Salam untuk sesiapa saja yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Harap semuanya ceria, tak macam cuaca di luar sana. Alhamdulillah… akhirnya proses akhir untuk novel terbaruku dengan Alaf 21 hampir siap sepenuhnya. Auen, editor Alaf 21 kata, novel itu kini sudah ada di kilang untuk dicetak. Itu juga yang Kak Wan katakan menerusi telefon tengah hari tadi. Dan, ketika masuk ke sini tadi pula aku melihat apa yang Kak Dhiya Zafira tinggalkan di Cbox. Dia mengucapkan tahniah kerana novel terbaruku dah keluar. Biar betul sebab aku ingat lambat lagi. Macam tak cukup tangan aku klik web Alaf 21 lepas habis meeting yang agak menyerabutkan kepala. Bukannya apa, rasanya pagi tadi macam tak ada, tapi tak tahulah kalau-kalau aku terlepas pandang. Hem... rupa-rupanya memang dah ada cover di situ. Tertinggal kereta apilah pula aku kali ni.
Lama juga aku menilik-nilik cover itu. Kali pertama melihat cover itu biarpun aku bukannya orang pertama melihatnya sebab terlambat. Tak ada apa yang cacat, semuanya kelihatan sempurna di mata. Tapi aku terus juga menilik dan menilik macam orang yang sedang meneguk air tapi tetap tak hilang dahaga. Kemudian dalam diam-diam aku bertanya dalam hati. Apa yang aku rasa bila melihat cover novel itu? Tapi beberapa minit berlalu, tak ada jawapan yang muncul. Minda seakan-akan beku untuk memberikan jawapan. Adakah sebab minda aku ni telah beku gara-gara dipaksa menjadi MC untuk acara Pertemuan Pagi Jabatan Sastera tadi atau gara-gara meeting yang tak ada kata putus? Dan kesimpulannya, sampai saat jari-jemari yang tak runcing ni mengetuk keyboard ni pun, aku tetap juga tak pasti apa yang aku rasa. Cuma yang pasti ada debaran yang bukan calang-calang melanda hati. Mungkin ini juga debaran yang aku rasa tiap kali novel baru keluar. Atau ini juga debaran yang melanda kawan-kawan seangkatanku. Gusar dengan penerimaan pembaca yang pelbagai cita rasa terhadap novel itu, gusar dengan komen-komen yang menyengat yang ada kalanya suka dan ada kala sebaliknya, gusar dengan perbandingan demi perbandingan yang bakal dibuat dengan novel-novel yang pernah aku hasilkan sebelum ini dan gusar dengan bermacam-macam perkara lagi. Semuanya ada dalam hati saat cover yang berlatarbelakangkan pantai itu kutatap.
Kalau nak diikutkan, aku memang nak buat yang terbaik walaupun terbaik padaku belum tentu jadi baik untuk orang lain. Tapi aku tahu, untuk memuaskan hati ramai orang memang mustahil. Jadi aku masih dan tetap berharap novel SEGALANYA UNTUKMU akan dapat diterima. Kalau ada kekurangan di mana-mana, harap dimaafkan sebab aku masih dalam proses belajar bagaimana untuk menjadi penulis yang baik walaupun dah menulis beberapa buah novel. Boleh juga hantar komen di sini aleyaaneesa@yahoo.com.my. Tapi bukan sekaranglah sebab belum terbit lagi. Tak juga salah kalau nak hantar komen novel-novel sebelum ni. Mungkin novel ni akan terbit pada awal bulan Mac atau hujung bulan Februari. Untuk Auen, editor untuk keempat-empat novelku terima kasih tidak terhingga, nampaknya aku benar-benar dah serasi dengan dia. Untuk pembaca yang masih mahu membaca karyaku, terimalah buah tangan terbaruku ini dan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Salam sayang,
-Marwati Wahab @ Aleya Aneesa-

Tahniah! dapat anak ke 4 ya... hehe! moga nak yg lain bertambah juga! Mana komen buku akak, akak dah tak sabar nak baca buku aleya ni!
ReplyDeleteHiyaa.. kite plak yg tertinggal kereta lembu nampaknya.
ReplyDeleteWah2.. seronok nyer dah keluar buku baru. tahniah daun keladi. Semoga mendapat sambutan yg menggalakkan.
Pedulikan apa oang nak kata.. Yg penting kita buat apa yang kita suka dengan senang hati, ha ha ha..
kak lynn - terima kasih sangat. takutnyer... komen buku kak lynn? hehehe... belum bacalah. tunggu ye...
ReplyDeletemersik - terima kasih juga ye. biar tertinggal kete lembu, jgn terlepas kapal terbang sudah. harap... semuanya berjalan lancar hendaknya. ya... pedulikan apa org kata sebab bila kte susah org buat x tau jer...
ReplyDeletehihiihih...tahniah...tahun depan pelancaran buku pulak ya...hihihihihi...jelesnya dengan aleya yang setiap tahun tak miss buku...apa petua?
ReplyDeletekak mar,fad dah wat pesanan buku akak td...xsabar nak pegang n baca...
ReplyDeleteTahniah! tak sabar nak baca.
ReplyDeletehm..bila agaknya buku ni nk ada kt johor ek?.. ni yg buat kte tido tak bangun, mandi tak berenti nie...hehe...
ReplyDeletekak dhiya - terima kasih ye. janganlah cm tu, pas ni kak dhiya lak kuar buku. x sabar ni nak tunggu.
ReplyDeletefad - terima kasih fad, akak tengah takut ni... berdebar2 aje rasa.
rinn - terma kasih ye, harap rinn leh sabar ye...
kak azie - sabar sis, nanti2 ada lah tu. tp belum keluar lagi. tunggu nvl tu keluar karang itam lak bawah mata sebab x tidor hehehe...
saya baru abis baca cerita nie. best. perasaan & emosi saya bersama-sama dgn jln cerita nie. semoga kak akan terus berjaya.
ReplyDeleteterima kasih shadaznurdibo, maaf baru perasan ada komen, ;-)
ReplyDelete