Apa ni? Inilah dia pamphlet teater "Lawyer Dahlan". Sebenarnya hari Jumaat malam, aku, Bikash dan adik-adik dia pergi tengok teater ni di ASK. Ikut perancangan, kami nak pergi bertiga, aku, Bikash dan Shanika. Tapi saat2 akhir Shanika bagitahu dia ada kerja, x boleh ikut. Jadi pergilah kami berempat. Teater itu sebenarnya salah satu daripada subjek student kat situ. Ia menceritakan ttg seorang lawyer bernama Dahlan yang belajar di England dan kemudian mengamalkan cara hidup Barat. Isteri Si Dahlan ni pun sama macam dia sampaikan ibu sendiri pun malu nak mengaku. Tersentuh hati masa tengok babak tu. Macam mana ibu dia merayu-rayu tapi si anak tetap menyangkal. Katanya tak mungkin ibu dia datang dari kampung macam 2. Kesian? Aku rasa kesian sangat, harap2 x akan ada anak macam tu hendaknya. Akhirnya terjadi pertelingkahan antara suami isteri itu kerana Dahlan ada perempuan lain. Dia ceraikan isteri dia dan dia sendiri kemudian dipenjarakan kerana menerima rasuah. Keluar dari penjara dia insaf. Cerita berakhir dengan happy ending.
Yang ni pula buku cenderamata sempena majlis pelancaran buku yang baru selesai di DBP, bertajuk "Salam Malaysia : Antologi Terjemahan Puisi Mahua". Syukur sebab semuanya berjalan dengan lacar. Mula dah tamatnya pun tepat seperti yang dijangkakan. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan macam majlis lain juga. Buku 2 dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kemudian, ada acara baca puisi daripada SMK (P) Kuen Cheng, UPM dan beberapa penyair Mahua. Tapi yang paling menarik, bacaan puisi daripada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Aku kira kalau itu merupakan pertandingan baca puisi yang diadili melalui SMS, pasti budak cute tu yang akan jadi pemenangnya sebab aku pun nak SMS dia. Comel dan cute sangat suara ngn muka dia.
Kesimpulan untuk dua majlis itu, kesilapan sedikit2 itu bolehlah dianggap perkara biasa. Sampai jumpa lagi buat semua. Sekian, assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment