertama, tq baca n beli nvl akak. tp terkilan x dpt jumpa ain. kedua, suhah sayang zaen mungkin sejak di sekolah masa dia selalu dengar nama Zaen (x sedar), mungkin masa jatuh, mungkin masa zaen datang balik lepas dia Ariana pergi, atau mungkin lepas diaorg kawen, ain leh pilih mana yg ain nak. bukan ke perasaan sayang tu cm angin? dtg x perlu dijemput, pergi tak perlu disuruh. itu jugalah yg ada dalam diri Suhah.tp sayang tu jadi kuat atau dia sedar lepas diaorg kawen... zaen kan baik, walaupun agak nakal? hehehe... ketiga, kalau boleh mmg x nak kasi org nangis lglah ain. x sedih kan nvl Hanya DIA Tahu tu?

    fatin - terima kasih, di sebalik apa yang berlaku, saya tetap bersyukur sebab novel tu akhirnya terbit juga. harap kita sama-sama maju dalam dunia penulisan. x puas jumpa awk ari tu, tapi nak buat mcm mana lgi kan? a

    ReplyDelete
  11. aleya...
    saya dah habis baca dah..nanti saya email ek komen saya...tapi memang saya suka sebab saya baca masa enovel lagi...n jatuh cinta...tak tau itu awak yg tulis...syukur allah makbulkan saya untuk simpan enovel tu dlm bentuk novel...TAHNIAH

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. thanks 4 da answer sis....
    hehehehe...

    hope akak success selalu yek..
    kalau buat novel sedih selalu pon xpe..
    setiap penulis ada citarasanye tersendiri..
    jgan sia-sia kan kak..
    akak sgt berbakat!!
    insyallah tahun depan kita akan jumpa lg...
    amin,.

    ReplyDelete
  14. adhan - tq sb baca. tp komen tu jgn lupa email tau, nanti insya-allah sy cuba perbaiki mutu penulisan sya, maklumlah still belajar lg ni...pasal enovel tu, sori sangat2 sb sy buat separuh jalan jer. sy mmg x boleh kot buat enovel, kesian pembaca yg berharap.

    -Ain-Dak In - sama-sama ain. tq juga k ain sb sudi baca nvl akak tu. novel sedih... hehehe... yup, setiap penulis ada cita rasa sendiri, yg tu akak setuju. insya-allah... ada rezeki kte jumpa lg ye...

    ReplyDelete