Assalamualaikum kepada semua. Hari ni aku memulakan tugas dengan longokkan surat, hampir 300 keping rasanya. Sebenarnya sempena satu majlis yang akan diadakan pada minggu depan, aku salah seorang daripada AJK undangan. Jadi akulah yang kena gam semua surat undangan 2 sebelum dihantar kepada semua jemputan. Yang kelakarnya, mula2 aku gam satu demi satu. Pas 2 datang 2 org kawan gelakkan aku. Diaorg ckp sampai ptg pun x akan habis klu cm 2 caranya. Aku mana pernah gam surat mcm 2 punya banyak. Pas 2 diaorg tunjukkan cara yg betul. Barulah kerja aku ringan sikit.
Dah siap kerja gam-mengegam 2, aku siapkan biodata sorg penuli sb novel dia dh siap diedit, nak hantar cetak dalam jangka masa yang terdekat sebab dah agak lama aku tangani. Ada masalah sebenarnya yang sebabkan novel 2 lambat siap. Penulis 2 pun dah tau sebabnya. Dia siap cakap kat aku, tiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Mujurlah dia x marah2. Harap2 pas ni buku dia x akan ada masalah lagi sebab kesian dia tunggu2.
Em... sebenarnya ari ni aku rasa gembira sangat. Tahu kenapa? Sebelum lunch td aku jumpa Kak Zara Juita. Aku kata, akhirnya jumpa juga kita. Bkn x pernah jumpa sebelum ni, pernah beberapa kali. Cuma masa 2 aku x kenal dia sebagai penulis Alaf 21. Malu kat dia masa 2. Kteorg siap tanya2 lg dh buat novel baru. Rupa-rupanya dia pun cm aku juga. X sempat nak buat dah... X pe Kak Zara, kte sama2 buat slow2, lama2 nanti mesti leh siap punya... Cukup dululah setakat ni, aku nak mengedit drama pula. Sekian assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment