Salam kepada semua. Hari ni, sehari suntuk menghabiskan masa dalam Bilik Latihan kat DBP semata2 nak ikuti Kursus BM Untuk Editor Peringkat Pertengahan. Peringkat Asas dah pergi masa akhir tahun lepas. Macam2 yang aku rasa tadi. Mengantuk, sedikit bosan dan takut pun ada juga. Maklumlah... kursus ni ada main tanya2 tu. Tak ada sedia2, kalau yg beri kursus 2 rasa nak tanya, dia terus aje sebut nama. Dah kena dah td, tp nasib kena suruh buat ayat aje. Kalau dia suruh buat yg aku tak tahu, memang malulah rasa. Kawan2 yang lain pun 2 x 5 dengan aku, dia tanya aku, aku tanya pulak kat orang lain.
Ingatkan bila sebut aje Bahasa Melayu, senang sebab dari kecil bahasa itulah yang digunakan. Tapi bila fikir balik, yang selalu guna kat rumah 2 bahasa rojak, asal sedap mulut jer nak menyebut. Subjek atau predikat langsung tak diambil tahu. Apalagi kalau bab2 ayat majmuk gabungan, pancangan, komplemen dan macam2 lagi. Dah masuk kursus cm ni, hah... baru tahu sama ada langit 2 tinggi ke rendah. Ni baru peringkat pertengahan, kalau peringkat tinggi nanti lagi haru rasanya. Tapi mungkin tahun depan pulak.
Pape pun, hari ni rasa dah selamat tapi... ada 4 hari lagi. Mesti kena soal lagi aku ni. Aduh... masa2 mcm ni rasa mcm dah tak sabar nak sampai hari Jumaat. Hehe... dah mula mengarutlah aku ni. Tapi dalam pada takut dan mengantuk, ada jugalah ilmu yang terselit kat kepala. Jadi kena jugalah berterima kasih kepada DBP dan yang tenaga pengajar tu. Cuma harap2 esok2 dia tak akan tanya aku sudahlah. Boleh ke mcm 2? Mustahil rasanya. Rasanya cukuplah dulu untuk hari ini, esok kalau ada masa sambung pulak 'Hari Kedua Kursus'. Sekian, assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment