- DIA TAK TANYA!, KAWAN-KAWANNYA & POSTER BERSAMA -

11:58 AM

Salam Jumaat buat semua yang sudi bertandang di sini. Lama ya tak jumpa? Hehehe... gaya tulis macam pernah berjumpa empat mata aje kan? Padahal hakikatnya, hanya jumpa di alam maya.

Dah beberapa hari saya tak membebel di sini dan saya... RINDU. Bukannya MALAS, tapi... beberapa hari ni, kesihatan saya agak tak okey. Macam-macam datang serentak dan saya, lembik dikerjakan sakit yang datang tiba-tiba. Tapi tak apalah, sakit tu kan salah satu daripada ujian dalam hidup. Sungguh... saya tak mengeluh walaupun rasa sangat-sangat penat.

Sebab saya rasa masih tak begitu stabil, saya tak berniat nak membebel panjang-lebar-sampai-pembaca-rasa-nak-muntah-darah. Hari ni saya Cuma nak kongsi poster dan sedikit info tentang novel terbaru saya, DIA TAK TANYA! Infonya ialah;

1 – DIA TAK TANYA! dijangka akan berada di pasaran pada 20 Disember 2012 ini.

2 – Dah boleh buat belian pre-order di KARANGKRAF MALL dengan 20% diskaun.

3 – Saya, berdebar-debar... bimbang penerimaan pembaca. Harap-harap sangat tak akan mengecewakan nanti.

Hem... rasa-rasanya, itu ajelah untuk hari ni. Kalau ada sebarang maklumat lain, akan dimaklumkan kemudian, ;-)

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri.... Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing-asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”

You Might Also Like

4 comments

  1. Nak order dgn Aleya bila ? tunggu stock sampai atau camner?

    ReplyDelete
  2. Hye kak .
    Tahniah okay sebab ada 'buah hati' baru :)

    Sy memang suka akak dan baca karya akak dari sekolah rendah sampai skrg.hehe.

    memang nak beli sgt2,tapi lepas final.hehe
    karang baca sebelum final jadi lain pulak.haha *gurau2.

    May Allah bless u always :)

    ReplyDelete
  3. Hye kak .
    Tahniah okay sebab ada 'buah hati' baru :)

    Sy memang suka akak dan baca karya akak dari sekolah rendah sampai skrg.hehe.

    memang nak beli sgt2,tapi lepas final.hehe
    karang baca sebelum final jadi lain pulak.haha *gurau2.

    May Allah bless u always :)

    ReplyDelete
  4. Bestnye..dah lama tak buka online..selalu klau pergi POPULAR mesti cari buku2 aleya kat bahagian Novel..sejak ada baby kecik nih jrg masuk popular heheh...kene kumpul balik :)

    Tahniah aleya..buku awak mmg best di baca.. :)

    ReplyDelete