-Indahnya Kenangan-

By | 7:12 AM 3 comments
Pergi Zoo Negara? Soalan tu berputar-putar dalam kepala aku sebaik aje tau plan yang dah disusun. Mulanya aku agak keberatan juga, bukan sebab tak suka nak pergi zoo, tapi sebab Sabtu dah keluar dan malam tu pulak duduk rumah Kak Hani sampai pukul 11.00 malam, jadi Ahad... tentunya masa melepak kat rumah. Tapi sebab kenangan Fatin yang datang dari Terengganu dan bukannya selalu dapat jumpa dengan dia pun, aku gagah juga bangun pagi. Cuti... bila-bila boleh cuti, cuti hujung minggu kan selalu ada.

Seperti yang dijanjikan, 10.30 kami berlapan (aku, Bikash, Shanika, Fatin, Fieda, Airul, Fauzi dan Achik) bergerak dengan dua kereta. Dah sampai sana... macam orang lain jugalah, mula membuat lawatan sambil belajar, sambil menyakat, sambil mengutuk, sambil mengejek sesama sendiri dan macam-macam lagi. Terasa macam budak sekolah pun ada juga sebab rasanya dah lama benar tak pergi zoo, apalagi Zoo Negara. Kali terakhir aku pergi Zoo Melaka entah berapa tahun lepas. Zoo Johor... dah berbelas-belas tahun tak pergi. Tapi... apa pun, aku memang seronok sangat masa pergi tu. Bukan sebab dapat tengok segala macam haiwan yang ada, tapi sebab dapat jumpa kawan-kawan. Cumanya... sampai ke hari ni kalau terfikir, aku mesti senyum sendiri. Macam manalah idea nak pergi Zoo Negara ni boleh ada kat kepala Bikash?

Fatin, aku, Bikash dan Shanika... agaknya kalau digabungkan kami empat orang, sama tak dengan beratnya seekor zirafah kat belakang tu? Kalau diukur tinggi pula, rasanya... aku memanglah tak menang...

Gambar ni aku ambik sebab kat kampung aku tak ada kambing. Asalnya nak bergambar dengan kambing putih... tapi tak sempat snap, kambing tu dah lari. Macam tau-tau je aku nak masukkan gambar dia kt sini.

Punyalah luas Zoo Negara, dan punyalah banyak hari, tarikh lain dan manusia di Malaysia ni, boleh pulak kami terjumpa dengan Kak Lina dan keluarganya. Dan seperti biasa, kalau dah berbual, memang selalu lupakan orang lain, walaupun hari sebelumnya dan jumpa dah.

Bukannya nak bergambar sangat dengan gajah ni, tapi aku tangkap juga sebab nak tunjukkan pada anak-anak buah aku seramai 5 orang tu. Biar dia orang jealous. Kata kawan-kawan aku, niat aku jahat...

Mana lagi cantik... kita orang atau pun kawan-kawan Fieda yang kat belakang tu? Tapi... pandai juga haiwan-haiwan kat zoo ni bergambar, ada macam-macam gaya.

Bikash, Fieda, aku, Fatin dan Shanika... Sebenarnya tak pernah sangka pun akan pergi melawat Zoo Negara dengan dia orang ni.















Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. bestnyer g zoo,,sy g zoo ms kcik2 jew,,da bsar xtaw nk g dgn spe,,hihi,,

    ReplyDelete
  2. Wahh.. seronoknyer awak gi zoo negara jumpa "kawan-kawan" di sanaaa... Oops.. silap, silap. Seronoknyerr awak dah kawan-kawan ke zoo negara. kekekek..

    Lupa nak pesan supaya jgn asyik berleka2 tgk monyet hingga termasuk ke kandang rimau.. hik hik.

    Apa2 pun.. tentu pengalamannya meriah gitu selain teringat2 zaman kecik2 dulu, seronok dan teruja apabila dibawa ke zoo.

    Len kali nak gii bawak la sy sekali. Lamaaa dah tak gii zoo ni. Dah lupa cam mana rupa tapir. kekekeke

    Alahaii...

    ReplyDelete
  3. miss cimi - yup... best sangat. g la bila lapang. tp pilih zoo yg banyak haiwan tau...

    mersik - seronok sampai x leh gambar. tp... kandang rimau mana leh masuk le... dn, drpd awk g ngn kte org, baiklah bawak family. pas tu bagi tajuk 'mari mengenal haiwan'. kan ada juga manfaat tu...

    ReplyDelete