- HaRi Ke-2 & 3 KuRsUs -

By | 5:38 PM Leave a Comment
Salam kat semua yang sudi masuk ke sini dan kat sesiapa saja. Saja nak kongsi cerita pasal kursus yang kena hadir 2.

Hari kedua Kursus...

Hari ni... mcm semalam jugak. Tenaga pengajar, aku dn kawan2 panggil cikgu jer sebab dia punya gaya ala2 cikgu gitu. Macam pengetua pun ada juga. Dan cara dia bercakap, teringat kat cikgu Bahasa Melayu masa Tingkatan 6 dulu. Yg pernah sergah aku gara2 tidur dalam kelas. Siap cakap lg yg otak aku dah masuk virus sb mata asyik kuyu jer. Malunya aku masa tu TUHAN aje yang tahu. Tapi memang pun salah aku sendiri.

Nampaknya doa aku untuk tidak ditanya x makbul sebab sementara nak tunggu pukul 4.30 ptg, adalah dekat 5 kali aku kena soal. Tapi paling kelakar dalam pada mengelak nak kena soal akhirnya aku yg kena bentangkan tugasan yang dah diberikan. Aku malas nak kecoh bangun ajelah. Rupa-rupanya dia suruh cari 3 perkara dn kumpulan aku cuma cari 2 aje. Bila dia soal yang ketiga 2, aku senyum aje dan cakap, "Yang 2 boleh ditanyakan pada kawan2 sy yang 4 org lg 2." Sebenarnya aku x tau nak jawab ape. Dia org pun mcm aku gak terkulat2 semacam ajelah sebab main hentam jer.

Hari Ketiga Kursus...

Hari ni lagi masak, tak macam 2 hari lepas, masuk2 aje cikgu 2 dah mula bercakap dan dia agak serius. Dan, aku dan kawan2 buat kesimpulan yang dia mungkin dah tengok borang soal selidik yang kteorg buat. Mungkin ada yang komen cara penyampaian dia. Termasuk aku gak, tp aku cuma kata nota yg dia beri hampir sama dengan nota peringkat asas dulu. Tp mmg itu pun kenyataannya, contoh dn latihan pun sama gak. Tapi x apelah... cuma hari ni masa macam lambat aje berjalan.

Sesi ketiga pun x ada perbincangan dalam kumpulan, tapi kami semua sepakat nak buat latihan tu bersama-sama. Nasib baik cikgu 2 ikut aje apa yang kami minta. Kali ni baru best sikit sebab ada yg sokong apa yg dibincangkan dan ada yg tolak. Aku yang duduk macam nak pecah perut ketawa. Tapi... paling kelakar, tiap satu jam dia pasang lagu. Hari ni dia pasang lagu Hindustan yang mcm dah lama, semalam lagu Indonesia ngn lagu R. Azmi. Kelakar sangat... tapi okeylah juga kan.

Hem... pape pun masih ada lagi 2 hari lagi. Tak lama 2. Cuma harap2 esok pelajarannya lebih baik daripada hari ni dan semalam. Tapi aku pelik satu aje... sepanjang 3 ari masuk kursus 2, sekali pun aku tak mengantuk. Padahal aku ni mmg jarang dapat kawal mata kalau dengar org bercakap kt depan. Pelik rasanya... mungkin sebab aku takut kena tanya kot.

Rasanya... cukup dululah, ada masa nanti aku cete lagi pasal kursus aku 2 yang dah tinggal 2 hari saja 2. Sekian, assalamualaikum...
Newer Post Older Post Home

0 comments: