- Pesta Buku (28 &29 April 2007) -

11:12 AM

Salam buat semua. Em... sana sini org membicarkan ttg pesta buku yang sudah 4 hari berlangsung di PWTC. Aku pun dah 2 hari datang ke pesta buku 2. Meriah! Itulah yang aku tengok sepanjang 2 hari 2. Kat sana sini cuma ada buku2, majalah2 dan orang yang mencari buku2 yg mereka suka dan orang yang terpaksa beratur berderet-deret untuk membuat bayaran. Cuma itu aje yang aku nampak.

Tapi aku rasa seronok sebab tahun ni agak selesa jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin sebab karangkraf sewa tempat yang lebih luas, jadi susunannya pun lebih teratur sikit. Kuranglah sikit panasnya. Rasanya pengunjung yang datang pun tentu rasa lebih selesa sebab tak perlu dan bersesak-sesak sangat.

Kali ni aku dapat jumpa dengan ramai kawan2 penulis, antaranya Kak Meen Zulaikha, Kak Lynn Dayana, Kak Rose Harissa. Diaorg ni baru pertama kali aku jumpa, tapi rasa mcm dah lama pulak kenal sebab diorng ni mmg best. Lebih2 lagi Kak Lynn Dayana yang suka gelak. Aku pun seronok aje melayan dia. Selain diorg ada gak Kak Anis, Kak Norzailina, Kak Lily Haslina, Kak Lily Suriani, Kak Aisya, Kak Liza, Damya dan Umi Azrini. Bikash dan Shanika pun ada juga, diorg datang semalam. Korang 2 mmg best sebab dtg gak wlupun x sign novel. Aku anggap korang bg sokongan kat kawan2 yg ada kt c2.

Aku juga dapat jumpa dengan kawan2 yang cuma aku kenal kt alam blog ni mcm Huda, Fad, Mama Jambu, Kak Noor, Ct, Adhan dan ramai lagi. Sempat juga berkenalan dengan Kak Fauziah, Kak Aina, Kak Ramlah Rashid, Kak Shamimi dan ada beberapa penulis lagi. Seronok sangat dapat jumpa dengan diorg semua. Terasa macam ramai kawan pulak sekarang ni. Esok dan lusa, kalau x ada aral insya-ALLAH aku akan datang lagi. Mungkin nanti boleh jumpa dengan lebih ramai lagi kawan2 baru. Sekian...


Adhan... akhirnya saya dapat jumpa juga dengan awak. Seronok dapat kenal dengan awak walaupun baru first time kte jumpa.

Fad... apa yang lain yang Fad cakap pasal akak kat blog Kak Azie? Akak dah gemok eh? Hehehe... apa pun, gembira dapat kenal dengan Fad. Ada umur nanti kte jumpa lagi, dengan Kak Azie sekali ye...

Mama Jambu & Ct... ada masa, umur dan rezeki kte akan jumpa lagi. Mama & Ct memang seorang pembaca yang best sebab sanggup turun ke KL semata-mata untuk datang ke Pesta Buku. Gembira kenal Mama & Ct.

You Might Also Like

5 comments

  1. hehe...memang lain la kak aleya...cuba akak tgk kat bhgian blkg setiap novel akak...semua brubah2...nasib baik la dapat cam lagi kang xpasal2 silap org...ehehehe...akak xgemok la...ok la tu cuma saya jer yg sekeping...hehehe...yup,nak sgt jumpa kak azie...mana tau satu hari nanti...bleh borak sampai lebam2 pipi...=)

    ReplyDelete
  2. emm, ada org nk jmpa kte eh?? sapa tuh?? secret admirer ke?? hehe...
    fad..pic kt belakang novel mstilah lain, live punyer mstilah lain.. bak kata fad, apa tuh?? natural beauty...hehe..akak sokong fad..

    ReplyDelete
  3. fad... nape nak borak sampai lebam2? x gemuk eh? hem... lehla makan bebanyak lg pas ni. tp, nenek akak kata dh gemuklah. anak sedara akak pula kata dh besar sikit. isyhhhh

    kak azie... ari 2 ada pak cik 2 kata, dlm gambar 2 nampak dh berumur tp tengok dekat2 mcm budak2 aje muka. kte cuma sengih2 mcm kerang. perasan sekejap... hehe...

    ReplyDelete
  4. apa la kak azie ni bocorkan rahsia...rahsia ke????pasni sure kak aleya ikut jejak kak azie,naik lif +tpaksa beli sluar baru...kih2...

    yup,smapi lebam pipi...dah kata nak jumpa kak azie+kak aleya yg giler2 ni so sure la asyik2 tgelak jer...ehehe...

    ReplyDelete
  5. fad...tiada rahsia antara kita da..
    nantila.. one sweet day, kita akan jumpa gak..

    Sis..
    btol ke pakcik 2 ckp cmtu? So, awk terperasan yg mne? Yg cm budak2 ke, yg nmpk dlm gmbar tu?..hehehe..
    Err..agak2 pakcik tu ada ank lelaki x?? alah, saje je tanya, buang2 karan ...hihihi..

    ReplyDelete