Assalammualaikum buat semua... semoga hari ni berjalan dengan lancar dan penuh dengan keceriaan. Akhirnya Kursus Bahasa Melayu Peringkat Pertengahan yang diadakan selama seminggu selesai juga hari ni. Lega rasanya, bukannya x suka tapi 2 hari terakhir terasa agak bosan dan mengantuk sedikit. Mungkin belajar benda yang sama selama 5 hari buat otak tak boleh menerima. Betul juga bila seorang kawan ckp, kursus ni patut diadakan 3 hari saja. Tak adalah masing2 buat hal sendiri sebab nak hilangkan mengantuk.
Tapi... tadi, masa rehat aku sempat keluar dengan sorg kawan. Pergi SOGO, cuci mata. Aku x beli apa pun, cuma temankan dia beli baju anak dia. Pas 2 kteorg g kedai buku. Saja nak isi masa yang tinggal. Betullah... kat Jalan TAR memang dah ada novel 'Janjiku Bersamamu'. Aku senyum sakan tengok novel yang bersusun 2. Rasa puas sangat. Terasa segala penat lelah selama menyiapkan cerita dalam novel 2 berbaloi. Agaknya ni juga perasaan setiap penulis bila tengok karya mereka dah jadi sebuah buku.
Kelakar x kalau aku kata, aku beli novel sendiri tadi? Kelakar kan? Sebab aku patutnya x payah beli, dpt free nanti. Masalahnya cuma leh pergi Alaf 21 ambik novel 2 hari Isnin ni. Kakak ipar yg dtg KL pulak balik JB hari Ahad. X sempat nak tunggu, nak balik JB lak x leh sebab tengah ada keje skrg ni. Sebab 2 aku beli, nak kirimkan kat mak kt kg. Mesti dia dah excited nak baca novel 2. Peminat nombor satu 2! Tapi Aku bkn beli novel sendiri jer, aku beli juga sebuah novel karya Norisah A. Bakar, tajuknya 'Hati Seorang Wanita'. Ada banyak lagi novel baru yg aku dah capai tp aku letak balik sebab takut aku habiskan semuanya hujung minggu ni, padahal aku ada kerja nak buat. So aku sabarkan hati sendiri. Tapi... x leh janji juga dengan hati sendiri ni, takut2 esok aku pergi beli semua novel yang aku nak tu. Sabar ajelah...
Opss... sebelum terlupa, aku dah baca preview yang dibuat oleh Fadilahdiyana mengenai novel 'Janjiku Bersamamu'. Sekarang ni dah x rasa semacam sangat dan barulah rasa semangat sikit. Rasa berdebar-debar pun dah agak berkurangan. Thanks Fad... akak hargai apa yang dah Fad tuliskan 2. Lepas ni akak akan cuba buat yang lebih baik lagi. Hem... rasanya cukup dulu untuk kali ini. Ada masa lapang nanti aku akan sambung lagi. Sekian, wassalam...
wmslam...btol2...saya pun xske sgt gi kursus2 ni lagi2 yang banyak sangat ceramahnye...bleh siap 1 peta dunia tu...ehehehehhe...
ReplyDeletebiasala tu...org kata kalu nak sesuatu novel @ album tu laris,org yang tulis @ nyanyi tu kenala beli novel @ albumnya sendiri...xtaula betul ke tak...rasa2nye btol kot...coz tuan pun beli sure laku kan??...
novel Hati Seorang Wanita tu bukan Norhayati Berahim ke???kalu novel tu Norhayati Berahim yang punya,saya dah baca...Geram btol dgn watak hero nye,rasa nak jer ambik batu n campak kat dia...oppss,teremo plak...ehehehe...
Pasal preview tu,no prob...coz saya memang xde keje skang so nasib baik novel akak jd "penyelamat" kebosanan saya...
p/s-saya nak tanya,cerita Kasih Antara Kita tu akak dapat idea daripada realiti kehidupan ke???
seorang peminat novel anda
ReplyDeleteHati Seorang Wanita Norhayati Berahim Alaf 21
ReplyDeleteHati Seorang Wanita Norisah Abu Bakar CESB
Tajuk sama tapi jalan cerita
berbeza langsung.
ooo,thanks kak noor...nanti fad nak try cari gak la...
ReplyDeletefad...x, kasih antara kita bukan kisah akak. akak pun x ingat cm mana dpt idea utk tulis novel 2. semuua novel bkn kisah akak, kalau ada pun cuma sipi2 aje... lain2 cuma dpt drpd pembacaan atau apa yg akak tengok dan dengar...
ReplyDelete