- RaGuT -

4:32 PM

Salam buat semua. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni aku nak berkongsi cerita sedih. 2 hari lepas, kawan di pejabatku diragut. Mujur juga tak ada apa2 yang menimpa dia dan suaminya. Hanya beg yang diletakkan di tengah2 antara dia dan suaminya yang dicapai. Habis duit dan semua barang2 berharga yang ada di dalam beg 2. Tapi, seperti katanya, barang2 tu masih boleh diganti kalau berusaha, kalau dia atau suaminya tercedera, macam mana dengan anak2 dia? Yup, betul... betul sangat apa yang dikatakan oleh kawan aku tu. Nama dia, Seri Banon tapi aku panggil dia Kak Seri. Tapi satu aje yg aku salute kt Kak Seri ni, dia tak menangis dan hari ni, lepas bercuti sehari, dia kulihat tetap ceria seperti biasa. Dan, TUHAN 2 adil sebab Kak Seri hilang beg tangan yang penuh dengan barang berharga, tapi hari ni Kak Seri dapat surat kenaikan pangkat. Hah... itulah yg selalu orang kata, diambil sesuatu kemudian digantikan dengan sesuatu yg lebih bermakna.

Beberapa minggu lepas pulak, Kak Yan, juga kawan di tempat kerjaku ada menceritakan yang handphone adik iparnya diambil orang. Yang aku jadi x tau nak komen 2, handphone 2 diambil ketika adik ipar dia tengah bercakap dengan seseorang di handphone 2. Kejamnya orang yg ambik 2, langsung tak bertimbang rasa. Sekurang-kurangnya, biarlah dia habis bercakap dulu. Tak baik betul, geram juga bila dengar ada kes2 macam ni berlaku. Tapi... nak buat macam mana.

Kadang2 dalam pada kita terlalu berhati-hati, kita terkena juga. Nak mengelak pun dah tak boleh. Jadi... terpaksalah terima. Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada Kak Seri sebab naik pangkat. Aku tumpang gembira walaupun sedih juga sebab lepas ni Kak Seri terpaksa tukar bahagian. Huh... makin kuranglah orang di bahagian aku ni. Mesti x meriah macam dulu2 lagi, dahlah Kak Odah baru tukar, lepas ni Kak Seri pulak. Harap2 lepas ni akan ada orang yang ganti Kak Seri dan kalau boleh biarlah cepat sikit. Dan untuk semua termasuk aku, harap2 lepas ni kita lebih berhati-hati sebab orang yg kita x nak selalu jumpa ada di sekeliling kita. Hem... aku sudahkan sampai sini dululah, ada masa nanti aku akan sambung lagi. Sekian, wassalam...

You Might Also Like

2 comments

  1. sis...hati-hati selalu..kte x nk apa-apa yg buruk berlaku pd awak.. waspada sentiasa tau... Moga Tuhan lindungi awak, sis..

    ReplyDelete
  2. ya Allah,tabahnye kak seri tu...kagum giler!!!!taniah gak coz kesabaran tu kak seri naik pangkat...mesti berbayar kekecewaan 2 hari lepas tu kan???

    btul tu kak aleya...walaupun kita bhati2 but if dah ditakdirkan kita mangsa maka terjadi gak samalah mcm kes kete sy tu...sob2...

    ReplyDelete