- Ulu Tembeling, Kosong... -

“Ada orang rindu kat awak...”

Itu kata Lin masa aku dan dia berjalan melepasi Petronas menuju ke kereta masing-masing, meninggalkan mak, Jaja dan yang lain-lain di belakang. Terus serta-merta langkah kaki yang perlahan terhenti, pantas mata pandang muka sepupu yang pernah jatuh dan bangun bersama aku dan Jaja satu ketika dulu. “Siapa?” Aku ketawa perlahan. Kelakar, siapa pula yang nak rindukan aku kat Johor Bahru tu.

“Dia...”
“Siapa?”
“Azie kata...”

Aku ketawa lagi. Azie? Tak payah Lin jelaskan lebih lanjut, aku dah dapat tangkap siapa orang yang Lin maksudkan. Hampir 10 tahun masa berlalu, baru kali ni aku dengar cerita tentang dia. Sebenarnya, aku pun dah semakin hilang ingatan kat dia. Dia pula, tentu saja aku kira aku dah semakin luput dari minda. Masing-masing dah memilih kehidupan sendiri, pilihan yang tentu saja terbaik. “Dia rindu?” Aku terus juga ketawa sebab aku rasa memang kelakar sangat. Pertama kali dengar lepas segala-galanya dah makin jauh di belakang. Dan kalau diberi pilihan sekali lagi, tetap juga aku pilih untuk ada di landasan yang aku lalui sekarang ini, bukan landasan 10 tahun lepas.

“Kenapa?”
“Dia baca novel awak. Malam tu dia mimpikan awak. Mimpi bagi hadiah kat awak...”

Ketawa aku bersambung lagi. Takkanlah sampai macam tu sekali penangan novel aku? Kalau dulu, silap-silap ada yang menangis sampai bengkak mata dengar apa yang Lin cakap sebab terharulah kononnya. Sekarang tak lagi dan tak akan lagi. Tapi dalam pada ketawa, aku akui memang ada rasa terharu juga sebab dia masih sudi baca karya aku walaupun aku tak pernah jumpa dia lagi, walaupun aku dan dia sama kampung dan aku harap tak akan jumpa dia lagi sebab cerita kanak-kanak ribena aku dan dia dah lama tamat.

“Sabariah kata... telefonlah kalau rindu. Minta nombor pada sesiapa, mesti ada yang simpan nombor dia...”

Dia yang Lin maksudkan tentu saja aku. Alahai, kenapalah sampai macam tu sekali? Dah 10 tahun dan aku tak ada rasa apa-apa pun lagi, jauh sekali nak berpaling ke belakang sebab aku dah cukup selesa dengan apa yang aku ada sekarang ni. Dia pun takkanlah tak bahagia dengan keluarga yang dia dah bina. Tak perlu bersapa, tak perlu bertelefon, tak perlu diungkit dan tak perlu segala-galanya. Dia... cuma sebahagian warna yang mencorakkan diari hidup aku, walaupun dulu... aku pernah rasa yang aku tak boleh hidup kalau dia tak ada. Jiwa remaja, selalu tak pernah nak fikir jauh. Dan betullah kata orang, kita tak akan tahu kita mampu buat sesuatu yang lain daripada apa yang kita fikirkan selagi kita tak hadapi benda atau perkara tu. Buktinya, aku tetap juga dapat menjalani hidup, malah lebih gembira dan bahagia dibandingkan dulu.

Tapi satu perkara yang sampai hari ni aku tak faham dan aku nak faham kalau boleh... kenapa sepanjang 10 tahun kebelakangan ni, dia selalu datang dalam mimpi aku walaupun tak berjemput? Padahal, aku tak ingat pun kat dia lagi. Kalau Lin tak ingatkan hari tu, mungkin hari ni pun aku tak akan ingat aku pernah kenal dia. Ada hutang ke aku? Atau, ada yang berhutang pada aku? Anehnya hidup, aneh lagi kehidupan sebab masa mak suruh pergi sekolah, aku main mata, masa mak izinkan aku main bola jaring atau badminton, aku main cinta pula. Alahai harunya anak mak nama Marwati Wahab @ Aleya Aneesa ni...

13 comments:

  1. jangan sis... jangan main api. jangan juga nyalakan api meskipn mulanya disangka hanya bara yg kecil...

    ReplyDelete
  2. ermmm.. kna mandrem ye sis? huahuahua

    ReplyDelete
  3. leeya..macam kenangan cinta je..lelaki ke prempuan lin tu

    ReplyDelete
  4. Mhmm...kenangan biasanya datang singgah walau tak berjemput. Tapi kata kuncinya SINGGAH...so pandai2lah menghantarnya pulang semula atau kadang2 nak menyenangkan hati halau saja...kan? Hehe....Live in the PRESENT, Live for the FUTURE...there is nothing that we can change in the era of PAST.

    ReplyDelete
  5. Wahh.. kenangan menggamit memori gitu. membawa rindu nan lalu kekekek Layannnzz..

    Anggaplah saja ia seperti "pop yeah yeah" Hadirnya ibarat musim ceria dalam kehidupan remaja masa lalu.

    Yihaa...

    ReplyDelete
  6. sabar ya kak
    biasalah tu...kadang2 kenangan memang akan datang bertandang walaupun kita tak menjemput...
    bak kata kak lynn, pandai2lah hantar kenangan tu kembali...
    pepandai aje adikmu ini berkata-kata...umo pun br setahun jagung dah nak mengajar kakaknya hahaha...:-)senyum!!!rindu gelak tawa akak

    ReplyDelete
  7. kak azie - selagi waras, insya-ALLAH...semuanya cuma kenangan semata-mata. soal main api tak akan timbul... kte bukan budak hingusan lagi yang tak tahu bezakan mana buruk dan mana baik... alahai, susah sangat ke awk nk percaya kt kte agaknya? hem...

    NoRT - takkanlah sampai ke situ pulak kot?

    IdaAnuar - bkn kenangan cinta...tp kenangan cinta monyet...

    kak lynn - kenangan tu dah balik dah, tak yah hantar dia tau cari pintu keluar sendiri rasanya.

    mersik - setuju, cuma cerita remaja. dah nama kenangan, sesekali singgah... memanglah adat...

    fieda - rindu gak kt feida. dapat kumpul ngn fieda, bikash n adik-adik dia... rasa, mmg best n seronok sb tak henti2 gelak. pergi semua masalah. dan lg, tua atau muda tak jadi soal dalam ingat-mengingatkan, selagi baik... apa salahnya didengar dan terima...

    ReplyDelete
  8. 'ade org ckp die rindu akak gak'
    name die - mie :D

    ReplyDelete
  9. bukan tak percaya.
    hm, maaflah ye. abaikan saja...

    ReplyDelete
  10. Mie-yeah...untungnya akak sb mie rindu kat akak...

    kak azie-ya, abaikan aje...

    ReplyDelete
  11. akak sy da bc da novel nie...
    shukew sgt jalan ctenye..
    ske la watak ARIANA n NASUHAH..
    ZAEN pn besh jerk...
    skeww sgt2!!

    ReplyDelete
  12. kita dh ada novel awk yg nie..mmg best bila bc sinopsis dia...tq

    ReplyDelete
  13. maiTuty-terima kasih sangat, akak sangat menghargainya... terus bg sokongan tau...

    mama_ieta-dah ada kena baca tau. tq juga kt awk...

    ReplyDelete