Assalamualaikum buat semua. Hari ni dan semalam agak busy sikit. Bukannya busy mengedit macam biasa tapi aku kena follow-up sebanyak 125 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena 'Majlis Pelancaran Buku Salam Malaysia: Antologi Terjemahan Puisi Mahua. Tapi ada lagi 40 buah sekolah yang aku belum follow-up, x sempat. Mungkin pukul 2.00 ptg nanti. Dan, daripada banyak yang dah ditelefon, hanya beberapa sekolah yang dapat hadir, banyak yang tak dapat hadir dan banyak juga yang akan telefon balik nanti. Malah ada juga yang suruh telefon balik dan bila dah telefon balik... lain pula jawapannya. Hem... aku rasa kerja2 mcm ni mmg betul2 menguji tahap kesabaran. Maklumlah, nilah pertama kali aku dapat kerja mcm ni. Kira ni pengalaman barulah untuk aku.
Dan... agaknya sebab banyak kali sangat mendail semalam, aku beli makanan mcm nak rak kat pasar malam. Kononnya nak lepaskan tension dan yang bestnya aku makan semua makanan 2. Tapi... dah nak dekat tengah malam aku cari satu plastik lagi. Tapi plastik 2 xada. 'Eh... mana g buah mata kucing aku?' Aku cari lagi dan... bila aku ingat2 balik. Rupa-rupanya tertinggal kat gerai 2 juga, pak cik 2 letak tepi buah limau. Alahai... cuainya aku, ni mesti sebab aku sibuk ambik duit baki aje ataupun sebab tangan aku yg dh penuh masa 2. Huh... sampai pagi tadi terbayang-bayang buah mata kucing 2. Nampaknya kena tunggu ari Jumaat pulak.
Jadi... kepada semua, jangan jadi macam aku yg cuai ni. Sebelum balik, kita kena selalu pastikan apa yg kita beli, kita bawa balik semuanya. Jangan asyik nak cepat aje. Bukan apa, supaya kte tak ralat nanti. Macam aku... Sekian, salam sayang buat semua, wassalam...
kelakar plak bila baca en3 akak ni...tapi biasa la tu...manusia kan selalu melakukan kesilapan w/pun kita dah try untuk elakkannya...ada waktunya,kita kurang fokus sebabtu jadi mcm tu...fad rasa benda ni biasa tjadi masa fad kat sekolah rendah...fad selalu jer tertinggal payung la+ buku sekolah la...sebab meja ada laci but bila naik sekolah menengah,dah jadi baik coz ada tanggungjawab...dah xwat benda2 tu lagi...hope kita sama2 xakan wat kesilapan mcm tu lagi...nasib baik air jer kang hp yg tertinggal sure xlena tido 7 hari 7 malam...eehehhe
ReplyDelete2la pasalnyer... dalam pada terkilan akak rasa kelakarlah pulak...
ReplyDelete