- ReHeArSaL -

Hari ni balik pukul 8.00 malam. Jarang aku balik lewat macam ni, tapi hari ni terpaksalah. Sebenarnya baru aje habis daripada berbincang pasal majlis pelancaran buku esok. Rehearsal tadi pun habis dah petang benar. Itu pun kata Kak Yan (pengurus projek), buku cenderamata masih belum siap. Esok pagi baru siap. Kalau tak siap macam mana? Hah... itu barulah betul-betul haru.

Esok, majlis start pukul 9.30 pagi. Bos mintak semua datang cepat sikit. Aku senyum aje, pas 2 aku cakap kat Diana Rose, kalau aku datang macam biasa diam2 ajelah sebab aku masuk pukul 8.30 pagi. Lagipun tugas aku cuma jadi penyambut tetamu sama macam Si Diana Rose 2, x pe kot datang macam biasa. Kalau bos tau, alamatlah aku ni. Mula2 kteorg jd penyambut tetamu merangkap pendaftaran. Masalahnya, boleh ke dalam masa yang sama buat 2 kerja?, aku kata 2 pun nasib baik, dah tak payah telefon2 sekolah macam 3 hari kebelakangan ni, kalau x memang habislah aku ngn kawan aku 2. Mujur juga bos kata, bab2 daftar peserta esok dia dah suruh org lain buat. Kalau x ada yg esok kena kerat jadi 2. Bukannya ape, bahagian aku mmg x ramai orang, sb 2 seorang buat sampai 2 atau 3 kerja. Majlis besar pulak 2, takut pulak lain yang diharapkan lain pulak jadinya.

Tapi aku harap semuanya akan berjalan macam biasa. Penat lelah kteorg biarlah berbaloi hendaknya. Dan, esok... huh, kenalah aku senyum2 kambing sebab nak sambut entah sesapa dan sekolah yg entah berapa ramai yg akan hadir. Aku harap yang dah janji nak datang akan datang esok. Rasanya cukup dululah sebab dah nak balik dah. Sekian, assalamualaikum...

1 comment:

  1. berbaloi sgt kan????td majlis tu berjalan dgn lancar kan???tahniah untuk semua yg terlibat...ewawah,dah mcm bos plak bunyi nye...ehehehe..malam ni akak bleh la tido nyenyak...=)

    ReplyDelete