Suatu ketika dulu aku langsung tak pernah rasa yang Kak Long tu begitu penting dalam hidup aku. Bagi aku, dia hanya seorang kakak dan hanya pada nama semata-mata. Tak ada fungsi lain yang boleh membuatkan dia dekat di hati ni. Jauh sekali boleh jadi tempat aku meluahkan perasaan marah dan gembira. Apalagi tempat menyandarkan bahu setiap kali kaki tersadung akar. Aku lebih rela mencari kawan-kawan daripada dia. Dan, aku selalu melebih-lebihkan atau memenangkan kawan-kawanku dibandingkan dia, satu-satunya kakak kandung yang aku ada baik dulu, kini, dan selamanya. Malah aku sanggup bergaduh demi membela nasib kawan-kawanku di mata Kak Long. Tak pedulilah walaupun diakhir pertengkaran itu aku dapat sekali cubitan daripada Kak Long. Tak kiralah walau pedih sekali pun lengan aku sebab Kak Long bukannya cubit main-main.
Entah kenapa dan apa puncanya, aku sendiri tak tahu. Cuma mungkin jarak umur hampir 10 tahun itu membuatkan aku dan Kak Long tak rapat. Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Anehnya, dalam bab-bab bertekak aku tak ingat pula kalau Kak Long tu lebih tua banyak daripada aku. Sepatutnya aku hormat Kak Long sama macam orang tua aku sebab dia orang ketiga tertua dalam keluarga aku selain mak dan abah. Teruknya aku waktu itu. Sebenarnya bukan tak ada masa nak bersembang atau yang sewaktu dengannya, tapi rasanya memang ada jarak dan jurang yang agak lebar antara aku dengan Kak Long. Ditambah lagi dengan sikap Kak Long yang agak pendiam, langsung tak sama dengan aku yang memang terkenal satu kampung sebagai seorang yang agak nakal.
Tapi tu dulu, sejak aku habis sekolah menengah dan sejak Kak Long kahwin rasanya hubungan kami dah banyak berubah. Jarak dan jurang yang ada sedikit demi sedikit jadi kecil, kecil dan terus mengecil. Bila anak Kak Long yang pertama lahir, jarak dan jurang itu langsung dah tak ada. Masa tu aku dah masuk U, berjauhan dengan keluarga walaupun tak berapa jauh juga menjadikan aku lebih tahu apa itu ertinya mak, abah, Kak Long, Abang Ngah, Abang Chik dan adik-adik dalam hidupku. Aku semakin sedar kalau aku benar-benar perlukan keluarga kecilku itu sebab aku tahu kalau ada orang yang akan membantuku masa susah nanti, itulah orang-orangnya. Mungkin akan ada orang lain sama, tapi orang-orang itu tentunya akan menjadi orang yang pertama menghulurkan tangan untuk menarikku setiap kali aku terjatuh.
Dan Kak Long, kenapa aku tiba-tiba teringatkan Kak Long? Hem.. pastinya sebab panggilan yang Kak Long buat. Kak Long mengkhabarkan berita yang mungkin dah lama aku dan keluargaku tunggu-tunggu. Kesudian Abang Ngah pula buat kegembiraanku jadi berlipat kali ganda walaupun semuanya masih belum jelas. Sekurang-kurangnya itu satu berita gembira buat aku di sini. Yang paling penting, selagi ada nyawa kat badan, jangan pernah berhenti berusaha dan berharap. Tapi apa yang membuatkan aku benar-benar terharu, Kak Long hanya menyampaikan berita gembira itu padaku. Kiranya aku orang pertama yang tahu. Alasan Kak Long, semuanya masih belum pasti.
Pasti atau tidak bagiku bukan persoalannya. Yang penting kesudian Kak Long tu. Dan, tiba-tiba saja aku terasa aku begitu penting dalam hidup Kak Long. Mungkin rasa terharu itulah yang mendorong aku menulis tentang Kak Long saat ini. Kakak yang aku sayang, walaupun sebagai adik aku tak pernah mengatakan apa-apa padanya kerana sememangnya aku bukan jenis orang yang meluahkan apa yang kusimpan. Biar menanah di kolong hati. Cuma yang aku tahu, sejak aku rapat dengan Kak Long, aku tak sedar yang aku sebenarnya banyak mengikut apa yang Kak Long buat dan cakap. Kalau Kak Long kata kain ni bagus, aku akan beli. Kalau Kak Long kata pencuci muka ni elok, aku beli juga. Kalau Kak Long kata kasut ni cantik, aku terus capai. Kalau Kak Long cakap benda ni bagus untuk aku yang akhir-akhir ini kerap mengeluh kalau dah ramai benar manusia mengatakan aku semakin berisi, aku akan ikut juga. Dan yang paling kelakar, baru-baru ni Kak Long bagi aku CD aerobik untuk mengatasi masalah keluhan aku tu. Malangnya aku tak pernah guna, bila dia tanya aku cuma cakap aku dah guna 3 @ 4 kali. Takut kena marah.
Buat Kak Long, betapa banyaknya kesalahanku padanya, aku tetap sayang pada kakakku itu. Moga kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa melingkari hidup Kak Long. Amin!
hhmmmm.... tersentuh hati Nita ngan coretan ni... Nita ni Kak Long gak. Sebagai Kak Long tanggungjawab kita terhadap adik2 pun besar gak selain abah ngan mak. Kdg2 terasa gak ngan sikap adik2 tp sabar jer la... :-) Adik beradik adalah segala2nya.Bak kata perpatah "air yang dicincang tak kan putus."
ReplyDeleteAlayea, nanti balik kg kim salam kak long aaa.
ReplyDeleteHik hik
sori ye klu dh buat nita tersentuh. kak long rupanyer dia. agaknya apa yg nita rasa, kak long sy gak rasa kot. dn sy suka apa yg nita tulis, air dicencang mmg x akan putus...
ReplyDeletealahai mersik... nantilah sy sampaikan klu teringat ye... hehehe...
ReplyDeleten3 kali ni macam ayat novel kak aleya plak...terlalu indah ayat yg akak guna tuk mengambarkan kasih n sayang akak kat kak long akak...mesti terharu if kak long akak baca...sure dia xkisah pasal akak mengelat cd tu...hehehe
ReplyDeletemcm ayat novel h fad? hehehe... teremosilah pulak akak nih. 2lah... klu dia tau abis dia x nak beri apa2 kt akak lagi...
ReplyDelete