- BlUrB -

March 22, 2007

Hem... buntu rasanya kepala. Menyiapkan blurb sendiri rupa-rupanya tidak sesukar membuat blurb untuk novel orang lain. Cumanya membuat blurb orang lain tidak mungkin pula boleh sampai empat atau lima. Paling banyak pun mungkin 3 yang aku boleh buat. Itulah yang terjadi pada aku dua tiga hari ini. Blurb untuk manuskrip 'Bertakhta di Hati' dah pun aku siapkan. Tinggal nak tunjukkan kat editor aje hari Sabtu ni. Masalahnya antara 5 blurb yang aku pilih, aku tak tahu mana yang lebih sesuai. Inilah yang dikatakan orang, bukannya senang nak buat pilihan. Silap pilih... karang tak pasal2 orang tak berminat nak beli. Dahlah aku gunakan nama Marwati Wahab. Tapi apa ada pada nama? Walaupun aku tahu ada macam-macam pada nama sebenarnya.

Apa2 pun aku harap tak macam 2 jadinya sebab aku dah bermati-matian semata-mata nak siapkan manuskrip ni. Jadi... aku mengharapkan sesuatu yang lebih manis untuk aku dengar. Sebenarnya aku berdebar-debar juga. Takut. Takut orang tak suka dengan karya ni. Tapi aku percaya yang aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. Jadi kalau ada yang tak berapa gemar, itu hanya satu fenomena biasa. Akukan dah pernah alami benda2 mcm ni. So... aku akan tetap terima dengan hati yang terbuka. Kata orang, jangan semua yang buruk tu kita tolak ke tepi kerana di sebalik keburukan kadang2 tersimpan satu kemanisan. Sekian...

2 comments:

  1. aneesa cerita bertakhta di hati tu siapa penulisnya... siapa penerbitnya? macam best... aneesa punya atau karya yga neesa edit di dbp?? confuse ni...

    ReplyDelete
  2. iejay...salam. penulis dia marwati wahab, hehe... sy yg tulis tp penerbit lain so sy guna nama betul. masih dalam proses sekarang ni. x taulah best ke x sb tak berani nak cakap. berdebar2 gak sebenarnya tunggu novel tu...

    ReplyDelete