- JaNjIkU bErSaMaMu -

March 23, 2007

Salam untuk sesiapa yang masuk ke sini. Semoga hari ni berjalan seperti biasa. Syukur... minggu lepas aku baru dimaklumkan daripada Editor Alaf 21, katanya novel terbaru aku yang berjudul 'Janjiku Bersamamu' sudah pun ada di kilang. Bermakna novel itu sekarang ni sedang dalam proses dicetak. Tak lama lagi akan terbit. Mungkin dalam jangka masa yang terdekat ini. Bila tarikhnya aku masih tak dapat nak pastikan. Kalau main agak2 takut pulak silap. Hanya boleh cakap, bila ada dipasaran, itu tandanya novel terbaru yang aku tulis sudah pun diterbitkan.

Ikutkan sebenarnya novel tu patutnya dah terbit hujung bulan Februari hari tu, tapi sebab aku lambat siapkan apa yang diminta, hampir nak habis bulan Mac pun masih juga tak terbit. Tapi aku pun bukannya sesaja nak lambat-lambatkan benda tu. Cuma masa tu aku agak sibuk sikit. Tak apelah, kata orang biar lambat asalkan selamat. Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar.

Apapun terima kasih pada Auen (Editor Alaf 21) yang telah memberikan kerjasama padaku. Masuk kali ni dah 3 buah novel aku dengan dia, harap2 dia tak jemu tengok hasil tulisan aku. Akan datang tak tahu lagi editor mana yang akan mengedit karyaku, tapi siapa pun tak kisahlah. Paling penting aku kena kerja keras lepas ni untuk siapkan novel seterusnya. Tapi... macam dah lama tak bergerak aje cerita yang seterusnya ni, hehe...

Tak apelah, buat pelan2 aleya, jangan gopoh gapah, kang hasilnya x memuaskan pulak. So... aku sekarang ni kira sedang berusaha untuk membesarkan hati menerima segala komen2 yang bakal datang dan kemudiannya cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada supaya akan datang aku tak akan ulang kesilapan yang sama. Aku kan tak nak jatuh di tempat yang sama. Kalau jatuh juga? Hem... tak dapatlah nak menolong. Sekian...

2 comments:

  1. la,saya tak tau pun tu novel akak...tadi masa saya jenguk page alaf21,ada 1 kuiz teka novel yang bakal kuar april ni...saya pun letak nama akak tp rupa2nye novel Janjiku Bersamamu tu novel akak...novel tu akan kuar akhir mac ni...minggu lepas saya pergi premis alaf21 hanya ada novel Impian Terindah & Lakaran kasih...xpela isnin ni saya akan call semula untuk tanya pasal novel akak plak...thanx ya...

    ReplyDelete
  2. Lo... ni kira tembakkan yang mengena. pandai pun teka, hehe... 2 la, akak pun dpt tau ujung bulan ni gak. berdebar2, takut org x berkenan pulak novel kali ni. em... teponlah sebaik2nyer...

    ReplyDelete