- JaNjIKu BeRsAmAmU -

March 28, 2007

Salam lagi... sebenarnya kali ni x nak ceritakan pape, cuma nak kongsi kegembiraan yang aku rasa sekarang ni dengan sesiapa yang datang ke sini sebab novel terbaru aku bersama Alaf 21 dah ada di kedai buku di KL hari ni. Baru semalam editor telefon suruh ambik buku 2 tapi aku masih x ambik lagi pun. Cepat sungguh ada di pasaran. So aku nak ucapkan terima kasih kepada orang yang sampaikan berita 2 kat aku khasnya kaknOOr dan Kak Ija. Novel 2 dah keluar, jadi hari ni aku nak paparkan blurb dia. Cover x ade, belum dapat lagi sebab Faizal (yang buat cover 2) sibuk sekarang ni. Blurb pun cukuplah dulu ye...

Janjiku Bersamamu

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

No comments:

Post a Comment