-Ulu Tembeling, Sebuah Deja Vu-

June 4, 2009

Cecah aje kaki ke lantai bot, abah cakap ‘Pakai jaket keselamatan tu’. Aku terus duduk sambil tangan capai life-jacket yang abah hulur. Kat sebelah abah, aku tengok mak tengah terkial-kial pasang life-jacket ke badan. Lama aku termenung kat sebelah mak andak dan Hamzah walaupun mata terfokus ke depan, arah kaum kerabat aku yang lain, yang masing-masing sibuk memilih tempat duduk kat dalam bot yang tidak begitu besar dan dah pun disempitkan oleh kami dan barang-barang yang hendak dibawa ke Ulu Tembeling. Jaja dan Aman lalu sebelah pun aku macam tak nampak, sedar-sedar aje dua sepupu aku tu dah ada kat belakang tempat duduk abah. Entah bila diaorang melintasi aku, aku sendiri tak perasan.

Sebenarnya, sesiapa pun tak tahu kata-kata spontan abah mengingatkan aku pada peristiwa 13 tahun lepas. Kata-kata yang sama aku pernah dengar dari mulut abang ngah dan abang chik. Seingat aku, hari tu hari Sabtu, hujan turun lebat sangat dan rasa-rasanya tempat berteduh di Pantai Lido macam dah tak sesuai nak tampung kapasiti orang yang berteduh di bawahnya. Apalagi, masa tu waktu kerja dah lama habis. Aku dan beberapa kawan-kawan yang masih bersekolah, termasuk adik aku turut menyibuk di situ walaupun sepatutnya kami tak ada. Ya, kami (yang masih bersekolah) memang ada di situ tapi destinasi kami tak sama, adik aku pun aku tak tahu kenapa boleh ada kat situ. Aku pula, entah angin apa melanda, aku keluar hari tu sebab nak ke rumah kawan yang terletak di Tampoi Indah.

Lama menunggu, akhirnya dalam hujan lebat bot penambang yang memang bertugas bawa balik dan hantar penduduk kampung aku yang bekerja di bandar sampai juga. ‘Terus nak jalan ni’, kata orang yang bawa bot tu. Sebab dah tak ada pilihan, kami pun bergerak menuju ke bot. Masa nak bergerak ke belakang, aku baru perasan ada abang ngah dan abang chik, diaorang dah duduk di belakang. Aku pulak, terus duduk selang tiga baris dari depan dan adik aku agak jauh dari aku. Tak nak duduk sekali dengan diaorang tu sebab dulu aku tak berapa suka kat diaorang sebab masa tu aku agak tak berapa bijak. Bila orang marah dan bila orang tegur, aku anggap aku dikongkong dan orang tak suka aku. Jiwa remaja... entah kenapa selalu saja suka memberontak. Lebih dari itu, aku bimbang kalau-kalau dalam keadaan orang ramai dan cuaca yang huru-hara, aku kena marah atau tegur macam pesalah.

Tapi... belum pun lama aku duduk, tiba-tiba bahu aku dicuit, aku pandang belakang. Sudah, aku ni nak kena marah ke? ‘Pergi belakang,’ kata abang chik dengan suara perlahan, tapi bagi aku yang memang dah selalu kena marah, itu arahan mandatori. Bila abang chik bergerak ke arah adik aku, aku bingkas ke belakang dengan muka macam asam keping dan muka macam asam keping aku berubah jadi asam kecut bila abang ngah dah tunjuk kat tempat kosong sebelah dia. Duduk sebelah dia, malasnya... tapi aku duduk juga sebab imej abang ngah di mata aku, tentu saja seorang yang garang walaupun aku selalu jelir lidah kat belakang dia. Sebelum aku dapat malu lebih baik aku ikut. Dan adik aku pun kena pergi belakang, duduk kat sebelah abang chik, depan aku dan abang ngah.

Sebelum bot bergerak, hujan masih lagi menggila. ‘Pakai life-jacket ni,’ kata abang ngah sambil hulurkan dua life-jacket, satu untuk aku dan satu lagi untuk adik aku. Rasa-rasanya, dalam bot tu cuma dua ajelah life-jacket yang ada. ‘Buat apa?’ Bukan aku namanya kalau tak menjawab. ‘Lagipun Ami pandai berenanglah’. Sudahlah menjawab, memprotes pulak aku. ‘Pakai ajelah.’ Abang Chik dah marah tapi aku masih juga tak nak pakai sebab bagi kami yang hari-hari pergi sekolah naik bot, pakai jaket keselamatan tu satu perbuatan yang sangat memalukan. ‘Ramai lagi orang lain dalam bot ni, bukan semua pun pandai berenang. Kalau Ami pakai, diaorang macam mana?’. Siap dengan alasan lagi aku hari tu semata-mata tak nak pakai jaket keselamatan. ‘Itu, orang lain punya fasal. Sekarang ambik dan pakai life-jacket ni.’ Abang chik tentu saja tak akan beralah walau keras macam batu pun kepala aku dan sudahnya aku dan adik aku jadi orang pelik hari tu.

Memang agak dahsyat keadaan masa tu dan aku agak cuak sebab silap-silap memang karam sebab kat depan langsung tak nampak apa dan ombak Selat Tebrau saling hempas-menghempas, walaupun perjalanan ke kampung mungkin hanya ambil masa 15-20 minit. Tapi kata orang, dalam tempoh tu macam-macam boleh berlaku. Dan memang pun kami hampir-hampir karam. Rasanya, kalau karam entah siapa yang bakal hidup. Aku dan adik aku yang ada life-jacket? Orang kampung yang pandai berenang? Orang yang tak pandai berenang? Abang ngah dan abang Chik?

Sekarang masa dah berbelas-belas tahun berlalu dan hubungan aku dan dua orang abang aku dah jadi sangat akrab. Tapi setiap kali kenangkan peristiwa tu, mata aku mesti bergenang dengan air. Betul kata orang, bukannya semua orang tahu bagaimana caranya mempamerkan kasih sayang. Dulu, aku selalu merasakan abang ngah dan abang chik kejam. Semua yang aku buat tak pernah kena kat mata diaorang. Aku asyik kena marah dan aku selalu merasakan aku tak patut dimarahi kerana aku tak rasa apa yang aku buat tu salah, walaupun mungkin aku bersalah. Tapi peristiwa tu buat aku sedar... abang ngah dan abang chik sebenarnya sangat sayangkan aku dan adik-adik, hanya mereka bukan jenis yang mengungkapkan apa yang ada di hati. Buktinya, diaorang tak pedulikan diri sendiri walaupun diaorang boleh aje gunakan life-jacket yang ada tanpa peduli pada aku dan adik aku. Bukankah nyawa sendiri lebih penting daripada nyawa orang lain, termasuk adik sendiri? Tapi... abang ngah dan abang chik dah buktikan yang diaorang lebih sayangkan adik-adik melebihi diri sendiri.

Dan aku sebagai adik? Sampai bila nak merungut dan merasakan aku tak diadili dengan betul? Sampai bila nak menyimpan dendam dan sakit hati yang tak ada sudahnya, hanya gara-gara merasakan aku dikongkong? Dan kasih sayang... kadangkala memang tak perlu diungkapkan kerana apa yang diungkapkan itu belum tentu ada kebenaran. Sebaliknya, tanyalah pada hari, renunglah dengan sedalam-dalamnya kerana jawapan yang dicari pasti ada di dalam sana. Untuk abang ngah dan abang chik, terima kasih sangat... aku bangga punya abang seperti kalian.

9 comments:

  1. aku wakil dari abg chik... walaupun apa yg berlaku, abg chik tetap sygkn kau lebih dari dirinya sendiri..... setiap apa yg berlaku mesti ada pengajarannya, siapa kata abg x syg kan adik walaupun ia sudah berumahtangga.....abg tetap sygkn ami.......

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    suke baca N3 ni...
    tiba2 rase mcm nak pergi cari Adan saat ni jugak hehehe...
    walau macam mana pun
    adik-beradik tetap racun dan penawar...:-)

    ReplyDelete
  3. tersentuh bila baca entry maktam nih... ye la...sy kan anak sulung.. sket sbanyak trasa gak la... seolah2 luahan adik sy kat sy je... pepun, best entry nih maktam...

    ReplyDelete
  4. tersentuh bila baca entry maktam nih... ye la...sy kan anak sulung.. sket sbanyak trasa gak la... seolah2 luahan adik sy kat sy je... pepun, best entry nih maktam...

    ReplyDelete
  5. hai maktam.... hik..hik.. aku cam tahu je story ni... :P tu la.... adik beradik ni racun dan penawar... tak leh pisah...

    ReplyDelete
  6. ila - ya, mmg banyak aku belajar. tau ajelah... aku ni dulu mana sama ngn sekarang. aku, jaja n lin... jahat mcm antu kata mak aku ngn mak jaja. tp, masa tu aku kan otak x besar mana. nasib kau x kenal aku masa tu, silap2 kau yg gaduh masuk parit ngn aku. hahaha...

    fieda - nanti kirim salam kat adan ye. dia ingat akak lagi x?

    NoRT - mak tam? hahaha... x kisah abang, kakak atau adik, yg penting...kasih sayang adik-beradik x ada dijual di mana-mana. baik mcm mana pun orang dengan kte, x mungkin dapat lawan adik-beradik sendiri walau sesekali bercakar juga...

    mek - yelah, rasanya aku dh cete kt kau dulu. betul tu... adik-beradik mmg racun yg merangkap penawar. dulu aku x hargai abang2 n kakak aku, bila dah pandai fikir, tengok adik2 aku...aku terasa nak lindungi diarog wlu diaorg lebih besar drpd aku, nk bagi semua pada diaorg termasuk bulan dn bintang wlu tau mustahil...

    *** aku agak emosi skrg ni, perjalanan ke ulu tembeling mmg beri peluang pada aku untuk imbas banyak kenangan, jd kau jgn jemu klu banyak n3 aku tau sb banyak cete imbasan aku sepanjang ke sana ujung minggu lepas ***

    ReplyDelete
  7. maknanya, kalau oranglain selain adik beradik, baik mcm manepun, takkan mungkin hatinya cukup ikhlas? keikhlasan boleh ke diukur? dengan apa ye?

    ReplyDelete
  8. Wahh..nostalgia penuh makna gitu.

    Kim salam kat abg chik dan abg ngah yer.. Kalau ada masa leh aa lepak-lepak sambil ngeteh2.. hik hik

    ReplyDelete
  9. kak azie - kte bercerita soal kasih sayang...bkn soal keikhlasan. keikhlasan x boleh diukur sb yang ikhlas cuma ALLAH jer... dan lagi, kte bercerita soal kte, klu org x terima atau setuju, tak salah juga...

    mersik - kirim salam, insya-Allah akan disampaikan. lepak2 sambil ngeteh... x dapat nak nolong...

    ReplyDelete