-Selamat Hari Lahir, Mak...-

June 15, 2009

SELAMAT HARI LAHIR untuk...
insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,
insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,
insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,
insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,
insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,
insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,
insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,
insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,
insan yang tak pernah membebankan aku,
insan yang tak pernah meminta apa-apa,
insan yang kalau tak ada dia, mungkin aku bukan lagi bergelar penulis,
insan yang tentu saja mengatakan dirinya peminat aku nombor satu,
insan yang... aku dah kehilangan diksi bagi menterjemahkan apa yang ada dalam hati sekarang ini. Terlalu banyak yang nak diluahkan terlalu sedikit yang dapat aku lepaskan.

Dan sebagai anak kepada Mahani Dahli... Hanya DIA Tahu betapa sayangnya aku pada insan bergelar ibu ini. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah mak buat untuk aku dan adik-beradik yang lain tak mungkin dapat aku balas walaupun aku terasa nak membalas. Hanya pada ALLAH, aku berharap semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Ami sayang sangat kat mak, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55 TAHUN, mak...

5 comments:

  1. selamat hari lahir emak yg ke 55thn...semoga emk dimurahkan rezeki dan dirahmati allah.... aku nie seorang yang beruntung mendapat ibu mertua yang paling spoting, penyayang dan memang bestlah...

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir buat mak aleya ya,dan mak aleya beruntung dapat anak seperti aleya..semoga mak aleya sehat dan bahagia disamping kelurga tercinta..SELAMAT HARI LAHIR KE55 BUAT MAKCIK dari liza..tanpa mereka siapakah kita??

    ReplyDelete
  3. hepi besday wat mak akak ye,... mudah2an akak pon akan ada anak yg mengasihi ibunya mcmana akak mengasihi ibu akak...

    ReplyDelete
  4. Wahh.. meriahnya. Ada besday2 ni..

    Kim salam kat maknya yer. Sampaikan salam dan ucapan Selamat hari lahir. Semoga mak panjang usia, sihat tubuh badan dan sentiasa ceria2 hendaknya.

    ReplyDelete
  5. ila - yup...kt mata aku kau mmglah beruntung sb tu mak aku, tp kt mata org lain...aku x tau. apa pun, moga mak selalu ada dalam rahmat Allah...

    asfa - terima kasih liza...terima kasih sangat...

    NoRT - terima kasih NoRT... akak terharu...

    mersik - terima kasih atas doa-doa tu. sangat dihargai...

    ReplyDelete