Macam tak percaya pulak bila Fad bagitau dia tagged aku. Masa aku pergi blog Kak Rafishah, dia pun tagged aku. Main jenis ape ni? Aku tagged dia, dia tagged aku. Pusing-pusing orang yang sama, rasa kelakar pulak. Tapi okeylah gak kan, boleh kenal kawan2. Masalahnya ada lagi ke yang pelik2 kat aku ni? Hem... ada, ada banyak tapi aku cuma boleh bagi 6 aje sebab peraturan dia pun macam tu kan? Cuma aku tak boleh nak cari 6 orang yang nak aku tagged pas ni. Tak taulah sape yang nak aku pilih. Tak ada idea... Jadi, nilah 6 perkara pelik ttg aku, 2 pun x tau pelik ke x...
1- Suka pakai gelang hitam kat tangan sebelah kiri, tapi bukan yg cantik2 yg selalu orang pakai sejak akhir2 ni. Gelang jenis 2 aku x tau kenapa aku x jatuh hati walaupun lawa. Yang aku selalu pakai gelang getah aje. Sebenarnya dah pakai sejak umur 13 tahun. Mulanya kawan bagi, setahun lepas 2 putus, aku beli pulak sendiri tp setahun lepas 2 putus lagi. Mungkin jangka hayat dia setahun aje kot. Tapi tiap2 tahun aku akan beli, kekadang beli sampai 3, tapi hilang mcm 2 aje. Cuma tahun ni aku dah tak beli sebab Bikash cakap aku dah cukup tua untuk pakai gelang 2 masa aku tengok2 kt kat KL Central hari 2. Tapi... masa keluar ngn Shanika, aku beli gak, warna hitam, cuma bukan gelang getah yang satu 50 sen@ RM1 yang aku selalu pakai 2. Sekarang ni aku pakai yang bentuknya sikit lebih kurang mcm gelang hitam yang baru aje putus, yg aku rembat anak buah aku punya. Dia yang tinggalkan kat lantai, aku tinggal ambik aje. Itu pun dia perasan, dia mintak aku belikan dia ape tah, aku cakap x nak sebab dah banyak benar dia dua beradik pau aku hari 2, budak2 ni x boleh dimanjakan sangat. Tapi mmg dasar budak bertuah, dia terus rampas kt tangan aku. Pas aku kata ok, baru dia bagi balik. Teruk betul perangai anak buah aku 2. Tak panjang umur gelang 2 sebab aku terkait apa entah, aku pun tak ingat.
2-Aku seorang yang suka tidur, tapi aku bukan jenis yang senang tidur. Kalau aku baring, mata aku akan terkebil-kebil lebih daripada setengah jam, kadang2 ambik masa berjam-jam lamanya baru padam terus. Dan, bila dapat tidur, aku pun bukan jenis tidur sampai ke pagi, aku mesti terjaga tiga atau empat kali, kadang2 hampir setiap jam aku akan terjaga. Sebab tu aku selalu jeles bila orang letak aje kepala kat bantal terus x ingat apa2.
3-Tiga benda yang aku paling susah nak ingat ialah jalan, nombor telefon dan nombor plat kereta. Pergilah ke mana2 pun, 5 atau 6 kali pergi pun aku belum tentu ingat kalau orang suruh pergi sendiri. Silap2 nanti ada yang tak dapat cari jalan pulang. Kat JB ke kt KL ke atau kat mana2 pun, aku tetap macam ni. Nombor telefon pulak, seumur hidup aku ni aku cuma ingat 3 nombor telefon aje, no hp aku, no telefon rumah kt kampung dan no telefon opis. Lain2 aku mmg x ingat. Klu ingat pun sekejap aje. Dan, no plat kete, aku cuma ingat no kete aku aje. Aku tau aku teruk, tapi... aku pun x tau kenapa boleh jadi lembab macam ni.
4-Kalau aku marah biarkan aku bercakap dengan mulut, jangan sesekali biarkan aku bercakap dengan jari sebab benda kecik akan jadi besar dan kemudian aku akan jadi batu. Maksud aku, bila aku marah dan aku meluahkan kemarahan dengan kata-kata, aku selalunya boleh tahan daripada menyakitkan hati orang yang aku marah, makan hati sendiri aje. Tapi bila dengan jari, aku akan taip kt keyboard atau hp apa saja yang terbuku kat hati aku, tak peduli kalau orang terasa hati, orang akan fikir pasal aku yang bukan2 dan aku sendiri mungkin dah sakitkan hati sendiri. Aku tetap x peduli asalkan hati aku puas. Tapi yang parahnya, bila keadaan dah melarat aku akan rasa menyesal. Perangai aku mmg buruk benar dalam bab2 mcm ni. Aku selalu tekad nak berubah, tapi tak taulah bila. Cuma masih berusaha sampai sekarang ni. Harap2 nanti aku akan jadi seorang yang penyabar.
5-Aku selalu mengatakan ok atau boleh pada sesuatu yang aku tau aku tak boleh dan tak ok dan tak suka sebab aku nak jaga hati orang. Macam tak ikhlas kan? Tapi aku kesian bila org buat muka kesian depan aku. Apa pun, bila aku dah kata ok dan boleh, aku akan cuba buat yang terbaik walaupun kdg2 merungut bila aku rasa susah dan aku hampir2 x boleh buat. Huh... padan muka aku. Dan, sekarang ni aku pun tengah belajar mengatakan TIDAK pada sesuatu yang aku tak boleh, tak ok atau tak suka buat.
6-Perempuan biasanya sentiasa bawa barang2 mekap dalam beg tangan tapi aku tak pernah lepas dengan ENO sebab perut aku suka nak rasa semacam aje, lebih2 lagi kalau aku terkurang makan, terlebih makan atau meratah sayur sampai tak ingat dunia lain. Sebenarnya tak elok amalkan, aku pun tak makan ENO 2 kecuali dah x larat tahap gaban. Siapa yang ajar, aku pun dah tak x ingat. Tapi selalu kena marah ngan mak, aku aje buat2 x tau, apalagi bila keadaan dah terdesak.
Hem... rasanya itulah perangai pelik aku. Harap2 Fad dan Kak Fishah puas hati. Rasanya sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi. Sekian, assalamualaikum...
first of all,thanx ya coz sanggup curi masa "pak ali" untuk wat tag ni...ehehehehe(pak ali mana la plak ni)
ReplyDeletefad xsangka plak yg kak aleya pun ada satu masalah yg sama mcm fad iaitu-xbleh ingat jalan...cuktinye,walaupun fad dah banyak kali gi ikea tp sampai la ni xpernah pas jalan balik...sure sesat...habis jer duit nak bayar tol...nasib baik ada touch n go...sob2...bila la nak berubah ni...
Aleya , hahahah.. awak patut letak perkara no 7, iaitu menulis perkara2 yg pelik serupa "mengarang2" gitu. Panjang2 cam karangan sekolah.. Ini forst time sy jumpa, biasanya sy nampak oang tulis point2 atau lima enam baris jek..kekeke . oops sorry , bukan nakmenyakat tp , tahler.. cam pelik gitu hik hik..
ReplyDeleteDan lagi, jgn tagged sy aa.. sbb sy rasa takat nih dah 4 kali ken atagged, dan menulis 24 perkara pelik.. sampai tak de idea dah.. malahan trauma2 lagih ..
huu huu
fad.... 2lah, kadang akak pun letihlah nk mengingat satu2 jln 2.
ReplyDeletemersik... bosanlah awk ni, semuanya x kena klu dengan awk. dah sy suka nak membebel, kt sini, sy membebel ajelah. ari 2 sy x ckp banyak, awk kata sy malu2. dh x tau nak ckp, tulis ajelah. x lah...sy dh x nak tagged sesape pun pas ni. Sy nak pergi makan...
saya berceloteh lagi panjang...ehehe...biar la apa org komen...kat alam maya ni saya tak kisah sgt but kalu depan2 nak kasi komen2 yg pedas,saya gigit jer terus...ehehehe...kak aleya,jgn xnak wat tag lagi tau...fad xpuas lagi tag kak aleya...ehehehe
ReplyDeletefad ni, ada2 ajelah. tp akak sayang fad...muahhhhh... hidup fad!!!hehehe....
ReplyDelete